Skip to main content

Roti Jala dan Kari Daging

Assalammualaikum dan selamat malam. Hari ni nak share resepi minum petang tadi, tapi agak lewat juga minum petangnya,lepas maghrib gitu baru minum. Memandangkan nak buat lebih sikit suami ajak sekali jiran-jiran minum petang sekali . Alah 2 rumah ja pun jiran yang terdekat ni,hehe,,jadilah kan. Dapat juga mengeratkan silaturrahim sesama kita.

Roti jala ni arwah mak yang ajar dan kami buat hidangan ni time raya. Penat juga mo men'jala' ni. Bak kata teman blogger masakan masak roti jala ni seperti ber'sauna'. Apa taknya menghadap kuali dalam jangka masa yang lama jugala. Bergantung pada banyak mana adunan yang kita buat.hehe..Lenguh kaki betis. Tapi nak makan punya pasal sanggup le.

Okayla, membebel panjang-panjang pun mesti korang menyampahkan, so layan la resepinya ni. Kali ni saya dah buat dengan berdisiplin sikit. Maksudnya, saya gunakan penyukat agar senang kawan-kawan yang baru nak try masak untuk memasaknya,,,haaa engko ayatku...harap semua paham ek..



Roti Jala

3 cwn tepung gandum
1 biji telur
1/2 cwn susu cair@santan@susu segar (terpulang apa yg ada dlm rumah)
3 cwn air
1-2 titik pewarna kuning
secubit garam
- Masukkan semua bahan-bahan diatas dalam blender dan blend hingga halus. Kemudian tapis sekali agar terbukti hasil yang diblender tadi halus. Kemudian panaskan kuali pan @ leper dengan sedikit minyak. Tapi kalau kuali pan tak letak minyak pun takpa sebab jenis tak melekatkan. Masukkan adunan dalam acuan jala dan bolehlah menjala ikut corak masing-masing. Bila tepi-tepi adunan tadi terangkat sedikit maknanya dah masak dan bolehlah diangkat dan gulung atau lipat ikut suka.

Kari Daging 'Simple'

Segenggam Daging- hiris nipis
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
2 sudu makan rempah kari ayam/daging
2 sudu kecil serbuk cili@ cili kisar ( yang mana ada dalam dapur ya)
1 sudu kecil serbuk kunyit
5 sudu makan santan kotak
1 sudu makan susu cair
1 sudu makan asam jawa+ 2 sudu besar air (bancuh dan ambil patinya)
garam dan gula untuk perasa
3 sudu makan minyak masak
* ditumbuk lumat

- Kari daging ni jenis yang simple je saya buat dan saya buat sedikit cair sebab untuk cicah roti ja kan. Tapi terpulanglah pada korang kalau nak pekat janganlah letak banyak air. Agak-agakla ye.
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang-bawang dan halia. Kemudian masukkan rempah kari serbuk cili dan serbuk kunyit tadi.(sebelum tu saya bancuh dengan sedikit air samapai jadi pes) tumis hingga pecah minyak dan kemudian masukkan daging dan air asam jawa dan sedikit air. Masaklah sehingga daging empuk. Kecilkan api dan masukkan santan. Kacau sehingga ikut kepekatan yang diinginkan. Letak perasa sebelum matikan api. Bila dah masak bolehlah dihidangkan bersama roti jala tadi. Selamat mencuba!!



Comments

Popular posts from this blog

Rahmat 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Lama sangat tinggalkan blog ni. Semenjak dah melahirkan anak sulung kami yang sekarang ni dah masuk 5 bulan lebih dah. Baru rasa nak update blog. Sebenarnya masa tak mengizinkan sgt nak type2 entri ni maklumla si kecik ni masih 'kecik' dan sgt2 perlukan perhatian kita. Mama2 yg lain pun sama kan.hehe Apapun saya sangat bersyukur dgn rahmat yang Allah berikan dlm rumahtangga kami ni..walaupun lambat selepas 4 thn perkahwinan tp kami redha dan bersyukur. Dan saya mendoakan kawan2 dluar sana yg masih belum dikurniakan cahayamata semoga bersabar dan terus berdoa dan berharap agar Allah akan memberikan sesuatu yg terbaik buat kalian..aminnn Okayla mama isa nak rehat dulu..xda idea lg nak type apa.heè..

Peristiwa di akhir kehamilan

Assalamualaikum dan salam takziah pada rakyat sarawak khusunya krn telah kehilangan pemimpin pertama mereka kelmarin. Nampaknya ini entri pertama saya pada tahun 2017 ni. Almaklum lama tak 'mengentri' ni bukan apa, melayan keadaan diri yang 1st time mengandungkan anak pertama alhamdulillah. Kadang2 ja buka blog ni tapi takda mood nak berblog. Paling2 pun menggugel jak pasal2 kehamilan. Kali ni baru ada kekuatan dan semangat nak menaip-naip walaupun dah sarat2 ni. Alhamdulillah kandungan dah masuk 36 minggu maknanya tinggal menunggu hari2 kelahiran dan pertemuan pertama dengan our beloved ones keluar. Eksaited dan berdebar pun ada juga. Tapi lebih kepada tak sabar-sabar nak melalui saat2 yang mendebarkan itu. Bukanlah i tak takut atau trip berani tapi awal2 lagi dah setkan minda ni setiap kelahiran itu sememangnya akan melalui kesakitan samada sikit atau banyak. Dan paling utama ketika ini banyak2kan berzikir dan berdoa dan yakin dengan pertolongan Allah apabila saat itu tel...

Pizza simple dan mudah

Assalammualaikum semua... Okay hari ni nak share resepi yang pizza yang mudah dan kiranya i buat eksperimen la tapi alhamdulillah menjadi. Eksperimen itu ialah i buat doh pizza tanpa menggunakan yis untuk mengembangkannya. Akan  tetapi i guna baking powder u olls..dan kalau menggunakan BP ni kita x perlu menunggu doh naik @ kembang. Boleh trus letak topping dan ia akan naik sendirinya bila dah di bakar dalam oven. Dan satu lagi info yang mungkin ada yang tak tahu ialahbagi mereka yang tidak ada oven tapi ada pemanggang ajaib tu pun bole bakar pizza just kecikkan apinya k.. ok malas nak taip panjang2 ni mari semak resepi.. Bahan-bahan doh@adunan roti : - 1 cwn tepung gandum - 1 tsp baking powder - 2 sudu mkn minyak jagung@minyak zaitun@minyak apa yg ada kat rumah ya - 3 sudu mkn air @ tambah ikut adunan kita kalo masih keras tambah sdikit air - 1@2 sudu makan susu manis@susu cair@susu segar - secubit garam Bahan-bahan topping : - sosej  - fillet ketam - sos...