Skip to main content

Drama Tuan Anas Mikael !!!

Assalammualaikum semua..

Mesti ramai dah tonton drama terbaru di Astri Ria ni kan?? tapi mcm biasa saya hanya akan tonton ulangan pada pagi jam 10-11 sebabnya malam lewat sangat siarannya jam 10 malam you olls,,mata i dah nak tertutup masa tu. Semenjak dah kawin dekat 3 tahun ni pola tidur saya dah berubah kena masuk tidur awal. Yelah suami kena bangun awal sebelum subuh mandi, bersiap, solat subuh then terus pergi kerja, almaklum kerja dalam estet ni masa kerjanya awal.

Okay dah melalut dah i,, berbalik kepada drama seperti tajuk di atas, drama ni saya suka sangat kerana pelakonnya i minat,,hehe,,terutama yg jadi pak guard Aron Aziz tu,,lupa nama sebenarnya,hehe,,lama dah tak nampak dia keluar berlakonkan. Papun semua pelakonnya sangat hebat dan yang paling hebatnya suami saya pun dah terikut nak follow drama ni,hahaha..alahai abang sayang...

Encik abang siap tanya saya apa sebenarnya yang berlaku dalam drama tu...sebabnya dia tertinggal episod2 lepas,hehe,,maka saya pun menerangkan dengan penuh perasaan kepadanya agar dia paham jln cerita...begitulah ceritanya,,hehe,,jangan lupa tonton drama ni ulanganya selasa -jumaat 10-11 pagi,,bagi yang surirumah tu boleh lah layan drama ni,,mcm i,,

gambar ihsan google dan mudah .my

Comments

Popular posts from this blog

Idea Susun Atur Barang Dalam Kabinet Dapur

Assalamualaikum dan salam jumaat semua, mungkin ramai antara kita kadangkala nak susun barang-barang dalam kabinet dapur tapi tiada idea. Okay mungkin ini boleh bangkitkan idea anda...





Lepas ni tau dah mo buat apakan? Jom mengemas...

Gambar sumber dari http://www.marthastewart.com/

KEK SPAN BUTTER KLASIK MUDAH

Assalammualaikum semua,,lama tak update blog. Almaklum kadang 'mood' nak berblog ada kadang takda. Kalau dah kerajinan dan 'mood' tu mari keluar la entri baru. Okay tengok tejuk entri pun semua dah tahukan. Kek ni xla span sangat tapi lepas keluar dari oven panas-panas fuh soddappp sangat beb. Bila buat kek style camni teringat dengan arwah mak. Dulu-dulu bila raya arwah akan buat kek simple dengan ditambah perisa-perisa seperti oren, pandan dan nenas. Simple sangat tapi sedap yang amat walaupun guna oven yang bulat-bulat tu..,semoga Allah tempatkan arwah mak dikalangan orang yang beriman.Aminn..

Kek ni sangat simple dan insyaAllah akan jadi punya. Bahan-bahan tak banyak. Bagi yang suka kek mudah dan lembab2 macam ni bolehlah cuba.

Kek Span Butter



Masa ni kek dah nak abis dah,nasib baik sempat snap.huhu..

Kek Butter..

1 cwn tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 cwn gula halus
150gm butter
4 biji telur gred c
1 sudu teh esen vanilla
1/2 cwn susu cair
1 sudu besar sus…

Churros aka kuih belimbing panjang, sarapan pagi

Assalamualaikum semua, tadi pagi kami laki bini sarapan makan churros jak. Dari semalam resepi ni berlegar-legar dalam kepala otak ni 'esok pagi nak sarapan churros',hehe..Alhamdulillah jadik juga. Ini dah kali kedua buat dan kali ni cantik sikit sebab dah ada bentuk macam belimbing tu. Awal-awal pagi bangun terus cari acuan nozle piping bag tu. Nasib baik jumpa. Tapi guna plastik biasa jak la.

Versi saya ni tidak ada sos ataupun serbuk gula dan serbuk kayu manis tu. Makan macam ni pun soddappp. Lagipun nak kurang-kurang makan manis konon..hehe..nak jaga kesihatan lah katakan.. Resepi ni saya ambil dari blogger masakan Hana Memories, terima kasih ye sis. Banyak versi sebenarnya tapi saya guna yang ni sebab senang sikit. Tak perlu nak timbang-timbang semua. Guna ukuran asas jak macam cawan dan sudu. Bah selamat mencuba kawan-kawan. Sedapnya sampai rasa 'gantung' plak memakannya, huhuuhu...petang mo buat lagilah...

Resepi Churros

1 cawan air
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar…