Friday, August 21, 2015

Tips Langsing dan Sihat dengan senaman squat

Apabila umur dah menjangkau 30-an ni terasa perubahan kesihatan pada badan kita. Dan kalau kita tidak jaga bermula dari usia muda walaupun 30 an ni bukan muda lagi tapi sebaik-baiknya waspada dan peka dengan tahap kesihatan kita. Jangan nak tunggu umur dah 40 dan ke atas baru nak peka dengan tahap kesihatan diri.

Jangan ingat muda-muda tak kena darah tinggi, kencing manis, kolestrol tinggi, lemah jantung, sakit saraf, kanser. Zaman sekarang semua penyakit ini tidak lagi mengikut umur seseorang tapi ikut gaya hidup dan gaya pemakanan kita. Jadi kena waspada dari awal. Lagi tak sihat kalau kita dah terpaksa makan ubat-ubat yang dibekalkan hospital. Buah pinggang pula jadi mangsa. Kesiankan badan kita.

Saya dah lama dengar tentang senaman squat ni dan ini adalah satu cara senaman yang paling mudah dan boleh lakukan di rumah. Tidak perlukan peralatan hanya tubuh badan kita sahaja diperlukan. Yalah kalau bukan badan kita badan siapa lagikan?hehe.

Okay faedah senaman squat ni setelah puas mengumpul maklumat melalui lama maya ni antaranya :

1. Menguatkan otot-otot
2.banyak membakar kalori
3. Baik untuk jantung
4. Membentuk pinggul dan paha yang pejal
5. Awet muda

Itu antara kebaikkannya. Yang sebenarnya banyak lagi tapi perlu diingat senaman ini harus mengikut cara yang betul seperti mencangkung dengan keadaan paha selari dengan lantai dan lutut tidak melebihi paras jari kaki kita. Kalau senaman ini tidak dilakukan dengan betul ditakuti akan mengalami sakit lutut.

Lakukan sebanyak 10-15 kali seharipun  dah cukup baik bagi saya kerana saya hanya lakukan sebanyak 15 kali dan kesan dah terasa dibahagian paha. Berikut adalah gambaran senaman squat dilakukan.

http://2.bp.blogspot.com/-nN-tBKXG66U/VRVFb-hlpPI/AAAAAAAAAQA/VNhIOkNeu4E/s1600/2-minutes-to-get-off-the-couch-01.jpg
Ihsan Google

Selamat bersenam!!

2 comments:

LZ - The Blog Owner said...

Salam ziarah Nor Dila,

Ooo baru tau cara squat yang betul.. Silap teknik boleh menggeletar kepala lutut.. hehehe

Thanks for sharing this tip..

Nor Dila said...

thanks too coz singgah sini..sama2 kita bersenam demi kesihatan..hee