Skip to main content

Khasiat Pokok Durian Belanda @ Nangka Belanda

Assalammualaikum. Sudah lama saya nak kongsi tentang satu lagi tanaman herba yang kami tanam dekat laman rumah ni. Mesti korang pernah dengar tentang pokok durian belanda tapi ada juga orang panggil nangka belanda. Namun ia tetap tumbuhan yang sama. Melalui pembacaan saya di internet tentang tumbuhan ini ia adalah penawar kepada pelbagai jenis penyakit terutama sekali penyakit kanser. Dikatakan daun serta buahnya dapat membantu mencegah dan merawat pelbagai jenis penyakit seperti darah tinggi, kolestrol tinggi, kanser, dan macam2 lagi.

Korang boleh cari kat mr 'google' tentang khasiatnya disini. Saya dan suami telah mencuba minum air daun durian belanda ni. Caranya dengan mengeringkannya dalam rumah setelah dibasuh bersih2. Simpan dalam bekas yang terdedah dan biarkan selama 3 hari. Menurut pembacaan saya gunakan 3 keping daun tersebut gunting2 dan rendam dalam segelas air panas. Biarkan selama beberapa minit dah suam baru minum. Rasanya macam biasalah kelat-kelat air daun. Tapi masih boleh diterima tekak juga. Dan selama beberapa hari saya mengamalkannya alhamdulillah kesan sampingan tu tiada tapi tak tahulah kalau ada perubahan dalam badan ni. Yalah tak pergi cek kat doktor pun.

daun yang gelap sikit warnanya boleh digunakan buat teh daun durian belanda



Di negara luar buah ini sangat berharga tapi tak tahulahkenapa tak berapa komersil seperti buah-buahan yang lain. Tentang ini pun korang boleh google sendiri ya. Nanti kalau saya cerita kat sini dah nampak sangat copy paste ayat blog orang lain. Kan tak baik tu.hehe..disini saya kongsi rupa pokok durian belanda ni manatau ada yang tidak mengenalinya. Pokok ni belum sampai setahun kami tanam dan buah pun belum keluar. Menurut sumber yang dipercayai ia mengambil masa 2-3 tahun untuk mengeluarkan buahnya. Tapi kiranya pokok ni cepat juga membesar. Alhamdulillah.

Comments

Popular posts from this blog

Rahmat 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Lama sangat tinggalkan blog ni. Semenjak dah melahirkan anak sulung kami yang sekarang ni dah masuk 5 bulan lebih dah. Baru rasa nak update blog. Sebenarnya masa tak mengizinkan sgt nak type2 entri ni maklumla si kecik ni masih 'kecik' dan sgt2 perlukan perhatian kita. Mama2 yg lain pun sama kan.hehe Apapun saya sangat bersyukur dgn rahmat yang Allah berikan dlm rumahtangga kami ni..walaupun lambat selepas 4 thn perkahwinan tp kami redha dan bersyukur. Dan saya mendoakan kawan2 dluar sana yg masih belum dikurniakan cahayamata semoga bersabar dan terus berdoa dan berharap agar Allah akan memberikan sesuatu yg terbaik buat kalian..aminnn Okayla mama isa nak rehat dulu..xda idea lg nak type apa.heè..

Peristiwa di akhir kehamilan

Assalamualaikum dan salam takziah pada rakyat sarawak khusunya krn telah kehilangan pemimpin pertama mereka kelmarin. Nampaknya ini entri pertama saya pada tahun 2017 ni. Almaklum lama tak 'mengentri' ni bukan apa, melayan keadaan diri yang 1st time mengandungkan anak pertama alhamdulillah. Kadang2 ja buka blog ni tapi takda mood nak berblog. Paling2 pun menggugel jak pasal2 kehamilan. Kali ni baru ada kekuatan dan semangat nak menaip-naip walaupun dah sarat2 ni. Alhamdulillah kandungan dah masuk 36 minggu maknanya tinggal menunggu hari2 kelahiran dan pertemuan pertama dengan our beloved ones keluar. Eksaited dan berdebar pun ada juga. Tapi lebih kepada tak sabar-sabar nak melalui saat2 yang mendebarkan itu. Bukanlah i tak takut atau trip berani tapi awal2 lagi dah setkan minda ni setiap kelahiran itu sememangnya akan melalui kesakitan samada sikit atau banyak. Dan paling utama ketika ini banyak2kan berzikir dan berdoa dan yakin dengan pertolongan Allah apabila saat itu tel...

Diari Kehamilanku : Sah Diabetis Gestasi @ GDM

Assalamualaikum dan salam sejahtera u olls. Akhir2 ni susah betul mo cari semangat untuk berblog. Bukantak buka langsung blog tapi just blogwalking ja n google2 apa yang patut. Tapi nak type entri baru amatlah susah. Susah sebabnya kadang2 tiada idea dan semangat nak menaip. Hoho....btw malam ni akhirnya datanglah satu semangat untuk berkongsi suatu cerita yang selalu dikongsikan oleh ibu2 hamil diluar sana apabila berada dalam fasa ini. Baru2 ni saya kena minum air gula kat KK Semporna, kerana waktu berklinik di KD, bila timbang berat berat naik mendadak 3 kg ko!!! Macam takpercaya ja dengan penimbang dorang ni. Almaklum 'oldskool' penimbangnya. Dah kena pula minggu depannya pergi ke pekan untuk cek gula dalam darah i. Nasib baik time ni husband dpt temankan. Kalau tak mo bingung juga 2 jam lebih duduk menunggu result selepas minum air gula tu. Sebelum minum air gula kadar gula normal lagi, tapi selepas 2 jam minum air gula tu ternyata kadar gula dalam darah i sangat tingg...