Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2015

Kuasa Allah menandingi segalanya

Assalammualaikum dan salam rabu bloggers.. Sebenarnya dila menyepi seperti dalam post sebelum ni adalah kerana dila telah ditimpa penyakit yang alhamdulillah dengan izinNya telah sembuh 80%. Kalau dari segi perubatan modennya dipanggil slip disc. Tapi sewaktu masih diperingkat dila boleh bangun dan berjalan makan ubat klinik pun tak memberi kesan yang baik. Dila mengalami kesakitan dari paras bawah pinggang, bawah punggung, belakang paha hinggalah ke tapak kaki. Kesakitan yang dila maksudkan kita tidak langsung boleh melakukan aktiviti bebas. Luruskan badan, berdiri atau duduk lama. Dan apabila bersin atau batuk kesakitan itu lebih terasa seakan nak putus urat yang melibatkan bahagian yang dila katakan tadi. Sebenarnya lama juga berfikir nak share perkara ni atau tidak. Tapi memandangkan sejak akhir2 ni dila selalu dengar dan jumpa insan yang mengalami keadaan yang sama seperti dila, jadi dila sekadar ingin berkongsi sedikit pengalaman dan info mengenainya. Sebelum tu kawan-kawan