Assalammualaikum dan salam hari jumaat yang penuh barakah. Agak lama juga menunggu bunga orkid ni keluar. Seingat sayalah, beli bunga orkid ni dalam bulan november tahun lepas. Beli dalam keadaan bunganya kembang mekar dan beberapa hari kemudian gugur dah. Lepas tu nak tunggu dia mengeluarkan pucuk baru dan berbunga punya lama. Ogos minggu ni akhirnya keluar bunga juga. Gembira bukan kepalang saya bila melihat orkid yang dijaga dengan penuh kesabaran dan kasih sayang ni mengeluarkan bunga.hehe.. Itupun nak tunga kelopaknya terbuka dekat seminggu lebih juga. Alhamdulillah subur juga. Ada 5 pasu lagi tengah membesar. Semoga menjadi la juga. Dari segi penjagaan senang sebenarnya. Saya dedahkan dengan matahari dan siram 2 kali sehari kecuali waktu hujan lebat. Ada sembur baja cecair lebih kurang 3@4 rasanya, saya pun tak ingat suda tapi adalah. Sesiapa yang ada hobi yang sama boleh la share-share kat sini. ^_^.