Saturday, September 24, 2016

Tanam Daun Sup Sendiri

Assalamualaikum bloggers. Rasa terpanggil hari ni nak kongsi tentang tanaman herba saya. Daun sup siapa yang tak kenal? Angkat jari,hehe..mesti ramai yang kenal benar dengan daun atau tumbuhan herba yang sangat popular ni kan. Tapi jangan terkeliru dengan daun ketumbar plak sebabnya rupa luaran spesis ini lebih kurang jak. Yang membezakan adalah baunya. Daun sup bagi saya lebih wangi daun ketumbar sedikit kuat baunya. Emm susah plak nak terangkan macamana.

Tapi selalunya daun sup digunakan dalam masakan bersup dan ada juga yang suka mencampurkannya dalam masakan bergoreng seperti mee goreng. (macam sayalah). Oleh itu saya telah berikhtiar dengan menanam sendiri daun sup dalam pasu kecil dan meletakkannya di tepi tingkap dapur. Supaya senang nak ambik time nak masak.

tepi tingkap dapur, senang nak capai.

nampak kecacatan pada pasuku,hehe..

Mungkin ada yang dah tau macam mana nak tanam tumbuhan herbs ni kan. Tapi saya kongsi lagi disini kot2 ada yang tak tahu kan. Senang jak cuma beli daun sup yang berjual di pasar dan pastikan yang ada akarnya sekali. Dah bayar daun sup tu (kalau kat sabah ni harga seringgit ja seikat) bawala balik ke rumah. Kemudian sediakan pasu ikut suka korang nak besar atau kecik, dan tanah apa2 jenis yang ada kat belakang rumah pun boleh pakai janji tanah, masukkan dalam pasu tanah tersebut kemudian buat lubang kat tengah2 then masukkan bahagian akar daun sup tadi. Kasi padat2 tanah tu, kemudian siram dan letak di tempat yang dapat matahari pagi secukupnya agar ia membesaar dengan sihat.

Perlu diingat kalau nak tanaman ni tahan lama terutama daun sup ni sentiasa cabut mana2 dahan atau tangkai yang dah besar atau tua untuk mengekalkan kesuburan pokok daun sup kita. Kalau rajin masak campur daun ni tak jadi masalah kot tapi kalau jarang menggunakannya eloklah ikut petua saya ni. Selamat menanam!!!

5 comments:

CikLa Shahril said...

Cikla tanam daun sup tak pernah berjaya. Mula mula tanam ok subur je. Lama lama jd kecut kayu pastu mati... Huhu...

Cikla dh follow back.. Slm kenal....

Mrs Dee said...

oh yaka, yg ni dah lama tanam ni kena sentiasa cabut dahan2 yg dah tau,,baru tahan lama sikit...heee..tq follow me CikLa..

Kakzakie Purvit said...

Tak kisah pasu cacat, pokoknya tak cacat:)

Mrs Dee said...

hehe..betoltu Kakzakie,,,

Maman Reen said...

Dah lama sebenarnya tanam minat untuk menanam pokok dirumah.. In sya Allah dalam masa terdekat.. Segar je nengok daun sup sis.

Petik sikit boleh..? Hihihi :D