Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2015

Assalammualaikum Jumaat

Jom selawat banyak-banyak hari jumaat ni. Mudahan kita tergolong dalam umat nabi S.a.w yang mendapat syafaatnya di akhirat kelak. Aminnnn. Jom sama-sama sebarkan kebaikkan disekeliling kita, inshaAllah kebaikkan juga Allah akan berikan. Ingat, harapkan balasan dari Allah dan bukannya dari manusia ya. Allah melihat kualiti ibadah kita dan bukannya kuantiti. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Misi Kembara si Citam

Sedang saya sibuk blogwalking, terjumpa entri tentang kembara si citam ni,,hehe,,,cumil ja gambar citam ni,,jom kawan-kawan join segmen ni. Boleh kita tambah kenalan dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita. Jangan lupa klik banner di bawah ini ya. Syaratnya mudah je : 1. Follow blog ini - Jepun mari 2. Buat satu entry mengenai segmen ini tajuk : Misi kembara Si Citam   3. Copy banner di atas dan backlinks ke entry ini. 4. D ah siap sila tinggalkan link entry anda ini di ruangan komen blog ini, yang bertuah akan diumumkan pada 08/12/2015   Segmen ini berlangsung  selama 14 hari bermula 24/11/2015 hingga 08/12/2015

Roti lagi..

Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Alhamdulillah kemarin petang dapat juga 'meroti'. Dan kali ni menjadi juga. Selalu buat kadang jadi kadang tak berapa nak jadi. Mungkin sebab lain-lain resepi yang di ikut. Tapi kali ni saya buat ikut resepi dalam majalah Rasa dan ubah sedikit penggunaan pelembut rotinya, saya guna bread improver dengan ukuran 1/2 tbs. Kali ni buat roti@ bun sugar cheese je. Simple dan yang penting ada juga encik suami nak makan bila sarapan nanti. Okaylah tak payah saya membebel panjang-panjang silalah semak resepi dibawah ni. Bahan A 50 gm gula kastor 1 biji telur 200ml air sejuk(saya guna air suam+2 tbs susu manis) 1 1/2 sudu teh ragi kering(bancuh sekali dalam air suam tu dan biarkan sebentar hingga berbuih) Bahan B 350gm tepung protien tinggi @ tepung roti 25gm susu tepung(saya x guna) 1/2 tbs bread improver 1/2sudu teh garam Bahan C 30gm mentega (saya guna lemak sayur) Bahan D gula kasar @ gula halus kej

PTPTN dah langsai??

Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Saya nak berkongsi sikit cerita ptptn dan epf untuk panduan dan motivasi kita bersama. Perkara inidah berlaku beberapa bulan yang lepas. Alhamdulillah ptptn suami dah langsai sepenuhnya dengan membayarnya menggunakan akaun kwsp @ epf sebab suami bekerja dalam syarikat swasta. Selepas Ptptn membuat pengumuman dan peringatan terhadap peminjam ptptn bukan sahaja melalui surat malah keluar di tv, suami mendapat inspirasi dan kekuatan kerana boleh membayar melalui akaun epfnya. Sebelum ini bukannya tak tahu tapi kesedaran tu ditahap yang rendah dan kesibukan bekerja dan urusan hidup seharian membuatkan kami terlupa tentang perkara yang penting ni. Dan alhamdulillah apabila pihak ptptn terus-terusan mengeluarkan iklan di tv maka kekuatan dan keinginan melangsaikan hutang tu membuak-buak gitu,hehe. Maka bermula lah kisah kami berurusan dengan menuju dahulu ke pejabat ptptn di bandar tawau untuk mengetahui prosedur pembayarannya. Kemudian pihak

Blogger Masih Relevan??

Lebih kurang begitulah tajuk dalam satu segmen temubual dalam rancangan Assalammualaikum di tv alhijrah pagi tadi. Tapi saya dapat mengikutinya dekat nak habis dah. Sayang tak dapat follow dari awal. Saya tak ingat nama blogger jemputan tadi tapi yang pasti dia sangat popular di alam blogger ni. Maafkan saya kerana maklumat tak lengkap. Tapi yang saya dengar blogger masih relevan dan mempunyai ramai pengaruh. Yang penting hasilkan blog yang dapat menarik minat orang membacanya dan sampaikan secara santai mengikut keselesaan masing-masing. Tak perlu terlalu terikut atau terikat dengan protokol atau teknik. Lebih kurang begitulah katanya. Kalau ada yang salah tolong betulkan saya ya. Tapi macam yang ramai katalah kena menulis dari hati dan jujurlah. Dalam berblog ni juga apatah lagi bagi kita yang beragama islam dalam masa yang sama boleh mendatangkan pahala dan kebaikkan sebenarnya. Maknanya apabila kita berkongsi sesuatu yang bermanfaat. Bukan apa dalam kita ghairah berblog janga

Roti Jala dan Kari Daging

Assalammualaikum dan selamat malam. Hari ni nak share resepi minum petang tadi, tapi agak lewat juga minum petangnya,lepas maghrib gitu baru minum. Memandangkan nak buat lebih sikit suami ajak sekali jiran-jiran minum petang sekali . Alah 2 rumah ja pun jiran yang terdekat ni,hehe,,jadilah kan. Dapat juga mengeratkan silaturrahim sesama kita. Roti jala ni arwah mak yang ajar dan kami buat hidangan ni time raya. Penat juga mo men'jala' ni. Bak kata teman blogger masakan masak roti jala ni seperti ber'sauna'. Apa taknya menghadap kuali dalam jangka masa yang lama jugala. Bergantung pada banyak mana adunan yang kita buat.hehe..Lenguh kaki betis. Tapi nak makan punya pasal sanggup le. Okayla, membebel panjang-panjang pun mesti korang menyampahkan, so layan la resepinya ni. Kali ni saya dah buat dengan berdisiplin sikit. Maksudnya, saya gunakan penyukat agar senang kawan-kawan yang baru nak try masak untuk memasaknya,,,haaa engko ayatku...harap semua paham ek.. R

Motivasi Untuk Blogger

Sebenarnya saya menulis tajuk di atas adalah untuk peringatan dan motivasi untuk diri sendiri supaya mula fokus dan 'maintain dengan blog. Maklumlah manusia lagi-lagi macam saya pandaia turun naik self esteem dalam dunia blogging sebab kadang-kadang tidak ada idea nak tulis apa kan? mesti korang pun pernah rasa perkara yang sama. So, apabila ada rasa-rasa yang sebegitu rupa, cepat-cepat tepis. Jangan biarkan diri dikuasai kemalasan untuk menulis entri walaupun sehari.(peringatan untuk diri sendiri,hehe). Tulislah paling tidak pun 1 rangkap pun jadilah kan.Eh, boleh pakai tak tips ni?? terpulang pada tuan punya blogkan? Sendiri mau ingatlah kawan. Fikirkan blogger-blogger yang 'famous' dan top yang mempunyai berjuta-juta 'viewers' tu, semuanya bermula dari bawah tapi tips yang paling asas mereka ada adalah kerajinan. Kerajinan berkaitan dengan usaha yang gigih, betul tak? Akhirnya akan memberikan kejayaan. Sesuai dengan pepatah arab yang bermaksud siapa ya

Dating sambil 'barbeque'

Assalammualaikum dan selamat berhujung minggu semua, semalam korang buat apa hah??? mesti ada yang lepak kat rumah, keluar jalan2 dan makan2 dengan famili atau cuti2 malaysia maklum lah dah musim cuti sekolah kan. Tapi kami laki bini nak tau buat apa?? Kitorang dating kat belakang rumah sambil-sambil 'barbeque'. Alhamdulillah cuaca semalam elok dan sesuai sangatla lepak kat luar. Encik suami berusaha menghidupkan api, nasib la jerebu dah pulih kalo tak memang kena complain la oleh jiran.hehe.  Kitorang panggang ayam n sayur terung yang fresh from the tree. Haa, time tu juga baru petik terung then cuci dan terus letak atas tu.  Ayam tu 1 bahagian tu marinate sendiri dan yang sebelah lagi yang gelap tu Giant tolong marinatedkan,,hahaha,,,baiknya Giant..alah beli yang kat giant lah,, Haip..jangan terkejut, mamat kat atas ni pun join ye,,"hai,,nama saya ajip"..nama sempena kucing kak Fynn Jamal..hehe "bila lah nak masak ni,aku dah tak taha

Lagi Tips Dari Nuffnang

Assalammualaikum dan salam jumaat yang penuh barakah. Kelmarin saya ada hantar lagi satu ticket pertanyaan kepada pihak nuffnang. dan Alhamdulillah mereka menjawab dengan kadar yang segera. Saya bukanlah 'pro' dalam hal ehwal berblogging ni tapi saya teruja sangat nak berkongsi tentang tips yang sebenarnya bukanlah baru tapi saya yang agak ketinggalan iaitu berkenaan cara tingkatkan trafik blog kita. Okey jawapan kepada soalan yang saya hantar kepada nuffnang kelmarin ialah mereka kata secara ringkaslah ye, cara tingkatkan pengunjung ke blog anda adalah dengan menulis blog secara konsisten. Maknanya kalau awak jenis yang menulis seminggu 2@3 kali seminggu 'maintain' la tapi kalau hari-hari lagi bagus. Haaa...lebih kurang itulah jawapan mereka. Dan satu lagi sebelum saya terlupa kenalah menulis berkaitan informasi yang mempunyai minat yang sama dengan kita. Jangan 'copy paste' dahla ye..tajuk sama tak apa yang penting korang olah sendiri ayat korang ya. Setel

Daging Salai Masak Lemak Cili Padi

Assalammualaikum semua dan selamat berminum petang,,saya nak kongsi menu tengahari tadi. Sebenanrnya dah lama nak try masakan dari semenanjung ni sebabnya selalu tengok kat rancangan masak-masak di tv macam sedap je. So nak juga tekak orang sabah 'menerai' makanan ni,heheh..masal lemak berkuah lagimemang peberet i dengan encik suami la..tapi encik suami pun sebenarnya tak memilih pun bab makan-makan ni. Janji sedap.hehe Okay resepi ni saya banyak rujuk kat blogger-blogger masakan then saya cuba buat berdasarkan bahan yang ada kat dapur dan belakang rumah..aik napa plak belakang rumah??? sebabnya kat belakang rumah saya ada tanam kunyit,halia, lada besar dan macam-macam lagi lah. So kunyit hidup yang digunakan ambik fresh dari mini kebun,,thanks utk mck kebun yang tolong korekkan kunyit untuk saya,hehe Gambar tak berapa nak cantik, almaklum guna camera hp je..janji ada kan,,, Daging Salai Masak Lemak versi sabah,, Daging - yg ni anggran utk dua orang makan,hiris ni

TERIMA KASIH NUFFNANG!!!

Sekali lagi dila bersiaran, macam yang you olls dah baca tajuk entri di atas tu kan, bukannya dapat income dah tapi alkisahnya selepas kelmarin godek-godek akaun nuffnang i, then i hantarlah ticket @ mengajukan soalan dalam erti kata yang senang kepada pihak nuffnang tentang bagaimana nak dapatkan CPUV ni ? Alhamdulillah rupanya semalam lagi dorang dah hantar jawapan melalui emel saya. Nak tahu apa nuffnang jawab?? Oh ya sebelum tu kalau korang nak hantar soalan dalam bahasa melayu pun boleh dan akan dijawab dalam bahasa melayu juga. Senangkan? Okay terus kepada isi.. Pihak mereka jawab bahawa yang sebenarnya pihak pengiklanan yang akan pilih belog kita untuk mendapatkan bayaran, dan bukannya pihak nuffnang ni. Kiranya mereka ni hanyalah orang tengah je. Laa nampak sangat yang saya ni jarang membaca pasal hal ehwal nuffnang ni kan,hehehe,,,malu sendiri..Ingatkan selama ni mereka yang pilih. Makanya saya dah dapat satu lagi ilmu baru walaupun dah lama orang tahu ilmu ni,,nuffnang j

3 Tahun Berblog income dari nuffnang TAK PERNAH DAPAT

Assalammualaikum kawan-kawan. Kalau ada sesiapa yang terbaca entri saya ni harapnya dapat membantu saya yang dalam terkapai-kapai,hehe,,macam lemas je. Dila dah masuk 3 tahun dah berblog dan dah daftar dengan nuffnang malangnya tak pernah dapat income dari nuffnang seperti rakan-rakan blogger yang lain. Macam-macam juga dah buat dalam akaun nuffnang tu tapi tiada perubahan juga. So dengan tiada rasa malunya dila nak minta tolong sangat pada rakan blogger yang terbaca entri ni bagi sedikit panduan apa yang sebenarnya perlu dilakukan pada blog saya selain telah memnuhi nuffnang utk meletakkan banner iklan pada tempat yang sepatutnya dan perlukah pageview sampai beratus ribu org baca baru boleh dapat cpuv @ cpc??. Garu-garu kepala dah walaupun tak gatal..haaa,,,achaner tu??kata johan... p/s terima kasih pada yg sudi membantu menyelesaikan permasalahan yang remeh ini,,

Drama Tuan Anas Mikael !!!

Assalammualaikum semua.. Mesti ramai dah tonton drama terbaru di Astri Ria ni kan?? tapi mcm biasa saya hanya akan tonton ulangan pada pagi jam 10-11 sebabnya malam lewat sangat siarannya jam 10 malam you olls,,mata i dah nak tertutup masa tu. Semenjak dah kawin dekat 3 tahun ni pola tidur saya dah berubah kena masuk tidur awal. Yelah suami kena bangun awal sebelum subuh mandi, bersiap, solat subuh then terus pergi kerja, almaklum kerja dalam estet ni masa kerjanya awal. Okay dah melalut dah i,, berbalik kepada drama seperti tajuk di atas, drama ni saya suka sangat kerana pelakonnya i minat,,hehe,,terutama yg jadi pak guard Aron Aziz tu,,lupa nama sebenarnya,hehe,,lama dah tak nampak dia keluar berlakonkan. Papun semua pelakonnya sangat hebat dan yang paling hebatnya suami saya pun dah terikut nak follow drama ni,hahaha..alahai abang sayang... Encik abang siap tanya saya apa sebenarnya yang berlaku dalam drama tu...sebabnya dia tertinggal episod2 lepas,hehe,,maka saya pun meneran