Skip to main content

Bunga Orkid ku...


Assalammualaikum dan salam hari jumaat yang penuh barakah.
Agak lama juga menunggu bunga orkid ni keluar. Seingat sayalah, beli bunga orkid ni dalam bulan november tahun lepas. Beli dalam keadaan bunganya kembang mekar dan beberapa hari kemudian gugur dah. Lepas tu nak tunggu dia  mengeluarkan pucuk baru dan berbunga punya lama. Ogos minggu ni akhirnya keluar bunga juga.

Gembira bukan kepalang saya bila melihat orkid yang dijaga dengan penuh kesabaran dan kasih sayang ni mengeluarkan bunga.hehe.. Itupun nak tunga kelopaknya terbuka dekat seminggu lebih juga. Alhamdulillah subur juga. Ada 5 pasu lagi tengah membesar. Semoga menjadi la juga.

Dari segi penjagaan senang sebenarnya. Saya dedahkan dengan matahari dan siram 2 kali sehari kecuali waktu hujan lebat. Ada sembur baja cecair lebih kurang 3@4 rasanya, saya pun tak ingat suda tapi adalah. Sesiapa yang ada hobi yang sama boleh la share-share kat sini. ^_^.

Comments

Diana Rashid said…
mak saya pandai bela orkid..dia pernah bagi kat saya satu pasu..sudahnya mati..hehhe
Nor Dila said…
ya ka diana,,takpe mgkn dahsmpai ajal bunga tu kot,hehe,,yang rajin siram pagi petang.itu je.

Popular posts from this blog

POPIA SAYUR DAN JEJARI KETAM

ASSALAMMUALAIKUM

Selamat pagi dan salam selasa buat rakan blogger,,amacam hari ni??ada happy tak?ada stress tak? alala,,janganla stres2 ye,,be happy person and positive person,,,InshaAllah kehidupan dan orang sekeliling kita akan happy juga...

Okay tadi pagi sarapan dengan kuih popia goreng. Sebenarnya hari ni ada tempahan kuih2 dari office suami tak banyak just rm10.00. Alhamdulillah rezki dari Allah. So dila buat 2 jenis kuih je karipap dan popia goreng. Sempat snap gambar popia je. Okay jom la semak resepi popia ni. Dila buat simple dan bahan2 mudah didapati di pasaraya.


POPIA SAYUR DAN JEJARI KETAM

Bahan2nya :
- Kulit popia secukupnya
- hirisan sayur kubis
- lobak diparut
- jejari ketam di belah 4
- garam dan serbuk perasa
- minyak untuk menggoreng
- air untuk melekatkan kulit popia

Kaedahnya :
- Sayur yang dihiris dan lobak yang diparut tadi cuci terlebih dahulu kemudian toskan. Tumis sayur kubis dan lobak merah seketika dalam kuali dan jangan terlalu lama. Terlupa pula tumis den…

Pizza simple dan mudah

Assalammualaikum semua...

Okay hari ni nak share resepi yang pizza yang mudah dan kiranya i buat eksperimen la tapi alhamdulillah menjadi. Eksperimen itu ialah i buat doh pizza tanpa menggunakan yis untuk mengembangkannya. Akan  tetapi i guna baking powder u olls..dan kalau menggunakan BP ni kita x perlu menunggu doh naik @ kembang. Boleh trus letak topping dan ia akan naik sendirinya bila dah di bakar dalam oven. Dan satu lagi info yang mungkin ada yang tak tahu ialahbagi mereka yang tidak ada oven tapi ada pemanggang ajaib tu pun bole bakar pizza just kecikkan apinya k..

ok malas nak taip panjang2 ni mari semak resepi..



Bahan-bahan doh@adunan roti :
- 1 cwn tepung gandum
- 1 tsp baking powder
- 2 sudu mkn minyak jagung@minyak zaitun@minyak apa yg ada kat rumah ya
- 3 sudu mkn air @ tambah ikut adunan kita kalo masih keras tambah sdikit air
- 1@2 sudu makan susu manis@susu cair@susu segar
- secubit garam

Bahan-bahan topping :
- sosej 
- fillet ketam
- sos spageti @ sos cili @ sos tomato ( guna so…

Idea Susun Atur Barang Dalam Kabinet Dapur

Assalamualaikum dan salam jumaat semua, mungkin ramai antara kita kadangkala nak susun barang-barang dalam kabinet dapur tapi tiada idea. Okay mungkin ini boleh bangkitkan idea anda...





Lepas ni tau dah mo buat apakan? Jom mengemas...

Gambar sumber dari http://www.marthastewart.com/