Skip to main content

Diari Kehamilanku : Jerawat Bermaharajalela


ihsan google


Assalamualaikum readers..ada readers ka blog suam2 kuku aku ni,,hehe,,takpa janji ada yang limpas2 kata org sabah (lalu lalang) kira okayla tu kot. Nak share sikit pengalaman aku mengandungkan our first baby ni Alhamdulillah so far okay, but 1 thing yg tak pernah terjadi dengan muka aku selama hidup 31 tahun ni ialah jerawat yang bukan main tumbuh subur di atas wajah ku ini,,huhu....

Kata abg (suami i le) pembawaan ni, ialah kot. Aku pun mengiyakan katanya. Dari zaman remaja lagi aku jarang berjerawat yang banyak macam pasir ni. paling pun seketul dua betempek tapi tulah yang besar punya hinggakan boleh jadi spot kalau orang pandang aku.hehehe..Tapi kali ni memang tak dapat dibendung lagi, bukan sahaja jerawat pasir kat dahi tapi setompok jerawat besar bulat ngam2 dekat pipi yang tak berapa gebu ni,hehehe..padahal aku rajin cuci muka setiap hari.

Bila abg pandang muka i sebelum pergi kerja dia senyum2 kambing tengok muka aku. Tak pernah dia tengok jerawat sebesar itu tumbuh kat pipi aku ni. Apapun aku tak rasa beban atau apa, just rasa pengalaman ni sangat indah kerana jerawat ni timbul ketika first pregnant ( 2nd acually, tapi yg 1st gugur tak sampai 3 bln). So, pada sesiapa yang mengalami hal yang sama macam aku ni jangan takut atau gelabah, perubahan hormon  ini berlaku ketika hamil dan insyaAllah lepas bersalin nanti wajah kita akan kembali seperti asal.

Comments

Kakzakie Purvit said…
Betullah tu. Lain org lain alahannya
Kakak dulu leher ada garis-garis hitam. Malu dan bimbang tak hilang
Tapi betul lepas bersalin tak lama entah masa bila hilang tak sedar pulak.
Mungkin lepas pantanglah sebab masa pantang tu masih ada lagi.
Dila said…
oh yaka,,he, tu la ada juga part badan yg menghitam plak selama mengandung ni,,risau jugak tapi org ckp memang selalu mcm ni kalau preggy.hee

Popular posts from this blog

Rahmat 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Lama sangat tinggalkan blog ni. Semenjak dah melahirkan anak sulung kami yang sekarang ni dah masuk 5 bulan lebih dah. Baru rasa nak update blog. Sebenarnya masa tak mengizinkan sgt nak type2 entri ni maklumla si kecik ni masih 'kecik' dan sgt2 perlukan perhatian kita. Mama2 yg lain pun sama kan.hehe Apapun saya sangat bersyukur dgn rahmat yang Allah berikan dlm rumahtangga kami ni..walaupun lambat selepas 4 thn perkahwinan tp kami redha dan bersyukur. Dan saya mendoakan kawan2 dluar sana yg masih belum dikurniakan cahayamata semoga bersabar dan terus berdoa dan berharap agar Allah akan memberikan sesuatu yg terbaik buat kalian..aminnn Okayla mama isa nak rehat dulu..xda idea lg nak type apa.heè..

Peristiwa di akhir kehamilan

Assalamualaikum dan salam takziah pada rakyat sarawak khusunya krn telah kehilangan pemimpin pertama mereka kelmarin. Nampaknya ini entri pertama saya pada tahun 2017 ni. Almaklum lama tak 'mengentri' ni bukan apa, melayan keadaan diri yang 1st time mengandungkan anak pertama alhamdulillah. Kadang2 ja buka blog ni tapi takda mood nak berblog. Paling2 pun menggugel jak pasal2 kehamilan. Kali ni baru ada kekuatan dan semangat nak menaip-naip walaupun dah sarat2 ni. Alhamdulillah kandungan dah masuk 36 minggu maknanya tinggal menunggu hari2 kelahiran dan pertemuan pertama dengan our beloved ones keluar. Eksaited dan berdebar pun ada juga. Tapi lebih kepada tak sabar-sabar nak melalui saat2 yang mendebarkan itu. Bukanlah i tak takut atau trip berani tapi awal2 lagi dah setkan minda ni setiap kelahiran itu sememangnya akan melalui kesakitan samada sikit atau banyak. Dan paling utama ketika ini banyak2kan berzikir dan berdoa dan yakin dengan pertolongan Allah apabila saat itu tel...

Diari Kehamilanku : Sah Diabetis Gestasi @ GDM

Assalamualaikum dan salam sejahtera u olls. Akhir2 ni susah betul mo cari semangat untuk berblog. Bukantak buka langsung blog tapi just blogwalking ja n google2 apa yang patut. Tapi nak type entri baru amatlah susah. Susah sebabnya kadang2 tiada idea dan semangat nak menaip. Hoho....btw malam ni akhirnya datanglah satu semangat untuk berkongsi suatu cerita yang selalu dikongsikan oleh ibu2 hamil diluar sana apabila berada dalam fasa ini. Baru2 ni saya kena minum air gula kat KK Semporna, kerana waktu berklinik di KD, bila timbang berat berat naik mendadak 3 kg ko!!! Macam takpercaya ja dengan penimbang dorang ni. Almaklum 'oldskool' penimbangnya. Dah kena pula minggu depannya pergi ke pekan untuk cek gula dalam darah i. Nasib baik time ni husband dpt temankan. Kalau tak mo bingung juga 2 jam lebih duduk menunggu result selepas minum air gula tu. Sebelum minum air gula kadar gula normal lagi, tapi selepas 2 jam minum air gula tu ternyata kadar gula dalam darah i sangat tingg...