Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2015

Dapatkan Sayur-sayuran percuma

Semangat nak update blog hari ni tentang tanaman saya. Beruntung rasanya tinggal dalam estet sebab dapat bercucuk tanam dalam kawasan kediaman. Keluasan tanah area rumak kami agak luas makanya saya dan suami tidak mensia-siakan tanah yang ada untuk menanam segala macam jenis sayuran dan buahan yang di gemari. Tambahan pula sekarang ni harga sayur-sayuran dan buahan semakin meningkat so dengan bercucuk tanam sendiri dapatlah kurangkan bajet utk membeli sayuran di pasar kecuali yang takda di tanam and diperlukan barulah kami beli. Alhamdulillah rasanya dekat 3 bulan dah saya tak membeli sayur-sayur ni kat pasar. Memang dapat berjimat sangat malah segar dari kebun gitu. Kami langsung tak gunakan baja. Hanya gunakan tandan kelapa sawit yang tidak diperlukan sahaja sebagai nutrien semulajadi kepada tanah. Antara tanaman kami.. hasil dah dapat dah. pokok kacang buncis pokok sayur manis sayur sawi putih dan sawi hijau Banyak lagi gambar tanaman nak share tapi y

Daging Qurban Tumis Kicap

Selamat menyambut Aidiladha buat rakan-rakan semua,, Terlebih dahulu Al-Fatihah buat jemaah haji yang terlibat dengan rempuhan yang berlaku di Mina. Semoga Allah menempatkan mereka di dalam golongan yang di RedhaiNya. Amin. Awal pagi tadi terima daging korban. Alhamdulillah rezeki dari Allah. Then datanglah idea nak masak daging tu. Best jugak kalau tumis kicap ni. So bermula la aktiviti masak-masak kat dapur kesayangan. Daging Tumis Kicap Bahan-bahan: Daging - anggaran segenggam dan dihiris nipis(perap dgn cuka dan sedikit kicap)Utk 2 orang. Bawang besar - 1/2 biji potong wedges Bawang merah - 2 ulas* Bawang putih - 2 ulas* Halia - 1/2 inci* (bahan * dihiris nipis) 1 sudu kecil kicap pekat 1 sudu mkn sos tiram 2 sudu mkn minyak zaitun (utk menumis) lobak dihiris nipis (optional) 1 sudu mkn stok pekat ayam garam dan gula (perasakan ikut citarasa masing2 ye) Panaskan minyak untuk menumis, tumiskan bahan-bahan dihiris nipis seperti bawang2 dan halia, ke

Air Terjun Madai..Lost of world...

Amacam, gempak ka tajuk entri. Hari ni rajin update blog lain macam ja rasa..hehe.. Jangan risau i masih sihat dan waras okay. Sekali 2 entri dalam sehari. Rasanya yang ni paling rajin setelah 3 tahun melibatkan diri dalam alam blogger ni,hehe.. Sebenarnya nak share satu lagi tempat menarik ada di sabah ni ialah Air Terjun Madai yang terletak di dalam daerah kunak tapi jauh dari kawasan pekan. Terletak antara jalan Lahad Datu dan Kunak. Kalau dari Lahad Datu tempat ni sebelah kiri dan kalau dari Kunak sebaliknya. Satu ketika dahulu tempat ini sentiasa menjadi kunjungan orang ramai terutama ketika hujung minggu dan cuti umum. Airnya yang sangat bersih dan jernih sentiasa menjadi tarikan pelawat-pelawat yang datang berekreasi di sini terutama sekali mandi manda lah. Kemudian satu jambatan gantung telah di bina melalui kawasan sungai di bawahnya. Namun hanya beberapa tahun sahaja jambatan tersebut telah di tutup atas sebab kerosakan dan hendak di selenggara. Rasanya dah 3@ 4 tahun j

Jerebu semakin teruk..

Assalammualaikum dan selamat petang semua. Sementara tunggu roti saya mengembang ni kerajinan meng'update' blog datang plak. Untuk pengetahuan semua jerebu di kawasan semporna sabah ni semakin teruk nampaknya cumanya liputan berita tak sampai la disini,hehe. Sebelum ni keadaan pun lebih kurang dan nampaknya hari ni lebih teruk dari hari-hari sebelumnya. Tiba-tiba cuaca berubah dan bukit dekat rumah ni biasanya jelas jak pemandangannya tiba-tiba tak nampak langsung. Tu maknanya apa tu??cuaca semakin tak sihat. Entah dah tahap berapa bacaan ipu area sini. nampak tak bayang2 bukit??tak nampak kan...huhu pokok besar tu biasanya jelas..arini macam ada orang buat pembakaran jak..  Semoga Allah melindungi kita dan negara ini dari perkara-perkara yang tidak di ingini. Kerana petanda-petanda kiamat semakin kelihatan.

Assalammualikum Dunia!!!

Lama juga tak meng'update' belog yang tak seberapa ni. Entah ada yang baca atau tak pun aku xpasti,hehe. Apapun semoga apa yang kita lakukan setiap hari adalah sesuatu yang bermanfaat dan membawa kebaikkan pada sekeliling mahupun diri sendiri. Yalah kadang kita tak perasan kita 'ter'buang sampah dimana-mana kah, 'ter'marah dengan kucingkah, terlupa tutup suis lampu @ kipas yang tidak digunakan. Kalau untuk diri sendiri pula macam lambat mandi kah, lambat makan kah, kan itu tidak memberi kebaikkan pada diri sendiri? Benda remh-temeh macam ni la selalu kita tak perasan kan. Tapi kalau dah tersedar perkara-perkara ni tak beapa elok mari cepat-cepat ubah agar kehidupan kita lebih sihat sejahtera. Dan paling penting jangan sekali-kali biarkan minda kita memikirkan perkara-perkara yang negatif okay. Itu sangat-sangat tidak sihat. Memberi perasaan tidak elok dan emosi terganggu dek kerana memikirkan perkara yang tak betul dan perkara-perkara buruk yang di anda

Suplemen Untuk Minda

Tajuk entri macam jual produkkan?? Sebenarnya bukan, tapi saja nak share disini bahawa bukan hanya badan kita sahaja yang perlukan vitamin dan makanan tambahan tapi penting juga makanan minda dan jiwa. Apa dia suplemennya?? Buku2 motivasi dan agama.. Saya ada dengar tentang kajian tentang rakyat malaysia hanya membaca 2 buku dalam setahun??!! Waaaahh, patutla kita jauh ketinggalan dengan negara-negara maju seperti Jepun contohnya. Rakyatnya dimana-mana membaca. Kita??? Sedikit sangat budaya membaca dikalangan rakyat malaysia. Kalau banyak pun baca majalah-majalah hiburan dan novel-novel cinta. Tapi sekurang-kurangnya membacalah juga dan tahniah diucapkan. Apatah lagi yang membaca bahan-bahan ilmiah seperti buku-buku motivasi, buku-buku agama, malah sekarang ni semakin banyak majalah-majalah agama yang di terbitkan, Syabas! Sejak 6 tahun yang lepas saya mula cenderung untuk membaca buku-buku motivasi dan antara yang saya suka baca buku yang ditulis oleh Dr. HM Tuah Iskandar, seb