Wednesday, September 24, 2014

Giveaway 2014 Mialiana.com



Giveaway 2014 Mialiana.com bermula pada jam 8.30 pagi 20 September 2014 hingga 11.59 malam 30 September 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM1,495.80 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor
MiaLiana Aynora SewaKeretaSabah ProvideNetwork TengkuButang IeyzartdSyahieyr FuzaMusa YatiAdam ZafirahZarrae Cekelatmanih DayangDeno EngkuMuzahadin PetakBunga AinimRashihah KaryaMahirah Azhafizah Zaidalifah FatihahFazlin FatinFarhanah NiaEmkay SyiraLokman

2. Wajib Like Fanpage Sponsor


3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Mialiana.com
4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

40 pemenang bertuah akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 10 Oktober 2014.

Good luck!

klik pada banner untuk join....

Tempahan dan sarapan

Assalammualaikum

Tengok tajuk tu maknanyasarapan dila pagi tadi lebihan tempahan untuk opis encik husband. Masuk hari ni dah dua hari berturut-turut dila buatkan juadah ringan. Kemarin buat popia sayur goreng dan donut (kueh gelang kata org sabah). Dan hari ini buat sandwich dan roti sosej. Tapi disini dila share resepi roti sandwich jak ya. Simple sangat ni tapi kot2 ada yang tidak ada idea nak sarapan apa so here you are...ceewah..ringan dan sihat . So check it out...^_^



Bahan-bahanya seperti gambar di atas ni tapi roti lupa nak 'snap'

Bahan-bahan Sandwich Telur + mayonis
- Roti sandwich secukupnya ( dila guna 1 buku panjang )
- 4 biji Telur Gred A ( rebus )
- 2 sudu besar Mayonis
- 2 sudu kecil serbuk lada hitam

Kaedahnya :

Roti buang tepinya kalau tak suka. Telur yang dah direbus tadi parut atau lecek-lecek guna garfu kalau tidak ada pemarut. Campur mayonis dan serbuk lada hitam dan gaul sebati. Kemudian bolehla sapu atau lepa pada roti tadi. Potong dan sedia dingap!!hehe,,,selamat mencuba!!

Saturday, September 20, 2014

AYAMBUTTERMILK DAN SUP SAYUR TELUR

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM BLOGGER

Hai semua, lama dila tak update blog.Baru dapat masak yang sedap-sedap sikit jadi adalah entri kali hari ni.hehe..sebelum niada jtapi tak yakin nak kongsikan. Malu rasanya nak kongsi resepi yang simple2. Yang ni kira tak juga simple sangat tapi ok la pada tekak dila ni.

Menu masak semalam. Hah ko tetiba malam-malam mo makan yang berat-berat. Bukan apa sebabnya siang hari tak makan sangat so sekali malam kelaparan melanda apalagi terus selera besar datang.hehe..okayla jom semak resepi dan layan gambar okay...


Ayam Buttermilk

Bahan-bahan:
1 dada ayam dipotong kecil ikut suka la ye (ni hidangan utk 3 org)
1 bawang merah dihiris
1 bawang putih dihiris@cincang
5 biji lada padi
1 tangkai daun kari
2 sudu besar mentega @ butter
1/2 cwn susu sejat @ susu cair
tepung jagung (utk salut ayam sebelum digoreng)
Minyak masak utk menggoreng

Bahan Perap
1 sudu kecil serbuk lada hitam
secubit garam
1 sudu kecil gula
1biji telur
sedkit tepung gandum@tepung jagung

Kaedahnya :
Ayam dipotong dibersihkan dan perap dengan bahan perap dan perap selama setngah jam.
setelah setengah jam panaskan minyak dalam kuali. Isi ayam tadi salut dengan tepung jagung dan goreng sehingga kekuningan dan masak. Angkat ketepikan.

Kuali yang lain panaskan butter @ mentega dan masukkan bahan hiris, cili padi dan daun kari. Goreng hingga naik bau kemudian masukkan susu cair dan last sekali ayam. Perasakan dengan garam dan gula. Bila kuah dah agak pekat matikan api dan angkat. Hidangkan.


 Sup Sayur Campur dan Telur

Bahan-bahan:
2 biji telur
sedkit sayur brokoli
1/2 biji lobak merah
1 ulas bawang merah dihiris
1 inci halia dihiris
1 sudu kecil lada hitam ditumbuk halus
1 sudu kecil sos tiram
garam dan serbuk perasa
minyak utk menumis
air

Kaedahnya:
Potong kecil lobak dan sayur brokoli. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan jyang dihiris dan serbuk lada hitam. masukkan sayur, sos tiram dan 2 1/2 cwn air. Biarkan mendidih seketika. Kecilkan apidan pecahkan telur. Jangan digaul biarkan masak dengan api kecil. Agak-agak dah masak telurnya perasakan dan matikan api. Bolehlah dihidang. Selamat mencuba!!



Monday, September 15, 2014

Thursday, September 4, 2014

KARIPAP Step by step

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM BLOGGER

Malam ni dila akan share 'step by step' buat karipap. Kuih ni buat kemarin stok untuk pelanggan. Kerajinan datang untuk tunjukkan langkah demi langkah. Mungkin ada yang dah tahu tapi rasanya ada juga tidak tahu. Tapi takpa kita kongsi sedikit ilmu yang ada. Diharapkan anda  dapat memahaminya ok. Kalau tak faham bolehla tinggalkan komen korang ye.

Okay jom kita semak resepi dan langkah-langkah pembuatannya.

KARIPAP INTI UBI KENTANG DAN ISI AYAM

Bahan untuk kulit
Bahan A:
- 3 cwn tepung gandum
- 1cwn air
- 1 sd teh garam

Campurkan semua bahan di atas dan uli hingga menjadi doh yang licin dan tidak melekat.

Bahan B :
- 1/2 cwn mentega ( dila guna planta )* dicairkan
- 2 cwn tepung gandum

Campurkan semua bahan diatas. Sekiranya doh masih likat boleh tambah tepung sedikit demi sedikit hingga doh lembut dan tidak terlalu keras.

Inti :
- 10 biji ubi kentang sederhana saiznya * dipotong dadu
- isi ayam ( ikut suka kalau nak banyak ) * dihiris
- 3 sudu besar rempah kari ayam@daging * dicampur dengan sedikit air dan buat jadi pes
- 2 ulas bawang putih* dicincang
- 2 biji bawang besar* dipotong dadu
- 2 sudu besar minyak masak

Panaskan minyak dan masukkan bawang-bawang goreng sehingga naik bau. Kemudian masukkan pes kari dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan isi ayam dan kentang. Tambahkan air sehingga tenggelam ubi dalam air. Masak sehingga air kering dan kentang lembut. Sebelum inti kering perasakan dengan garam dan gula dahulu. Sekiranya kentang masih keras tambah sedkit air dan masak sehingga kentang lembut. Angkat dan sejukkan pada suhu bilik.

Berikut adalah cara pembutannya.

1- Ambil sedikit doh dan kepal-kepalkan atau bulat-bulatkan seperti dalam gambar. Begitu juga doh mentega tapi pastiakn doh mentega kecil saiznya daripada doh A. Masukkan doh mentega kedalam doh A dan bulat2 kan lagi. Kemudian canai adunan menjadi leper, kemudian gulung sehingga menjadi gambar nombor 2 ya.
2- Adunan step ini kemudian dicanai lagi sehingga menjadi no.3
3- setelah dicanai gulung lagi seperti gambar no 4
4- Kemudian dipotong 2 seperti dalam gambar
6- Setelahdipotong 2 ambil1 bahagian dan canai ikut kelebaran yang anda suka. Tapi jangan terlalu tipis kerana nanti bocor pula ketika digoreng.
7-Sudukan sedikit inti dan tutup dengang mencantumkan tepinya dengan memicitnya dengan jari. (paham tak)
8- Bagi yang baru pertama kali nak buat bole guna acuan karipap yangada dijual dikedai ya.
9- Part yang ni dila panggil kelepet . Tarik sedikit tepi adunan dan lipat kedalamdan buat begitu sehingga habis. Semoga rakan-rakan dapat memahaminya.
10- Tak jumpa no 10 dlm editor jadi yang last sekali jadilah karipap dan tinggal digoreng. Boelh sejukbekukan tetapi pastikan ketika nak bekukan jangan di tindih atau dirapatkan kuih ni kerana nanti akan melekat antara satu dengan yang lain ya. Nangis nanti kuih rosak setelah berpenat lelah membuatnya.hehe..

Bila dah beku bolehlan di masukkan dalam bekas dan ketika ini ditindih2 pun takpe sebab masing-masing dah bekukan. Dan boleh terus digoreng dengan api sederhana panas ya.

Maafkan saya sekiranya penerangan dila tidak jelas. Okay Selamat mencuba^_^

-

Tuesday, September 2, 2014

GIVEAWAY BLOGWALKING BERSAMA MAMANIZA.COM





Assalamualaikum

Dengan ini, dilancarkan Giveaway Blogwalking Bersama Mamaniza.com.

Bermula 9 pagi 1 September dan akan tamat pada 12 malam 10 September 2014

Tujuan giveaway ini : Untuk memperkenalkan blog-blog baru dalam dunia blogging serta dapat juga menambah rakan-rakan baru dalam list follower anda.

Sila FOLLOW BLOG mereka :


Sila LIKE PAGE mereka :


Sila FOLLOW IG mereka :
[nor_farihan] [aimimiddleton] [shidaradzuan] [ct aman] [huda] [asha]

Senarai Hadiah :
Goodie Beg - 40 pemenang (Mama)
Top up RM 10 - 9 pememang
Top up RM 5 - 5 pemenang
Wang Tunai RM 30 - 2 pemenang
Dish Wash Concentrate Shaklee - 1 pemenang
Potrait - 2 pemenang
Novel - 1 pemenang
Shawl - 5 pemenang
Fridge Magnet + Bookmark LE - 3 pemenang
Button Bagde + Bookmark LE - 2 pemenang
Agent Dorship Sophie - 20 pemenang
Brooch - 2 pemenang
Header Blog - 1 pemenang
Keychain - 1 pemenang
Buku Motivasi - 1 pemenang
Coin Purse dan Bookmark - 5 pemenang

Nota : Diharap semua peserta dapat memenuhi syarat yang ditetapkan, dan enjoy blogwalking oke!

SAKIT KEPALA

Assalammualaikum dan salam blogger,

Lama tak update blog ni, rasanya adalah beberapa hari cuti. Sakit kepala melanda lagi, mood nak masak-masak pun ke laut dah. Tak tahu dah nak masak apa tapi dont worry nanti dila akan share resepi-resepi yang mudah lagi sedap. Sebelum terlupa terima kasih tak terhingga kepada Syaz kerana memilih saya utk tersenarai dlm bloglist sept-okt...hehe...