Assalammualaikum dan salam jumaat yang penuh barakah. Kelmarin saya ada hantar lagi satu ticket pertanyaan kepada pihak nuffnang. dan Alhamdulillah mereka menjawab dengan kadar yang segera. Saya bukanlah 'pro' dalam hal ehwal berblogging ni tapi saya teruja sangat nak berkongsi tentang tips yang sebenarnya bukanlah baru tapi saya yang agak ketinggalan iaitu berkenaan cara tingkatkan trafik blog kita. Okey jawapan kepada soalan yang saya hantar kepada nuffnang kelmarin ialah mereka kata secara ringkaslah ye, cara tingkatkan pengunjung ke blog anda adalah dengan menulis blog secara konsisten. Maknanya kalau awak jenis yang menulis seminggu 2@3 kali seminggu 'maintain' la tapi kalau hari-hari lagi bagus. Haaa...lebih kurang itulah jawapan mereka. Dan satu lagi sebelum saya terlupa kenalah menulis berkaitan informasi yang mempunyai minat yang sama dengan kita. Jangan 'copy paste' dahla ye..tajuk sama tak apa yang penting korang olah sendiri ayat korang ya. Setel...