Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2013

Salam Jumaat Semua..

Salam jumaat yang penuh barakah, semoga hari jumaat yang mulia ini kita berpagi-pagi dengan penuh keceriaan dan melakukan perkara yang lebih baik dari semalam. Dan aku masih mengharapkan ada rezeki yang akan datang dari Allah melalui apa sahaja cara dan bentuknya kerana memang itulah yang kita digalakkan iaitu sentiasa bergantung harap pada Allah selepas kita berusaha. Dan aku rasa ini adalah katkata semangat dan motivasi untuk aku terus berfikiran positif dan optimis melalui kehidupan ku. Semoga Allah merahmati dan memberkati diriku dan orang2 yang ku sayangi..Aminn... aku lupa dari mana aku dpt gambar ni papun mohon share kerana sangat cantik gambar ini..

Udang Goreng Tepung

Salam tengahari,,semangat ni share resepi tengahari tadi,,actually ada 3 resepi tapi rasanya yang dua lagi tu tak perlu la saya share coz ringkas sangat ikan goreng dan sayur sawi rebus. So, untuk peminat udang goreng tepung ni nah resepi ringkas dan mudah and murah kosnya,,hee,,tapi maaf sangat-sangat sebab gambarnya tak memuaskan sangat,hee UDANG GORENG TEPUNG VERSI CIK DILA : Udang sederhana besar - 10 ekor Tepung gandum - 3 sudu besar Tepung Jagung - 1 sudu besar serbuk lada hitam - secubit serbuk kunyit - 1 sd kecil baking powder - 1 sd kecil sedikit minyak bijan garam sesedap rasa sedikit air utk membancuh  semua bahan2 kecuali udang gaul sebati dan adunan jgn terlalu cair dan jgn terlalu pekat, ketepikan 15 minit sebelum d gunakan. Pastikan ketika menggoreng minyak hendaklah betul2 panas agar tepung tadi mengembang dan goreng sehingga kekuningan. Selamat Mencuba!!

Tips Diet Sihat..

waa,,kali ni entry aku pasal diet plak, saja nak kongsi sebagai motivasi dan peringatan buat diri ku sendiri yang nak diet ni...tapi kadang2 mkn x hengat dunia gak,haha,,so ini ada beberapa tips ringkas la ek.. : 1. Minum banyak air la,,siang terutamanya, mlm kurangkan ek,,seperti yg aku pernah dengar di radio apa kah aku pun ingat tapi yang aku ingat sumber tersebut menyatakan jgn minum air 2 jam sebelum tidur. emm korang carilah sendiri kesahihanya ya ekk,,aku otw tengah kaji ni,,cehh. Ops sebelum terlupa sekurang2nya minum 6-8 gelas sehari. 2. Kedua pula kurangkan la mkn makanan yang berminyak dan berlemak. Tahan2 sikitla nafsu tu ekk. ( aku tengah try) 3. Rajin melakukan senaman sekurang2nya 20-30 minit sehari lagi baik xpun 3x seminggu. Yang ni kalau aku salah tolong betulkan ek. 4. Alternatif lain aku pakai losyen mustajab Dunia Hers,,,hehe,,,nak perut ni kempis lagi. 5. Minum air limau kasturi 15-20 mint selepas aku mkn la,,saja nak kongsi part yang ni. Dan banyak la

Malasnya.......

hari ini aku malas mo buat sarapan, aku just buat segelas air nescafe then mkn sekeping roti canai telur baki yg semalam punya..haha,,amcam bukan malas lagi kan,,tp ok apa daripada membazir kan.hee..

Kek Coklat Moist kukus

resepi ni dah lama buat tapi beru teringat nak share kat korang yg tercari2 resepi kek coklat kukus yg simple but sodap giler beb. aku buat ngan anak buah iaitu anak kepada abg sepupu aku,huhu..kami 2 org jak bantai ni kek. ok papun amik la resepi kat bwh ni. thanx to mu exclassmate masa darjah 6 dlu skg jadi cikgu dah dia. Dia yg share resepi ni kat aku. namanya Hasma.  resepinya ; bhn A tepung gandum 1 cwn serbuk koko 1 cwn susu cair 1 tin gula halus 1/2 cwn minyak jagung @ masak pun boleh 1 cwn telor 3 biji baking powder 1 sudu teh bhn B  coklat masakan  mentega 1 sudu besar gaulkan semua bhn A sekali masak d atas api yg sederhana sampai adunan sebati dan tidak berketul. Jangan sampai mendidih. masukkan dlm acuan then kukus dengan api yg sederhana sehingga 40 minit atau sehingga masak. untuk topping pula masak cara double boiled coklat and mentega sehingga cair. tunggu kek sejuk baru tuang atasnya. selamat mencuba!

Mencari KeJAYAAN

aku mulakan catatan untuk tahun 2013 ini dengan kekuatan dan semangat. Yang sebenarnya aku xtau nak buat apa lg ngan 'belog' ku ini,,xtau mcm mana nak aktif lor,,huhu,,kwn2 pun ntah ada singgah ke x..maklum la x menarik langsung. Aku kena usaha sikit mungkin untuk menjadi mcm org lain yang berjaya. Apapun gudluck dila,,huhu wat ucapan utk diri sendiri. ok apa kan.