Skip to main content

Roti lagi..

Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Alhamdulillah kemarin petang dapat juga 'meroti'. Dan kali ni menjadi juga. Selalu buat kadang jadi kadang tak berapa nak jadi. Mungkin sebab lain-lain resepi yang di ikut. Tapi kali ni saya buat ikut resepi dalam majalah Rasa dan ubah sedikit penggunaan pelembut rotinya, saya guna bread improver dengan ukuran 1/2 tbs.

Kali ni buat roti@ bun sugar cheese je. Simple dan yang penting ada juga encik suami nak makan bila sarapan nanti. Okaylah tak payah saya membebel panjang-panjang silalah semak resepi dibawah ni.

Bahan A
50 gm gula kastor
1 biji telur
200ml air sejuk(saya guna air suam+2 tbs susu manis)
1 1/2 sudu teh ragi kering(bancuh sekali dalam air suam tu dan biarkan sebentar hingga berbuih)

Bahan B
350gm tepung protien tinggi @ tepung roti
25gm susu tepung(saya x guna)
1/2 tbs bread improver
1/2sudu teh garam

Bahan C
30gm mentega (saya guna lemak sayur)

Bahan D
gula kasar @ gula halus
keju cheddar (diparut untuk tabur atas roti )



Cara Membuat
Campurkan bahan A gaul dan biarkan sebentar. Kemudian satukan bahan B. Tuangkan bahan A kedalam bahan B dan gaul hingga sebati. Kemudian masukkan bahan c dan gaul@uli hingga sebati dan licin. Uli doh sekurang2nya 5 minit keatas supaya doh elastik dan kenyal. Bila tangan tu dah lenguh berhentilah menguli,hehe..tutup doh dan simpan tempat yang bertutup macam saya simpan dalam microwave yang tak on okay..biarkan naik berganda selama 30 minit-40 minit gitu. Bila dah cukup masa berkembang tumbuk2 doh tadi utk keluarkan anginnya dan uli semula tapi sekejap ja jgn uli lama sangat. Kemudian bentukkan ikut kesukaan masing-masing ya. Kalau saya bulat2kan saja dan letak dalam loyang dah disapu dengan mentega. Sebelum tu panaskan awal oven 180 C api atas bawah. Bila dah bentukkan tabur la gula dan keju yang dah diparut tadi atas roti sebelum bakar. Kemudian bakar dalam oven selama 15-20 minit la gitu. Ikut oven masing2 juga. Kalau atas roti tuh dah perang-perang sedikit roti dah masak tuh. Keluarkan dan sejukkan roti atas redai. Makan panas-panas dengan kopi waduhhh....tak perasan laki kat depan,,hehehe...Selamat mencuba!!


Comments

Popular posts from this blog

Rahmat 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Lama sangat tinggalkan blog ni. Semenjak dah melahirkan anak sulung kami yang sekarang ni dah masuk 5 bulan lebih dah. Baru rasa nak update blog. Sebenarnya masa tak mengizinkan sgt nak type2 entri ni maklumla si kecik ni masih 'kecik' dan sgt2 perlukan perhatian kita. Mama2 yg lain pun sama kan.hehe Apapun saya sangat bersyukur dgn rahmat yang Allah berikan dlm rumahtangga kami ni..walaupun lambat selepas 4 thn perkahwinan tp kami redha dan bersyukur. Dan saya mendoakan kawan2 dluar sana yg masih belum dikurniakan cahayamata semoga bersabar dan terus berdoa dan berharap agar Allah akan memberikan sesuatu yg terbaik buat kalian..aminnn Okayla mama isa nak rehat dulu..xda idea lg nak type apa.heè..

Peristiwa di akhir kehamilan

Assalamualaikum dan salam takziah pada rakyat sarawak khusunya krn telah kehilangan pemimpin pertama mereka kelmarin. Nampaknya ini entri pertama saya pada tahun 2017 ni. Almaklum lama tak 'mengentri' ni bukan apa, melayan keadaan diri yang 1st time mengandungkan anak pertama alhamdulillah. Kadang2 ja buka blog ni tapi takda mood nak berblog. Paling2 pun menggugel jak pasal2 kehamilan. Kali ni baru ada kekuatan dan semangat nak menaip-naip walaupun dah sarat2 ni. Alhamdulillah kandungan dah masuk 36 minggu maknanya tinggal menunggu hari2 kelahiran dan pertemuan pertama dengan our beloved ones keluar. Eksaited dan berdebar pun ada juga. Tapi lebih kepada tak sabar-sabar nak melalui saat2 yang mendebarkan itu. Bukanlah i tak takut atau trip berani tapi awal2 lagi dah setkan minda ni setiap kelahiran itu sememangnya akan melalui kesakitan samada sikit atau banyak. Dan paling utama ketika ini banyak2kan berzikir dan berdoa dan yakin dengan pertolongan Allah apabila saat itu tel...

Ayam Buttermilk dan Buncis Goreng

Assalammualaikum kpd semua bloggers. Semoga Hari ni lebih baik dari kelmarin ya. First thing bila dah terbangun sebelum solat subuh ucapkan Alhamdulillah dan doa bangun tidurlah. Alhamdulillah awal pagi ni bila buka tingkap ruang tamu terpegun sekejap dengan keadaan di luar yang diselaputi kabus sejuk. Mungkin sebab semalam tiba-tiba angin kuat dan hujan lebat turun. Terfikir juga mungkin ini serpihan atau'ekor-ekor' taufan melor yang dikatakan akan melanda pantai barat sabah. Tapi kami ni di pantai timur??haaa....achaner tu johan????eh salah...sorry johan...xda kaitan ya..hahah Okaylah lari tajuk pula kan. Saya nak kongsi resepi makan tengahari kemarin. Kepada peminat Ayam buttermilk ni bolehlah cuba masak sendiri di rumah ya. Senang jak ni. Cuma jangan keliru dengan ayam masak butter ya. Menu lebih kurang sama cuma perbezaannya yang ini versi berkuah dan tiada telur yang digoreng jadi serbuk2 ka,,ntah apa nak sebut tu ala mcm yang selalu ada dekat restoran seafood tu. Maybe...