Skip to main content

Tempat menarik di Kundasang, Ranau, Sabah..part 2

Edisi kedua ni saya sambung lagi cerita tentang perjalanan percutian kami aka honeymoon la katakan. Malu-malu plak nak taip honeymoon.hehe..Sebenarnya tak tahu nak cerita sangat tentang travelling kali ni. Almaklum baru nak mula aktif berblog semula.

Entri yang lepas saya dah cerita perjalanan hari pertamakan tapi ni nak cerita semula coz macam tak berapa best plak terus sampai kundasang kan.hehe..okay kawan-kawan the story begin now....

25 Mei adalah tarikh keramat bagi saya dan suami kerana itulah tarikh kami diijabkabulkan sebagai suami dan isteri!! yehaaa!!hehe,,,ops sori saya' tereksaited' plak..so kami pilih tarikh tu untuk memulakan perjalanan cuti-cuti suami isteri yang kedua tahun..waktu ni kejadian gempa bumi belum berlaku lagi. Alhamdulillah Allah bagi kami peluang sampai dahulu ke daerah ni.

Perjalanan kami berdua bermula dari kunak seawal jam 7 pagi dengan menggunakan kenderaan 4 wheel. Dan masa perjalanan mengambil masa 6-7 jam dengan melalui beberapa daerah seperti lahad datu, kinabatangan, beluran, telupid dan kemudian baru sampai ranau.

dalam perjalanan beluran-telupid

Jam 2 petang kami sampai tempat penginapan J Residence. Tak pasti kalau tempat ni turut terjejas akibat gempa yang melanda baru-baru ni. Boleh 'google' tempat ni untuk maklumat lanjut sekiranya ada yang berminat. Sebelum ke sini kena bawa jaket atau sweater ya coz tempat ni sejuk gila terutama malam, selimut tebal kami lapis dua pun tak dapat menahan kesejukannya, fuh..
pemandangan kawasan penginapan, itulah kereta yang berjasa pada kami

bilik sebelah kanan penginapan kami

lebih kurang beginilah keadaan bilik

pemandangan dari balkoni bilik kami

pintu masuk utama ke ladang lembu
panorama indah sepanjang laluan ke kawasan ladang lembu

mesti akan lalu batu tanda ni
ada sesi susukan anak kambing dan lembu


nak susu!!!moooo....
apa tu??

Okay lah setakat ini sahaja dulu, saya nak rehat nanti kita sambung lagi, itupun kalau ada yang berminat nak tahu cerita selanjutnya,hehe.

Comments

ayuadyani said…
cantik..2 kali berkinjung ke sabah..tp x sempat ke ranau la plak.next trip maybe..insyaAllah..
nikkhazami said…
belum pernah sampai lagi ke sabah sarawak. boleh la letak tempat penginapan tu dlm list nanti
Dila said…
jom la ke sabah,,banyak tempat menarik kar sini..^_^
Nora Karim said…
Cantiknya sabah.... saya tak pernah smpi lagi di sabah... mak aiii jauhnya nak ke penginapan tu... siap pakai 4 wheel...

Popular posts from this blog

Rahmat 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Lama sangat tinggalkan blog ni. Semenjak dah melahirkan anak sulung kami yang sekarang ni dah masuk 5 bulan lebih dah. Baru rasa nak update blog. Sebenarnya masa tak mengizinkan sgt nak type2 entri ni maklumla si kecik ni masih 'kecik' dan sgt2 perlukan perhatian kita. Mama2 yg lain pun sama kan.hehe Apapun saya sangat bersyukur dgn rahmat yang Allah berikan dlm rumahtangga kami ni..walaupun lambat selepas 4 thn perkahwinan tp kami redha dan bersyukur. Dan saya mendoakan kawan2 dluar sana yg masih belum dikurniakan cahayamata semoga bersabar dan terus berdoa dan berharap agar Allah akan memberikan sesuatu yg terbaik buat kalian..aminnn Okayla mama isa nak rehat dulu..xda idea lg nak type apa.heè..

Peristiwa di akhir kehamilan

Assalamualaikum dan salam takziah pada rakyat sarawak khusunya krn telah kehilangan pemimpin pertama mereka kelmarin. Nampaknya ini entri pertama saya pada tahun 2017 ni. Almaklum lama tak 'mengentri' ni bukan apa, melayan keadaan diri yang 1st time mengandungkan anak pertama alhamdulillah. Kadang2 ja buka blog ni tapi takda mood nak berblog. Paling2 pun menggugel jak pasal2 kehamilan. Kali ni baru ada kekuatan dan semangat nak menaip-naip walaupun dah sarat2 ni. Alhamdulillah kandungan dah masuk 36 minggu maknanya tinggal menunggu hari2 kelahiran dan pertemuan pertama dengan our beloved ones keluar. Eksaited dan berdebar pun ada juga. Tapi lebih kepada tak sabar-sabar nak melalui saat2 yang mendebarkan itu. Bukanlah i tak takut atau trip berani tapi awal2 lagi dah setkan minda ni setiap kelahiran itu sememangnya akan melalui kesakitan samada sikit atau banyak. Dan paling utama ketika ini banyak2kan berzikir dan berdoa dan yakin dengan pertolongan Allah apabila saat itu tel...

Diari Kehamilanku : Sah Diabetis Gestasi @ GDM

Assalamualaikum dan salam sejahtera u olls. Akhir2 ni susah betul mo cari semangat untuk berblog. Bukantak buka langsung blog tapi just blogwalking ja n google2 apa yang patut. Tapi nak type entri baru amatlah susah. Susah sebabnya kadang2 tiada idea dan semangat nak menaip. Hoho....btw malam ni akhirnya datanglah satu semangat untuk berkongsi suatu cerita yang selalu dikongsikan oleh ibu2 hamil diluar sana apabila berada dalam fasa ini. Baru2 ni saya kena minum air gula kat KK Semporna, kerana waktu berklinik di KD, bila timbang berat berat naik mendadak 3 kg ko!!! Macam takpercaya ja dengan penimbang dorang ni. Almaklum 'oldskool' penimbangnya. Dah kena pula minggu depannya pergi ke pekan untuk cek gula dalam darah i. Nasib baik time ni husband dpt temankan. Kalau tak mo bingung juga 2 jam lebih duduk menunggu result selepas minum air gula tu. Sebelum minum air gula kadar gula normal lagi, tapi selepas 2 jam minum air gula tu ternyata kadar gula dalam darah i sangat tingg...