Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2016

Diari Kehamilanku : Jerawat Bermaharajalela

Assalamualaikum readers..ada readers ka blog suam2 kuku aku ni,,hehe,,takpa janji ada yang limpas2 kata org sabah (lalu lalang) kira okayla tu kot. Nak share sikit pengalaman aku mengandungkan our first baby ni Alhamdulillah so far okay, but 1 thing yg tak pernah terjadi dengan muka aku selama hidup 31 tahun ni ialah jerawat yang bukan main tumbuh subur di atas wajah ku ini,,huhu....

Kata abg (suami i le) pembawaan ni, ialah kot. Aku pun mengiyakan katanya. Dari zaman remaja lagi aku jarang berjerawat yang banyak macam pasir ni. paling pun seketul dua betempek tapi tulah yang besar punya hinggakan boleh jadi spot kalau orang pandang aku.hehehe..Tapi kali ni memang tak dapat dibendung lagi, bukan sahaja jerawat pasir kat dahi tapi setompok jerawat besar bulat ngam2 dekat pipi yang tak berapa gebu ni,hehehe..padahal aku rajin cuci muka setiap hari.

Bila abg pandang muka i sebelum pergi kerja dia senyum2 kambing tengok muka aku. Tak pernah dia tengok jerawat sebesar itu tumbuh kat pipi …

Tanam Daun Sup Sendiri

Assalamualaikum bloggers. Rasa terpanggil hari ni nak kongsi tentang tanaman herba saya. Daun sup siapa yang tak kenal? Angkat jari,hehe..mesti ramai yang kenal benar dengan daun atau tumbuhan herba yang sangat popular ni kan. Tapi jangan terkeliru dengan daun ketumbar plak sebabnya rupa luaran spesis ini lebih kurang jak. Yang membezakan adalah baunya. Daun sup bagi saya lebih wangi daun ketumbar sedikit kuat baunya. Emm susah plak nak terangkan macamana.
Tapi selalunya daun sup digunakan dalam masakan bersup dan ada juga yang suka mencampurkannya dalam masakan bergoreng seperti mee goreng. (macam sayalah). Oleh itu saya telah berikhtiar dengan menanam sendiri daun sup dalam pasu kecil dan meletakkannya di tepi tingkap dapur. Supaya senang nak ambik time nak masak.


Mungkin ada yang dah tau macam mana nak tanam tumbuhan herbs ni kan. Tapi saya kongsi lagi disini kot2 ada yang tak tahu kan. Senang jak cuma beli daun sup yang berjual di pasar dan pastikan yang ada akarnya sekali. Dah b…

Idea Hias Rumah Ala Arab atau gaya Islamik

Assalamualaikum dan salam jumaat penghulu segala hari. Berpagi-pagian terutama di hari jumaat kata ustaz inshaAllah murah rezeki. Semoga kita semua dimurahkan rezeki hari ni dan hari seterusnya.

Hari ni nak kongsi idea deko ruang dalam rumah kita gaya arab atau islamik. Memandangkan hari jumaat hari ni so tetiba rasa nak 'share' idea hias rumah ala arab. Sebelum tu gambar2 yang saya kongsi ni semuanya ihsan google. Kot2 ada orang di luar sana sedng cari2 idea nak hias rumahkan. Bolehlah jadikan gambar2 ni inspirasi. 

Kebanyakan gaya rumah arab ni agak mewah dan sebagai rakyat yang hidup sederhana ni tak boleh nak ikut sangat cara hiasan orang arab ni. Just beberapa perkara jak kita boleh ambil sebagai suntikan idea dan kita olah ikut kemampuan. Bah, jom cuci mata..





kredit : google image

1 September 2016

Assalamualaikum dan semoga sihat sejahtera semuanya. Berbulan tak update blog. Baru harini ada kekuatan dan kerajinan. Rajin blogwalking jak n gugel2 info yang diperlukan. Alhamdulillah dah masuk 4 bulan kandungan ni rasa mual dan pening tu tak ada lagi so badan pun dapatlah melakukan aktiviti harian seperti biasa. Sebelum tu start awal ramadan sebenarnya badan tak sihat dan lemah sangat2. Rupanya Allah bagi rezeki lagi dan tak sangka secepat ini Allah bagi sedangkan bulan 2 baru2 ni saya baru lepas keguguran kandungan pertama. Dan 2 bulan selepas melakukan D&C,Alhamdulillah rezeki yang tak disangka-sangka pula diterima.

Semoga rakan2 tolong doakan saya dan baby dlm kandungan ni sihat dan kuat ek. Terima kasih doanya. So, arini saya dah mula gugel2 info tentang set berpantang..awal sangat ke?? x kisahlah yg penting kena positif dan rasanya takda masalah pun nak cari2 info tentang set berpantang ni kan. Sekurang-kurangnya boleh sediakan bajet awal2. Maklum lah banyak perkara kita k…