Skip to main content

Ayam Buttermilk dan Buncis Goreng

Assalammualaikum kpd semua bloggers. Semoga Hari ni lebih baik dari kelmarin ya. First thing bila dah terbangun sebelum solat subuh ucapkan Alhamdulillah dan doa bangun tidurlah. Alhamdulillah awal pagi ni bila buka tingkap ruang tamu terpegun sekejap dengan keadaan di luar yang diselaputi kabus sejuk. Mungkin sebab semalam tiba-tiba angin kuat dan hujan lebat turun. Terfikir juga mungkin ini serpihan atau'ekor-ekor' taufan melor yang dikatakan akan melanda pantai barat sabah. Tapi kami ni di pantai timur??haaa....achaner tu johan????eh salah...sorry johan...xda kaitan ya..hahah

Okaylah lari tajuk pula kan. Saya nak kongsi resepi makan tengahari kemarin. Kepada peminat Ayam buttermilk ni bolehlah cuba masak sendiri di rumah ya. Senang jak ni. Cuma jangan keliru dengan ayam masak butter ya. Menu lebih kurang sama cuma perbezaannya yang ini versi berkuah dan tiada telur yang digoreng jadi serbuk2 ka,,ntah apa nak sebut tu ala mcm yang selalu ada dekat restoran seafood tu. Maybe resepi ni boleh bagi idea pada kawan-kawan semua untuk makan tengahari ni.




Nampak tak ada watermark la plak,,ceh saja ja tu takut orang lain copy and cakap ni gambar dia,,,hahah,,ada ka nak ambik gmbar tak seberapa ni..perasan kan..hehe

Ayam Buttermilk

Bahan A
Isi ayam dipotong kecil ikut suka (anggaran resepi ni utk 2 org)
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kari
1 sudu kecil sos tiram
2 sudu makan tepung beras
telur 1 biji
secubit garam

Bahan B
1 sudu makan planta@butter (apa yg adalah ya)
2 ulas bawang putih di cincang halus
1 biji ladabesar hiris halus atau cincang ( cili padi pun boleh, ikut suka)
1 tangkai daun kari
1/2 cawan susu cair
sedikit air untuk tambah agar kuah tidak terlalu pekat
perasa gula dan garam

Bawang goreng (yang saya tambah ikut citarasa masing2 la ye)

Cara memasaknya
Satukan bahan A dan perap untuk seketika. Paling bagus sejam atau lebih supaya meresap bahan-bahan. Tapi saya dalam tak sampai setengah jam sebab kejar masa. Kemudian digoreng dalam minyak panas sehingga masak. Dalam kuali yang sama cuma kurangkan sedikit minyak goreng tadi dan masukkan butter @ planta, masukkan daun kari yang telah dicuci, bawang putih dan lada yang sudah dicincang. Tumis hingga naik bau. Masukkan susu cair dan tambah sedikit air sekiranya pekat. Resepi ni saya buat versi kuahnya cair-cair sedikit suapaya tak muak kita makan. Tapi kalau awak semua jenis yang suka pekat kuahnya tak perlu tambah banyak air, biarkan hingga pekat dan perasakan dengan gula garam. Sebelum matikan api masukkan ayam yang dah digoreng tadi. Gaul-gaul sekejap kemudian matikan api. Hidangkan dan tabur bawang goreng. Siap!!


Sayur Buncis Goreng Udang kering dan Telor

1 genggam sayur buncis dihiris serong
1 sudu kecil udang kering*
2 ulas bawang putih*
1 ulas bawang merah*
1 sudu kecil sos tiram
baki bancuhan telur untuk ayam tadi (sebenarnya 1 biji telur untuk ayam tadi saya bancuh dan letak separuh saja selebihnya campur dekat sayur ni.)
minyak utk menumis
perasa dan garam

Cara memasaknya
 Sayur dibersihkan dan dipotong menyerong. Bahan-bahan bertanda * ditumbuk lumat. Panaskan minyak dan masukkan bahan tumbuk dan tumis hingga perang bawangnya, kemudian masukkan sayur buncis dan goreng hingga masak, kalau mau sedikit mberkuah tambahlah sedikit air. Tambah sos tiram, masukkan bancuhan telur tadi dan gaul sebati, perasakan sayur danmatikan apinya. Siap.
Selamat mencuba!!

 




Comments

Popular posts from this blog

Rahmat 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Lama sangat tinggalkan blog ni. Semenjak dah melahirkan anak sulung kami yang sekarang ni dah masuk 5 bulan lebih dah. Baru rasa nak update blog. Sebenarnya masa tak mengizinkan sgt nak type2 entri ni maklumla si kecik ni masih 'kecik' dan sgt2 perlukan perhatian kita. Mama2 yg lain pun sama kan.hehe Apapun saya sangat bersyukur dgn rahmat yang Allah berikan dlm rumahtangga kami ni..walaupun lambat selepas 4 thn perkahwinan tp kami redha dan bersyukur. Dan saya mendoakan kawan2 dluar sana yg masih belum dikurniakan cahayamata semoga bersabar dan terus berdoa dan berharap agar Allah akan memberikan sesuatu yg terbaik buat kalian..aminnn Okayla mama isa nak rehat dulu..xda idea lg nak type apa.heè..

Peristiwa di akhir kehamilan

Assalamualaikum dan salam takziah pada rakyat sarawak khusunya krn telah kehilangan pemimpin pertama mereka kelmarin. Nampaknya ini entri pertama saya pada tahun 2017 ni. Almaklum lama tak 'mengentri' ni bukan apa, melayan keadaan diri yang 1st time mengandungkan anak pertama alhamdulillah. Kadang2 ja buka blog ni tapi takda mood nak berblog. Paling2 pun menggugel jak pasal2 kehamilan. Kali ni baru ada kekuatan dan semangat nak menaip-naip walaupun dah sarat2 ni. Alhamdulillah kandungan dah masuk 36 minggu maknanya tinggal menunggu hari2 kelahiran dan pertemuan pertama dengan our beloved ones keluar. Eksaited dan berdebar pun ada juga. Tapi lebih kepada tak sabar-sabar nak melalui saat2 yang mendebarkan itu. Bukanlah i tak takut atau trip berani tapi awal2 lagi dah setkan minda ni setiap kelahiran itu sememangnya akan melalui kesakitan samada sikit atau banyak. Dan paling utama ketika ini banyak2kan berzikir dan berdoa dan yakin dengan pertolongan Allah apabila saat itu tel...