Skip to main content

Posts

Rahmat 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
Lama sangat tinggalkan blog ni. Semenjak dah melahirkan anak sulung kami yang sekarang ni dah masuk 5 bulan lebih dah. Baru rasa nak update blog.

Sebenarnya masa tak mengizinkan sgt nak type2 entri ni maklumla si kecik ni masih 'kecik' dan sgt2 perlukan perhatian kita. Mama2 yg lain pun sama kan.hehe

Apapun saya sangat bersyukur dgn rahmat yang Allah berikan dlm rumahtangga kami ni..walaupun lambat selepas 4 thn perkahwinan tp kami redha dan bersyukur. Dan saya mendoakan kawan2 dluar sana yg masih belum dikurniakan cahayamata semoga bersabar dan terus berdoa dan berharap agar Allah akan memberikan sesuatu yg terbaik buat kalian..aminnn

Okayla mama isa nak rehat dulu..xda idea lg nak type apa.heè..


Recent posts

Peristiwa di akhir kehamilan

Assalamualaikum dan salam takziah pada rakyat sarawak khusunya krn telah kehilangan pemimpin pertama mereka kelmarin.

Nampaknya ini entri pertama saya pada tahun 2017 ni. Almaklum lama tak 'mengentri' ni bukan apa, melayan keadaan diri yang 1st time mengandungkan anak pertama alhamdulillah. Kadang2 ja buka blog ni tapi takda mood nak berblog. Paling2 pun menggugel jak pasal2 kehamilan. Kali ni baru ada kekuatan dan semangat nak menaip-naip walaupun dah sarat2 ni. Alhamdulillah kandungan dah masuk 36 minggu maknanya tinggal menunggu hari2 kelahiran dan pertemuan pertama dengan our beloved ones keluar.

Eksaited dan berdebar pun ada juga. Tapi lebih kepada tak sabar-sabar nak melalui saat2 yang mendebarkan itu. Bukanlah i tak takut atau trip berani tapi awal2 lagi dah setkan minda ni setiap kelahiran itu sememangnya akan melalui kesakitan samada sikit atau banyak. Dan paling utama ketika ini banyak2kan berzikir dan berdoa dan yakin dengan pertolongan Allah apabila saat itu telah …

Diari Kehamilanku : Sah Diabetis Gestasi @ GDM

Assalamualaikum dan salam sejahtera u olls. Akhir2 ni susah betul mo cari semangat untuk berblog. Bukantak buka langsung blog tapi just blogwalking ja n google2 apa yang patut. Tapi nak type entri baru amatlah susah. Susah sebabnya kadang2 tiada idea dan semangat nak menaip. Hoho....btw malam ni akhirnya datanglah satu semangat untuk berkongsi suatu cerita yang selalu dikongsikan oleh ibu2 hamil diluar sana apabila berada dalam fasa ini.

Baru2 ni saya kena minum air gula kat KK Semporna, kerana waktu berklinik di KD, bila timbang berat berat naik mendadak 3 kg ko!!! Macam takpercaya ja dengan penimbang dorang ni. Almaklum 'oldskool' penimbangnya. Dah kena pula minggu depannya pergi ke pekan untuk cek gula dalam darah i. Nasib baik time ni husband dpt temankan. Kalau tak mo bingung juga 2 jam lebih duduk menunggu result selepas minum air gula tu.

Sebelum minum air gula kadar gula normal lagi, tapi selepas 2 jam minum air gula tu ternyata kadar gula dalam darah i sangat tinggi. …

Diari Kehamilanku : Jerawat Bermaharajalela

Assalamualaikum readers..ada readers ka blog suam2 kuku aku ni,,hehe,,takpa janji ada yang limpas2 kata org sabah (lalu lalang) kira okayla tu kot. Nak share sikit pengalaman aku mengandungkan our first baby ni Alhamdulillah so far okay, but 1 thing yg tak pernah terjadi dengan muka aku selama hidup 31 tahun ni ialah jerawat yang bukan main tumbuh subur di atas wajah ku ini,,huhu....

Kata abg (suami i le) pembawaan ni, ialah kot. Aku pun mengiyakan katanya. Dari zaman remaja lagi aku jarang berjerawat yang banyak macam pasir ni. paling pun seketul dua betempek tapi tulah yang besar punya hinggakan boleh jadi spot kalau orang pandang aku.hehehe..Tapi kali ni memang tak dapat dibendung lagi, bukan sahaja jerawat pasir kat dahi tapi setompok jerawat besar bulat ngam2 dekat pipi yang tak berapa gebu ni,hehehe..padahal aku rajin cuci muka setiap hari.

Bila abg pandang muka i sebelum pergi kerja dia senyum2 kambing tengok muka aku. Tak pernah dia tengok jerawat sebesar itu tumbuh kat pipi …

Tanam Daun Sup Sendiri

Assalamualaikum bloggers. Rasa terpanggil hari ni nak kongsi tentang tanaman herba saya. Daun sup siapa yang tak kenal? Angkat jari,hehe..mesti ramai yang kenal benar dengan daun atau tumbuhan herba yang sangat popular ni kan. Tapi jangan terkeliru dengan daun ketumbar plak sebabnya rupa luaran spesis ini lebih kurang jak. Yang membezakan adalah baunya. Daun sup bagi saya lebih wangi daun ketumbar sedikit kuat baunya. Emm susah plak nak terangkan macamana.
Tapi selalunya daun sup digunakan dalam masakan bersup dan ada juga yang suka mencampurkannya dalam masakan bergoreng seperti mee goreng. (macam sayalah). Oleh itu saya telah berikhtiar dengan menanam sendiri daun sup dalam pasu kecil dan meletakkannya di tepi tingkap dapur. Supaya senang nak ambik time nak masak.


Mungkin ada yang dah tau macam mana nak tanam tumbuhan herbs ni kan. Tapi saya kongsi lagi disini kot2 ada yang tak tahu kan. Senang jak cuma beli daun sup yang berjual di pasar dan pastikan yang ada akarnya sekali. Dah b…

Idea Hias Rumah Ala Arab atau gaya Islamik

Assalamualaikum dan salam jumaat penghulu segala hari. Berpagi-pagian terutama di hari jumaat kata ustaz inshaAllah murah rezeki. Semoga kita semua dimurahkan rezeki hari ni dan hari seterusnya.

Hari ni nak kongsi idea deko ruang dalam rumah kita gaya arab atau islamik. Memandangkan hari jumaat hari ni so tetiba rasa nak 'share' idea hias rumah ala arab. Sebelum tu gambar2 yang saya kongsi ni semuanya ihsan google. Kot2 ada orang di luar sana sedng cari2 idea nak hias rumahkan. Bolehlah jadikan gambar2 ni inspirasi. 

Kebanyakan gaya rumah arab ni agak mewah dan sebagai rakyat yang hidup sederhana ni tak boleh nak ikut sangat cara hiasan orang arab ni. Just beberapa perkara jak kita boleh ambil sebagai suntikan idea dan kita olah ikut kemampuan. Bah, jom cuci mata..





kredit : google image

1 September 2016

Assalamualaikum dan semoga sihat sejahtera semuanya. Berbulan tak update blog. Baru harini ada kekuatan dan kerajinan. Rajin blogwalking jak n gugel2 info yang diperlukan. Alhamdulillah dah masuk 4 bulan kandungan ni rasa mual dan pening tu tak ada lagi so badan pun dapatlah melakukan aktiviti harian seperti biasa. Sebelum tu start awal ramadan sebenarnya badan tak sihat dan lemah sangat2. Rupanya Allah bagi rezeki lagi dan tak sangka secepat ini Allah bagi sedangkan bulan 2 baru2 ni saya baru lepas keguguran kandungan pertama. Dan 2 bulan selepas melakukan D&C,Alhamdulillah rezeki yang tak disangka-sangka pula diterima.

Semoga rakan2 tolong doakan saya dan baby dlm kandungan ni sihat dan kuat ek. Terima kasih doanya. So, arini saya dah mula gugel2 info tentang set berpantang..awal sangat ke?? x kisahlah yg penting kena positif dan rasanya takda masalah pun nak cari2 info tentang set berpantang ni kan. Sekurang-kurangnya boleh sediakan bajet awal2. Maklum lah banyak perkara kita k…