ASSALAMMUALAIKUM... Selamat pagi dan semoga hari jumaat yang mulia ini menjadikan kita manusia yang lebih bertakwa, positif dan lebih baik dari semalam. Hari ini negara kita menerima jenazah mangsa yang terlibat dalam nahas MH17. Pastinya setiap keluarga bersabar menanti ketibaan jenazah keluarga masing-masing. Kehilangan orang yang tersayang dan lebih-lebih lagi mereka yang sangat dekat dengan kita memang sangat menyakitkan dan teramat sedih. Hanya Allah sahaja yang mengetahui betapa ketika itu kita sedaya upaya bersabar dan kuat menghadapinya. Dila sendiri pernah melalui saat-saat getir itu apabila kehilangan ibu tercinta ketika 2008 dan pada waktu itu dila masih berada di universiti (UMS) dan berada di tahun terakhir. Ibu tercinta terlibat dalam kemalangan jalanraya bersama ayah dan adik bongsu, ayah hanya cedera ringan dan alhamdulillah adik selamat dan tidak cedera. Namun arwah ibu mengalami kecederaan bahagian tulang belakang dan hanya bertahan selama 2 malam sahaja. D...