Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2016

Idea Susun Atur Barang Dalam Rumah Anda

Assalamualaikum dan apa khabar rakan alam maya? Semoga semuanya dalam keadaan sejahtera dan bahagia k. Hari ni nak 'sharing' idea susun atur yang kita boleh contohi untuk diaplikasi dalam rumah kita. Supaya kita sentiasa termotivasi untuk jadi orang yang lebih teratur..(ingatan untuk diri sendiri,hehe)... Okaylah jom kita menjamu mata gambar-gambar yang saya dapat melalui beberapa website dan blog luar negara. Mungkin ada yang belum pernah melawat web2 ni so saya tolong panjangkan disini ya. Semoga tercetuslah kerajinan dalam diriku,,heee.. Kemas dan teratur kan? Banyak lagi sebenarnya idea dan tips dari dorang ni tapi ni jak yang larat saya nak kongsi,, Sumber dari laman web GoodHousekeeping.com

Giveaway Special April Syamimi Bersama Sponser

Assalamualaikum n selamat malam semua,,malam2 ni nak ajak join segmen ni,,tinggal sehari jak lagi kalau nak join,,hehehe...moga berjaya semua!! klik sini kalau nak join GA ni...

Hobi baru??

Assalamualaikum dan selamat petang u olss, dah minum petang ka semua? Bestnya kalau dapat duduk minum kopi dan menghadap kuih jemput-jemput kan?? Sambil-sambil duduk rehat ni dapatlah update blog untuk hari ni, bukan apa semenjak ada hobi baru ni tak duduk diam saya dibuatnya. Apa tu hobi baru?? hahahha,,,kalau orang lain bukan panggil hobi ni, tapi tabiat kali, mengemas @ organizing.. Ya inilah baru saya. Sebab tu dekat seminggu baru ada idea nak tulis blog diary ni,hehe. Almaklum kerja mengemas ni satu tempat jak ambik masa berjam-jam lamanya. Ada tu ambik masa sampai 1-2 hari mengemas. Sekarang ni tengah sakit-sakit rasanya belakang ni. Penat kot.. Minggu lepas kemas dapur, ubahsuai letak barang-barang dapur dari pagi sampai ke petang jugakla kerjanya. Tadi plak kemas almari baju, itujak pun mo 2 jam mengemasnya. Kemudian kelam kabut ke dapur nak masak plak untuk tengahari. Sambil-sambil masak cuci kain dalam mesin then jemur plak. Haaa,,,lepas tu start dah badan ni mogok, alham

Yang Mana Satu....

Assalammualaikum dan selamat pagi readers'.. sarapan apa you olls semua, semoga apa yang masuk dalam perut kita hari ini adalah yang bersih, suci lagi halalan toyyiban. Hari ni macam nak cerita pasal bisnes2 ni. Bukan apa sejak akhir2 ni kepala otak ni rasa macam nak start bisnes baru plak. Sebenarnya sekarang saya tengah bisnes buat rempeyek secara kecil-kecilan dan opkos la dari rumah kan. dari tahun lepas lagi buat sebelum saya miscariage aritu. Tapi letak dekat gerai mak mertua dan alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan. Sebelum tu kredit untuk mak mertua tersayang sebab saya belajar buat kerepek ni dari beliau dan juga atas dorongan kuat dari suami cayang i,,heheh. Dan memang niat tu belajar sebab nak buat bisnes kecik2. Ada juga hantar dengan kawan yang jual amplang ni dan beliau borong terus maybe sebab nak tolong kawannya ni kan. Alhamdulillah. Dan selepas beberapa bulan ter'stop' bisnes ni saya mulakan balik pada awal bulan ni. Atas dorongan suami, i pun star

Tanaman kami

Assalammualaikum dan selamat malam u olls, petang tadi saya dan suami memantau tanaman-tanaman di belakang rumah. Alhamdulillah sudah 3 minggu hujan turun sekali sekala di kawasan kami ni. Maka tanaman pun tumbuh dengan suburnya. Malam-malam ni malas nak taip panjang-panjang tapi harapan saya agar boleh menjadi inspirasi kepada kawan-kawan yang ada tanah terbiar kat keliling rumah. Boleh juga berjimat cermat tak payah beli sayur kan.. sayur sawi, banyak lagi tapi yang ni nampak dah besar dah sayur bendi, terlebih besar dah ni pokok buah naga, makin lebat pokok lemon rancak berbuah pokok lemon ni, sekarang ni lemon tersangatlah mahal beb.. tak lama lagi boleh petik sudah...

Churros aka kuih belimbing panjang, sarapan pagi

  Assalamualaikum semua, tadi pagi kami laki bini sarapan makan churros jak. Dari semalam resepi ni berlegar-legar dalam kepala otak ni 'esok pagi nak sarapan churros',hehe..Alhamdulillah jadik juga. Ini dah kali kedua buat dan kali ni cantik sikit sebab dah ada bentuk macam belimbing tu. Awal-awal pagi bangun terus cari acuan nozle piping bag tu. Nasib baik jumpa. Tapi guna plastik biasa jak la. Versi saya ni tidak ada sos ataupun serbuk gula dan serbuk kayu manis tu. Makan macam ni pun soddappp. Lagipun nak kurang-kurang makan manis konon..hehe..nak jaga kesihatan lah katakan.. Resepi ni saya ambil dari blogger masakan Hana Memories, terima kasih ye sis. Banyak versi sebenarnya tapi saya guna yang ni sebab senang sikit. Tak perlu nak timbang-timbang semua. Guna ukuran asas jak macam cawan dan sudu. Bah selamat mencuba kawan-kawan. Sedapnya sampai rasa 'gantung' plak memakannya, huhuuhu...petang mo buat lagilah... Resepi Churros 1 cawan air 1 cawan

Mee Hoon Sup Ayam, 'Comfort Food'...

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Mee hoon sup ni bagi saya adalah makanan paling selesa dan sedap pada perut sayalah. Sebabnya ia adalah makanan berkuah yang digemari ramai. Paling sedap makan bila musim hujan, sejuk-sejuk nyaman gitu pastu menghirup kuahnya panas-panas.Woo sedap sannnggggaaattttttt.... Saya masih ingat lagi sayamemang suka sangat makan mee hoon sup ni dari kecik lagi. Dulu-dulu boleh jumpa lagi mee hoon sup rm1 jak...sekarang pun ada tapi dapat kuahnya jak la,hahahah... Apabila dah dewasa ni rasa puas hati sangat bila dapat buat mee hoon sup sendiri. Suka hati nak adjust rasanya, nak tambah apa dalam kuah kita tu. Ini juga makanan kalau kita tengah demam selesa. Kalau tengah demam tu memang tal larat la masak sendiri, hubby pun tak tau masak, so beli jak la dekat kantin berdekatan.heheh..Okaylah maybe ramai yang dah tahu resepi mee hoon sup ni tapi nak share jugaklah versi saya yang simple tapi sedap... sendiri puji, hehehe, jangan marah.... Resepi

Tukar Plan Simkad Postpaid DG Berbaloi-baloi

Assalamualaikum semua, alhamdulillah akhirnya saya dan suami dapat juga jumpa pelan postpaid yang lebih berbaloi untuk kami berdua. Mungkin masih ramai diluar sana tidak tahu sekarang ni ada promosi pakej postpaid untuk pengguna DIGI  rm68/sebulan. Free panggilan seluruh rangkaian dan internet 5gb.(okayla bagi saya dan suami). Dan setakat ni ini adalah pelan terbaik yang murah dan mampu bayar,hehe....yang lain-lain tak mampu lagi. ihsan google Sebenarnya banyak jenis pelan yang ditawarkan oleh pelbagai syarikat telco di luar sana. Hanya kita perlu pandai memilih mengikut keperluan penggunaan kita. Kalau jenis yang banyak membuat panggilan pilihlah pelan yang free call, dan kalau jenis yang suka online pula pilihla yang menawarkan pelan internet yang besar quotanya..bak kata pepatah, menang membeli,menang memakainya, ewah.. Dan mula ketika ini saya akan rajin-rajin update blog nampaknya, semoga terus mendapat ilham dan kerajinan untuk berkongsi sesuatu kepada khalayak di luar