Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2016

Idea Susun Atur Barang Dalam Kabinet Dapur

Assalamualaikum dan salam jumaat semua, mungkin ramai antara kita kadangkala nak susun barang-barang dalam kabinet dapur tapi tiada idea. Okay mungkin ini boleh bangkitkan idea anda... Lepas ni tau dah mo buat apakan? Jom mengemas... Gambar sumber dari http://www.marthastewart .com/

Makanan Kegemaran Rasulullah S.A.W

Assalammualaikum dan salam jumaat,, mungkin ramai yang dah tahu tapi mungkin ada juga yang terlupa tentang perkara ni, mari sama-sama kita ingati makanan kegemaran rasulullah dan cuba amalkan mana yang dapat, insyaAllah. 1. Barli Bagus untuk demam jika dibuat sup air. 2. Kurma Nabi S.a.w pernah berkata rumah yang tidak ada kurma seperti rumah yang tidak ada makanan. 3. Buah Tin Buah yang disebut dalam alquran dan dapat mengubati buasir. 4.Anggur Nabi S.a.w suka buah anggur, ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan usus. 5. Susu Nabi S.a.w berkata, susu baik untuk membuang panas badan, menguatkan belakang, memperbaiki otak, memperbaharui pandangan mata serta membuang kelupaan. 6. Cendawan Baik untuk mata dan perancang kesihatan keluarga. 7. Minyak Zaitun Rawatan untuk kulit dan rambut, membantu melambatkan penuaan dan merawat radang perut. 8. Madu Makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit-birit jika dib

SEGMEN : PENCARIAN BLOGLIST BULAN JUN & PENCARIAN BLOGLIST TAHUN 2016

Assalammualaikum, sapa nak join segmen sila  klik sini

6 Cara Tingkatkan Daya Ingatan Anda

1. Belajar sesuatu yang baru Kita boleh aktifkan minda kita dengan belajar sesuatu yang baru seperti belajar bahasa asing, mengikuti kelas-kelas kemahiran seperti menjahit, memasak atau melakukan pertukangan. Atau bermain permainan yang mencabar minda seperti 'indoor games' antaranya sahibba, catur atau permainan yang terdapat dalam komputer yang mencabar kreativiti. 2. Amalkan Tidur Yang Cukup Tidur pada waktu yang sesuai. Tidur yang berkualiti adalah antara pukul 9 malam hingga 12 tengah malam. Ketika inilah waktu yang paling berkualiti. Namun ramai diantara kita yang selalu mengamalkan tidur lewat malam malah ada yang pagi baru tidur kerana gaya hidup yang kurang teratur seperti keluar malam lepak,makan lewat malam dan yang sewaktu dengannya. Badan kita perlukan rehat yang cukup agar otak kita akan mudah memperolehi dan memproses maklumat yang diterima. 3. Awasi Pengambilan Ubat Daya ingatan mungkin menjadi lemah kerana pengambilan ubat-ubatan seperti pil-