Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2015

Petua ringkas dari Dr Hj Fadzilah Kamsah

Baru tadi terlihat video di facebook seseorang minta petua dan doa ringkas dari seorang penceramah motivasi terkenal iaitu Dr Hj Fadzilah Kamsah. Paling senang katanya berdoa setiap kali kita melihat cermin dengan doa berikut : ihsan google Kemudian dia kata lagi, setiap kali lepas solat isya amalkan solat witir dan tahajjud. Kalau tak dapat tahajjud pun sebaik2nya lakukan solat witir. Dan sebelum tidur baca doa dan wirid yang selalu kita di ajar dan maafkan semua orang dan kalau ada suami kat sebelah mohon maaf darinya( yg ni saya tambah ) tapi memang selalu di ajar begitu kan.^_^ InshaAllah bila kita selalu amalkan perkara yang ringkas ini hati dan minda kita akan tenang dan bersih. Minda dan jiwa pun positif. InshaAllah kejayaan akan mengiringi kita. Jom sama-sama amalkan perkara-perkara ini, kalau lebih lagi bagus. Moga-moga Allah menerima amalan kita dan menghapuskan dosa-dosa kita. Saling mengingati sesama muslim..

Khasiat Pokok Durian Belanda @ Nangka Belanda

Assalammualaikum. Sudah lama saya nak kongsi tentang satu lagi tanaman herba yang kami tanam dekat laman rumah ni. Mesti korang pernah dengar tentang pokok durian belanda tapi ada juga orang panggil nangka belanda. Namun ia tetap tumbuhan yang sama. Melalui pembacaan saya di internet tentang tumbuhan ini ia adalah penawar kepada pelbagai jenis penyakit terutama sekali penyakit kanser. Dikatakan daun serta buahnya dapat membantu mencegah dan merawat pelbagai jenis penyakit seperti darah tinggi, kolestrol tinggi, kanser, dan macam2 lagi. Korang boleh cari kat mr 'google' tentang khasiatnya disini . Saya dan suami telah mencuba minum air daun durian belanda ni. Caranya dengan mengeringkannya dalam rumah setelah dibasuh bersih2. Simpan dalam bekas yang terdedah dan biarkan selama 3 hari. Menurut pembacaan saya gunakan 3 keping daun tersebut gunting2 dan rendam dalam segelas air panas. Biarkan selama beberapa minit dah suam baru minum. Rasanya macam biasalah kelat-kelat air dau

Tips Kesihatan

Assalammualaikum rakan-rakan semua. Hari ni sedikit malas nak taip entri panjang-panjang tapi hanya ingin berkongsi tips yang saya dapat dari laman instagram. Kalau ada yang tak berapa tepat mohon perbetulkan okey?? Mungkin ramai yang dah tahu tapi mari sama-sama saling mengingati....

Ayam Goreng Tumis Kunyit

Assalammualaikum dan selamat tengahari. Okay rasa berbesar hati nak kongsi resepi ni. Jangan keliru kenapa tajuk menu macam tu.Kejap goreng,pastu tumis???apa ni??hehe...okay ayam tu sebelum di tumis dengan bahan2 lain saya goreng dulu. Lebih sedap rasanya kalau digoreng dulu. Okay la malas pula nak membebel panjang2 korang semak la resepinya ya. resepi ni melalui rujukan di blog2 masakan juga cuma saya ubah sedikit. Ayam Goreng Tunis Kunyit - Ayam dipotong2 kecil bersihkan - Serbuk kunyit - garam - 2 ulas bawang merah* - 2 ulas bawang putih* - 1/2 ulas bawang besar - 1 inci halia* - 1 inci kunyit hidup* - Lobak Merah ( dipotong jejari) - Kacang buncis ( potong menyerong) - Kentang ( potong jejari ) - 1 biji lada besar (hiris) - 1/2 sudu kecil serbuk kunyit - 1 sudu makan sos tiram - 1 sudu kecil stok pekat ayam - sedikit gula dan garam untuk perasa -2 sudu besar minyak masak Jom Masak!! Masakan ini anggaran untuk 2 orang makan. ayam tu hanya 1 paha besar sa

Lagi Gegaran Susulan di Sabah

Assalammualaikum dan selamat pagi you olls..Alhamdulillah Allah masih memberi peluang untuk saya hari ni berkongsi cerita. Dalam beberapa hari ni saya kurang sihat sikit dan syukur hari ni dah beransur pulih. Sengsara juga bila dah selesma berpanjangan bersambung pula dengan sakit kepala berdenyut2,,alhamdulillah semoga Allah ampunkan dosa2 saya. Kan sakit itu nikmat juga membuatkan kita lebih mengingati Allah. ihsan google Eh korang mesti dah dengar dan tengok berita tentang gegaran yang berlaku di Tarakan , Indonesia kan kelmarin subuh??dan gegarannya turut kami rasai kerana semporna, tawau, kunak, lahad datu adalah daerah yang terdekat dengan kawasan pusat gempa tu berlaku. Sebelum gegaran berlaku kelmarin subuh memang waktu tu terjaga kerana suami pun bangun ke tandas. Tiba2 terasa badan bergoyang dan makin lama kuat pula sampai saya terbangun dan terduduk seketika dan terus bangun dan mengucap. Agak panik juga sebab sebelum ni gegaran berlaku pun tak sekuat dan selama itu

Templat Baru!!!

Assalammmualaikum dan salam jumaat rakan-rakan alam maya. Haa jangan terkejut ya kalau tengok templat blog saya berubah lagi,,hehe..Yang sebenarnya saya masih dalam pencarian templat yang sesuai dengan jiwa ni bila melihatnya. Dan rupanya selama ini templat simple yang menepati selera saya ada je dalam google basic templat ni.  Laaa,,,punyalah penat download sana-sini. Rupanya depan mata ada tak payah susah-susah google san sini sampai habis data internet,huhu. Apapun semoga templat yang baru ni dapat kekal hingga ke tahun 2016. Sebab memang niat selagi belum masuk tahun baru memang akan cari templat mana yang sesuai di hati. So, dah dapat yang ni, enjoy ye...( padahal templat biasa ja pun)hahaha...

Tips Hidup Sihat dan Bahagia

Assalammualaikum dan selamat pagi u olls, apa khabar semua rakan-rakan blogger? semoga sihat dan jangan lupa sentiasa bersyukur sebaik bangun sahaja dari tidur ya. InshaAllah hari kita akan bermula dengan aura dan semangat yang positif. Hari ni saya nak kongsi tips agar hidup kita sihat dan bahagia dan tenang. Ramai dah tahu sekarang macamana nak jadi lebih sihat dan tenang dan rasa bahagia tapi kadangkala kita terlupa nak bertenangkan bila hadapi perkara-perkara yang menguji perasaan dan minda. Dah macam pakar psikologi dah saya.    Walaupun saya dulu study degree in psychology (youth n comunity) tapi kadang2 bila dah berddepan dengan hal-hal yang menguji kesabaran terlupa terus dengan apa yang telah dipelajari tentang pengawalan emosi. Almaklum darah muda dan jiwa time tu memang lemah. Alhamdulillah semakin meningkat usia ni (masuk 3 series dah) kesedaran tu makin meningkat juga. Sekarang ni baru faham konsep mengawal emosi agar sentiasa stabil dan secara langsung menyumba

Ayam Buttermilk dan Buncis Goreng

Assalammualaikum kpd semua bloggers. Semoga Hari ni lebih baik dari kelmarin ya. First thing bila dah terbangun sebelum solat subuh ucapkan Alhamdulillah dan doa bangun tidurlah. Alhamdulillah awal pagi ni bila buka tingkap ruang tamu terpegun sekejap dengan keadaan di luar yang diselaputi kabus sejuk. Mungkin sebab semalam tiba-tiba angin kuat dan hujan lebat turun. Terfikir juga mungkin ini serpihan atau'ekor-ekor' taufan melor yang dikatakan akan melanda pantai barat sabah. Tapi kami ni di pantai timur??haaa....achaner tu johan????eh salah...sorry johan...xda kaitan ya..hahah Okaylah lari tajuk pula kan. Saya nak kongsi resepi makan tengahari kemarin. Kepada peminat Ayam buttermilk ni bolehlah cuba masak sendiri di rumah ya. Senang jak ni. Cuma jangan keliru dengan ayam masak butter ya. Menu lebih kurang sama cuma perbezaannya yang ini versi berkuah dan tiada telur yang digoreng jadi serbuk2 ka,,ntah apa nak sebut tu ala mcm yang selalu ada dekat restoran seafood tu. Maybe

Rezeki berbudi pada tanah

Assalammualaikum dan selamat berbahagia semua. Awal lagi dah minta tolong 'mck kebun' petikkan sayur-sayur yang dah boleh makan kat tanaman belakang rumah ni. Alhamdulillah dah boleh di masak untuk buat lauk makan tengahari atau bila2 masa la. Saya suka sangat kongsi tentang tanaman-tanaman yang saya tanam dan mudah-mudahan dapat memberi inspirasi atau semangat kpd org2 diluar sana untuk memanfaatkan tanah yang ada. Almaklum dengan keadaan ekonomi yang tak menentu sekarang ni kita kena bijak mengatur aliran kewangan kita. Dan salah satu cara adalah hidup berjimat cermat yang sememangnya Rasul s.a.w dah ajar kita umatnya agar hidup sederhana. Kalau ada tanah sedikit kat halaman tanamlah apa2 yang patut. Dan kalau tinggal kat rumah flat @ kondo masih boleh hbertanam tapi dalam pasulah. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih kan. Selama kami bercucuk tanam ni saya jarang sangat ke pasar membeli sayuran kecuali benda2 yang tak boleh tanam lah yang dibeli

Suasana Perhimpunan Agung Umno...dari kaca mata rakyat yang jauh di bawah bayu..

Saya bukanlah siapa2 yang boleh mengulas tentang PAU yang telah berlangsung dan sudah pun berakhir malam ini. Melalui pengamatan saya yang hanya menonton perkembangan melalui tv, banyak konflik berlaku dan pelbagai cadangan mahupun teguran yang telah dilontarkan dalam perbahasan sesama mereka. Semua tujuan hanya satu iaitu ingin semua ahli dan rakyat bersatu hati. Tapi bagaimana nak bersatu hati sedangkan pergolakan sedang berlaku ??? kita rakyat semakin bingung. Namun jauh disudut hati ni sering mendoakan agar negara kita terus aman dan dirahmati Allah. Apapun yang berlaku sebagai rakyat yang kecil lagi kerdil, kita hanya mampu berdoa agar kesejahteraan negara dapat dikekalkan. Bukan nak berpolitik tapi hanya ingin mengajak rakan-rakan semua terutama yang beragama islam agar kita jangan putus2 berdoa agar Allah selamatkan negara kita dan seperti yang selalu diucapkan oleh para ulama iaitu doa adalah senjata paling kuat bagi umat islam. Walau dalam keadaan apa sekalipun te

Angin Blogging Turun Naik

Assalammualaikum semua dan selamat berehat-rehat kat rumah. Hujung minggu begini mesti ramai yang sedang santai2 kat rumah atau dimana-mana sahaja. Takpun ada yang sedang menghadiri majlis2 kahwin. Almaklum hujung tahun kan,,hehe,,kata kawan musim mengawan??ish2...tak baik tau.. Papun alhamdulillah dapat juga buat entri setelah seminggu senyap. Sibuk dengan hal-hal famili yang mesti didahulukan so masa tak mengizinkan sangat melepak depan lappy ni. Hari ni pun sebab lepak kat rumah mertua then ada wifi free,,hehehe..bertuah punya menantu kan..so ambik kesempatan la saya. Susah juga nak istiqamah dengan aktiviti ni. Buakn apa saya suka berblog waktu siang ketika suami takda di rumah. Tapi oleh kerana data internet dah low sangat terpaksa hadkan masa dan bila malam nak guna data encik abang mood pula kelaut dan malam adalah masa untuk bersama suami. Tak elok juga kan.. So saya tengah cari2 plan internet selain TM..almaklum pindah randah ni so tak berbaloi kalo nak pasang W

'Misi Pencarian Sabahan Blogger by Ennor P Zurah'

Assalammualaikum kawan-kawan..lama tak bersiaran. Sibuk sikit dengan urusan duniawi namun tetap akan mendatangkan pahala inshaAllah. Okay lah ni share ni kawan blogger sabahan kita ni tengah cari kawan-kawan so sapa yang berminat jom sama-sama menambahkan kenalan dan ukhuwah. Kalau nak join klik SINI