Thursday, August 20, 2015

Roti Sarang Lebah @ Roti Butterscoth akhirnya menjadi...

Amcam? Rare kan bunyi tajuk di atas..sebenarnya dah lama belajar buat roti ni dan selepas berbulan-bulan menunggu mood dan waktu yang sesuai akhirnya terbuat juga ia. Dan paling best tu firstime buat terus jadi selepas meng'google' dan mencapuradukkan resepi-resepi yang diperolehi.
Suami dah lama request buat roti dan finally tercapai dah hajat kami berdua. Alhamdulillah.
Layan dulu gambarnya ya sebagai bukti aku dah berjaya.hee..


Okay untuk roti ni resepinya saya olah sendiri berdasarkan rujukan-rujukan di blogger-blogger masakan yang lain seperti Azlita masam manis, Jintan manis dan beberapa orang lagi. Ramai sebenarnya jadi korang boleh rujuk dalam blog mereka ya. Okay di bawah ni resepi saya berdasarkan bahan-bahan yang terdapat di rumah saya.

Roti Sarang Lebah

2 cwn tepung roti (boleh juga tepung biasa)
1 tbs gula kasar
2 st yis kering
1/2 cwn air suam
1st garam
1/3 cwn susu cair
1/2 st baking powder
1/2 superbake (yang ni tiada pun takpa)
1/3 cwn minyak jagung

Sos Butterscotch
 2 sudu besar butter
1/2 cwn susu cair @ whipping cream
1/2 gula perang ( boleh kurangkan kalau tak suka manis )
1 st esen butterscotch @ esen vanilla boleh juga
secubit garam

Yis, gula dan air suam satukan dan biarkan sehingga berbuih.  Dalam bekas berasingan masukkan tepung, baking powder, superbake dan secubit garam. Gaul sebati. Apabila yis dah berbuih masukkan kedalam adunan tepung tadi dan masukkan juga susu cair dan adun hingga sebati. Kemudian masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit dan uli sehingga adunan lembut dan tidak melekat di tangan. Sekurang-kurangnya uli selama 4@5 minit. Lagi lama lagi baik untuk mendapatkan doh yang gebu. Kemudian biarkan dalam bekas bertutup @ simpan dalam microwave @ oven yang tak ON okay, nanti kalau on lain dah jadinya. Biarkan kembang atau naik 2 kali ganda. 

Apabila dah kembang tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin kemudian bulat-bulatkan ikut selera masing-masing dan susun dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak. Taburkan biji labu atau apa2 sahaja kekacang yang korang sukai. Yang ni pilihan sahaja. Tak letak pun okay. Kemudian bakarlah dalam oven selama 20 minit pada suhu 170-180 darjah celcius. Bila roti dah nampak keperang-perangan masak la tu. Keluarkan dan ketepikan.

Untuk sos pula, masukkan butter dalam pan dengan api sederhana, bila dah cair masukkan gula perang. Gaul sehingga gula cair. Kalau tak cair masukkan susu sedikit demi sedikit dan teruskan menggaul sampai gula cair. Bila dah cair dan adunan sos sebati bolehlah matikan apinya. Tuang atas roti yang dah masak tadi. Sedia untuk dihidang.
 
 
 

6 comments:

NURUL AQIDAH AZAHAR said...

sedap nye tgk..dh lama nk try mkn

Nor Dila said...

tq Nurul,,try la mudah je

norsalihah shaleh said...

hi.. dtg membalas kunjungan. sedapnya roti ni. dulu penah beli 2 bekas sekaligus.. mengidam punya pasal.. haha

Rosmiza Ali said...

Assalamualaikum Dila! 1st time singgah sini.. Sala kenal dari MD! Sedap nampak rooti tu.. Dah dapat resepi ni bolehla try buat nanti.. Thanks sharing resepi. Btw, done follow sini.. Sudi2lah follow kembali.. ^__^
RosmizaAli.Com

cik pjaz said...

sedapnya,,
teringin nak makan tapi tak pandai buat...hehe
tq sebab sharing resepi..

Nor Dila said...

waalaikumsalam, thanks all, btw try la resepi ni..dan semoga ukhuwah kita terus terjalin..