Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2015

cucur @ jemput2 udang rangup

Assalammualaikum dan salam sabtu u olls, pepagi dah mengupdate belog macam takda keja kan.hehe. Memang takda keja pun maklum belum ada anak nak di urus. Semoga Allah mengurniakan kami zuriat yang soleh dan solehah, aminn.

Okay la ni resepi kali ni resepi mudah juga dan bagi i sedap la. Banyak kali juga buat cucur ni tapi kali ni campur sikit tepung jagung. Sebelum ni tidak pernah campur tepung jagung hanya tepung biasa dan baking powder. Tapi lepas tengok rancangan masak2 menu alam tv alhijrah tu chefnya campur tepung jagung tu yang teringin nak try juga. Alhamdulillah menjadi dan rangup gila cucurnya,hehe. So i kongsikanla resepi tak seberapa ini.



cucur udang rangup

20 ekor udang kecil buang kulit
1 1/2 cwn tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil serbuk kari
daun sup@daun bawang hiris halus
garam gula secukup rasa
serbuk lada hitam sdkit
sedikit air
minyak masak untuk menggoreng

Kaedahnya

udang yang telah bersih dibuang kulit i potong 2. Cam…

telur rebus tumis masam manis

Assalammualaikum dan selamat memasak. Tengok tajuk tu poning den nak buat nama resepi sebenarnya.hehe. So, i letak la apa yang sepatutnya. Menu tengahari untuk hari ni sebenarnya. Memandang bosan makan ikan dan ayam tu yang masak telur. Lagipun suami suka makan telur rebus dan telur mata masak asam so i gabungkan keduanya skali dengan merebus telur kemudian goreng skejap then baru masak kuah masam manisnya. Ok tak??

Kalau sesapa yang tiada idea masak tu ni idea simple dan sedap bagi dila la. So jangan segan2 nak cuba ya. tak berbayar pun,haha. Ok la takmo melalut lagi jom semak resepi yang dimasak oleh insan yang bukan chef tapi suka masak2 dan makan2,hoho.


telur rebus masam manis

4 biji telur ayam
1 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 biji cilipadi
1/2 ulas bawang besar
3 biji cendawan butang dlm tin
3 sudu makan air asam jawa
1 sudu makan sos tiram
gula dan sdkit garam
minyak utk menumis

Kaedahnya

rebus telur dan dah masak kupas kulitnya dan goreng sekejap.
dalam kuali lain pa…

ayam percik berkuah

Assalammualaikum dan selamat tengahari u olls. Setelah sekian lama dila menyepikan diri kini kembali dengan resepi yang mudah dan sedap. Bagi i sedap le hehe. Harap encik suami suka. Resepi ni dila dapat dari blogger terkenal sis azlita masam manis yang asalnya dari ochin x silap la. U olls bole google je taip nama tu keluar la blog mereka.

Tapikan i ada buat perubahan sikit contohnya tak letak serai dan gantikan santan dengan susu isian sejat. Serai ada kat belakang rumah tapi malas punya pasal x letak la.hahaha. Papun korang enjoy ye.

AYAM PERCIK BERKUAH ( untuk 2 org )



1 ketul paha ayam (size besar) potong kecil2 dan gaul dengan sedkit garam dan serbuk kunyit ( goreng setengah masak

Bawang merah 2 ulas
Bawang putih 4 ulas
Halia 1 inci
kunyit hidup 1 inci
cili padi (i tmbah agar pedas sikit)
lada kisar 5 sudu makan
asam keping 3 keping
1 kiub ayam
3/4 gelas susu sejat
garam gula secukup rasa

Makan lauk ni dengan nasi putih panas-panas perghh..Alhamdulillah