Skip to main content

Tempat menarik di Sabah, edisi kundasang, ranau.

Apa khabar teman blogger sekalian alam maya. Lama rasanya tak update blogger saya ni.
Almaklum kesibukan melanda diri walaupun belum ada zuriat lagi. InshaAllah kalau dah ada bertambah-tambah sibuk la mungkin. Alhamdulillah. Okay lah kali ni saya nak kongsi tentang salah satu tempat menarik di negeri Sabah iaitu Kundasang Ranau.

Seperti ramai yang sedia maklum kawasan ini telah dilanda gempa bumi yang agak kuat juga sehingga menyebabkan keruntuhan yang teruk berlaku di kawasan gunung kinabalu. Terkejut dan dalam masa yang sama saya dan suami rasa bersyukur kerana kami berada di sana kurang 2 minggu sebelum gempa berlaku. Pergi ke sana untuk honeymoonla katakan.

Walaupun saya pernah menuntut di UMS dan menetap di Kota Kinabalu aka K.k selama 5 tahun tapi tak pernah jalan-jalan sekitar kundasang hanya lalu sahaja apabila nak balik kampung. Dan pada 25 mei lalu saya dan suami akhirnya telah sampai di kundasang dan kami menginap di J residence selama 3 hari 2 malam. Tempat-tempat yang kami jelajah seperti Desa Cattle Dairy Farm. Tempat ni lebih kurang macam di NewZealand orang gelarkan sebab mereka ternak lembu tenusu yang diimport tu. Kawasan memang cantik dan sejuk dan agak mencabar jugalah nak ke tempat ni.

pintu masuk



boleh tengok susu lembu diperah
nampak tak aiskrim dan susu segar tu, sedap oo..
Hari pertama inilah aktiviti kami berdua, ke ladang lembu dan di sana kita boleh menikmati susu dan aiskrim dari sumber lembu yang di ternak tu dan juga kami sempat singgah di nursery bunga-bunga yang cantik dan menawan. Rasa macam nak borong semua jenis bunga.hehe.
Okaylah sekian dulu hari pertama. Nanti saya akan sambung entri akan datang ya. Terima kasih kerana singgah.

Comments

Popular posts from this blog

Rahmat 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Lama sangat tinggalkan blog ni. Semenjak dah melahirkan anak sulung kami yang sekarang ni dah masuk 5 bulan lebih dah. Baru rasa nak update blog. Sebenarnya masa tak mengizinkan sgt nak type2 entri ni maklumla si kecik ni masih 'kecik' dan sgt2 perlukan perhatian kita. Mama2 yg lain pun sama kan.hehe Apapun saya sangat bersyukur dgn rahmat yang Allah berikan dlm rumahtangga kami ni..walaupun lambat selepas 4 thn perkahwinan tp kami redha dan bersyukur. Dan saya mendoakan kawan2 dluar sana yg masih belum dikurniakan cahayamata semoga bersabar dan terus berdoa dan berharap agar Allah akan memberikan sesuatu yg terbaik buat kalian..aminnn Okayla mama isa nak rehat dulu..xda idea lg nak type apa.heè..

Peristiwa di akhir kehamilan

Assalamualaikum dan salam takziah pada rakyat sarawak khusunya krn telah kehilangan pemimpin pertama mereka kelmarin. Nampaknya ini entri pertama saya pada tahun 2017 ni. Almaklum lama tak 'mengentri' ni bukan apa, melayan keadaan diri yang 1st time mengandungkan anak pertama alhamdulillah. Kadang2 ja buka blog ni tapi takda mood nak berblog. Paling2 pun menggugel jak pasal2 kehamilan. Kali ni baru ada kekuatan dan semangat nak menaip-naip walaupun dah sarat2 ni. Alhamdulillah kandungan dah masuk 36 minggu maknanya tinggal menunggu hari2 kelahiran dan pertemuan pertama dengan our beloved ones keluar. Eksaited dan berdebar pun ada juga. Tapi lebih kepada tak sabar-sabar nak melalui saat2 yang mendebarkan itu. Bukanlah i tak takut atau trip berani tapi awal2 lagi dah setkan minda ni setiap kelahiran itu sememangnya akan melalui kesakitan samada sikit atau banyak. Dan paling utama ketika ini banyak2kan berzikir dan berdoa dan yakin dengan pertolongan Allah apabila saat itu tel...

Ayam Goreng Kunyit

Assalammualaikum semua..ntahla ada juga ka yg baca entry aku ni kali,,hehe,,papun x kisahlah janji aku dpt kongsi resepi utk mknan tengahari ni,,mood memasak dtg membuak-buak so aku masak resepi kegemaranku yg aku pelajari dr blogger2 masak2,,haaa bahasa aku,,he,,so check it out... amacam,,cute x??hehe,,sj puji dri sendiri,,ok berikut adalah resepinya : Bahan-bahannya ; Ayam (kuambil bhagian isi dada ayam) 1 labu bawang besar*(di hiris) 2 ulas bawang merah* 3 ulas bawang putih* 1 tangkai lada besar* 6 batang kacang buncis( di potong ikut suka ) sedikit serbuk kunyit (untuk perap d ayam dan tabur semasa menumis) sos tiram 1 sd teh garam dan perasa minyak la utk menumis perap ayam dengan sedkit kunyit dan garam kemudian goreng dengan minyak yg sedikit, aku guna kuali pan so guna minyak sedikit shj kerana kuali jenis pan aku ni x melekat. Dah masak asingkan. Kemudian panaskan sdkit minyak utk menumis bhn2 yg d hiris, masukkan isi ayam tadi,masukkan sos tiram, serbuk ...