Sunday, April 17, 2016

Churros aka kuih belimbing panjang, sarapan pagi




 Assalamualaikum semua, tadi pagi kami laki bini sarapan makan churros jak. Dari semalam resepi ni berlegar-legar dalam kepala otak ni 'esok pagi nak sarapan churros',hehe..Alhamdulillah jadik juga. Ini dah kali kedua buat dan kali ni cantik sikit sebab dah ada bentuk macam belimbing tu. Awal-awal pagi bangun terus cari acuan nozle piping bag tu. Nasib baik jumpa. Tapi guna plastik biasa jak la.

Versi saya ni tidak ada sos ataupun serbuk gula dan serbuk kayu manis tu. Makan macam ni pun soddappp. Lagipun nak kurang-kurang makan manis konon..hehe..nak jaga kesihatan lah katakan.. Resepi ni saya ambil dari blogger masakan Hana Memories, terima kasih ye sis. Banyak versi sebenarnya tapi saya guna yang ni sebab senang sikit. Tak perlu nak timbang-timbang semua. Guna ukuran asas jak macam cawan dan sudu. Bah selamat mencuba kawan-kawan. Sedapnya sampai rasa 'gantung' plak memakannya, huhuuhu...petang mo buat lagilah...

Resepi Churros

1 cawan air
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar mentega
1 sudu besar gula
secubit garam
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila

Kaedahnya :

masukkan air, gula, mentega dalam periuk dan panaskan atas api sederhana sampai gula cair, matikan api dan masukkan tepung sikit2 sampai sebati dan licin. Kemudian masukkan telur yang telah dikacau sedikit dan esen vanila tadi. Gaul sampai sebati. Kalau ada piping beg, masukkan dalam piping beg yang ada nozel bintang yang besar. Kalau tiada piping beg bole jak guna plastik untuk kerepek tu, guntuing jak penjurunya untuk memudahkan adunan keluar.

Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana. Bila dah panas paipkan la adunan tadi dan saiznya ikutla kesukaan korang ya, dan gunting hujungnya. Sentiasa kacau lembut adunan tadi agar masaknya dan warna sekata seia dan seirama dan serasi bersama,,,haaaa...jangan plak terlebih perang ya,,nanti kelembutan didalamnya akan hilang. Kita nak ia ranggup diluar dan lembut didalamnya, barulah ada 'kick' bilang omputih,,hahaha...selamat mencuba sendirian berhad ya...ok bai!!!!

2 comments:

zeera lily said...

salam kenal... ha peminat churros dah dtg ni.. hihi.. kite amik resipi awk tau.. nk try buat sndri

Mrs Dee said...

salam kenal zeera,,ambik jek,,hehe