Skip to main content

KARIPAP Step by step

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM BLOGGER

Malam ni dila akan share 'step by step' buat karipap. Kuih ni buat kemarin stok untuk pelanggan. Kerajinan datang untuk tunjukkan langkah demi langkah. Mungkin ada yang dah tahu tapi rasanya ada juga tidak tahu. Tapi takpa kita kongsi sedikit ilmu yang ada. Diharapkan anda  dapat memahaminya ok. Kalau tak faham bolehla tinggalkan komen korang ye.

Okay jom kita semak resepi dan langkah-langkah pembuatannya.

KARIPAP INTI UBI KENTANG DAN ISI AYAM

Bahan untuk kulit
Bahan A:
- 3 cwn tepung gandum
- 1cwn air
- 1 sd teh garam

Campurkan semua bahan di atas dan uli hingga menjadi doh yang licin dan tidak melekat.

Bahan B :
- 1/2 cwn mentega ( dila guna planta )* dicairkan
- 2 cwn tepung gandum

Campurkan semua bahan diatas. Sekiranya doh masih likat boleh tambah tepung sedikit demi sedikit hingga doh lembut dan tidak terlalu keras.

Inti :
- 10 biji ubi kentang sederhana saiznya * dipotong dadu
- isi ayam ( ikut suka kalau nak banyak ) * dihiris
- 3 sudu besar rempah kari ayam@daging * dicampur dengan sedikit air dan buat jadi pes
- 2 ulas bawang putih* dicincang
- 2 biji bawang besar* dipotong dadu
- 2 sudu besar minyak masak

Panaskan minyak dan masukkan bawang-bawang goreng sehingga naik bau. Kemudian masukkan pes kari dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan isi ayam dan kentang. Tambahkan air sehingga tenggelam ubi dalam air. Masak sehingga air kering dan kentang lembut. Sebelum inti kering perasakan dengan garam dan gula dahulu. Sekiranya kentang masih keras tambah sedkit air dan masak sehingga kentang lembut. Angkat dan sejukkan pada suhu bilik.

Berikut adalah cara pembutannya.

1- Ambil sedikit doh dan kepal-kepalkan atau bulat-bulatkan seperti dalam gambar. Begitu juga doh mentega tapi pastiakn doh mentega kecil saiznya daripada doh A. Masukkan doh mentega kedalam doh A dan bulat2 kan lagi. Kemudian canai adunan menjadi leper, kemudian gulung sehingga menjadi gambar nombor 2 ya.
2- Adunan step ini kemudian dicanai lagi sehingga menjadi no.3
3- setelah dicanai gulung lagi seperti gambar no 4
4- Kemudian dipotong 2 seperti dalam gambar
6- Setelahdipotong 2 ambil1 bahagian dan canai ikut kelebaran yang anda suka. Tapi jangan terlalu tipis kerana nanti bocor pula ketika digoreng.
7-Sudukan sedikit inti dan tutup dengang mencantumkan tepinya dengan memicitnya dengan jari. (paham tak)
8- Bagi yang baru pertama kali nak buat bole guna acuan karipap yangada dijual dikedai ya.
9- Part yang ni dila panggil kelepet . Tarik sedikit tepi adunan dan lipat kedalamdan buat begitu sehingga habis. Semoga rakan-rakan dapat memahaminya.
10- Tak jumpa no 10 dlm editor jadi yang last sekali jadilah karipap dan tinggal digoreng. Boelh sejukbekukan tetapi pastikan ketika nak bekukan jangan di tindih atau dirapatkan kuih ni kerana nanti akan melekat antara satu dengan yang lain ya. Nangis nanti kuih rosak setelah berpenat lelah membuatnya.hehe..

Bila dah beku bolehlan di masukkan dalam bekas dan ketika ini ditindih2 pun takpe sebab masing-masing dah bekukan. Dan boleh terus digoreng dengan api sederhana panas ya.

Maafkan saya sekiranya penerangan dila tidak jelas. Okay Selamat mencuba^_^

-

Comments

Popular posts from this blog

Rahmat 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Lama sangat tinggalkan blog ni. Semenjak dah melahirkan anak sulung kami yang sekarang ni dah masuk 5 bulan lebih dah. Baru rasa nak update blog. Sebenarnya masa tak mengizinkan sgt nak type2 entri ni maklumla si kecik ni masih 'kecik' dan sgt2 perlukan perhatian kita. Mama2 yg lain pun sama kan.hehe Apapun saya sangat bersyukur dgn rahmat yang Allah berikan dlm rumahtangga kami ni..walaupun lambat selepas 4 thn perkahwinan tp kami redha dan bersyukur. Dan saya mendoakan kawan2 dluar sana yg masih belum dikurniakan cahayamata semoga bersabar dan terus berdoa dan berharap agar Allah akan memberikan sesuatu yg terbaik buat kalian..aminnn Okayla mama isa nak rehat dulu..xda idea lg nak type apa.heè..

Peristiwa di akhir kehamilan

Assalamualaikum dan salam takziah pada rakyat sarawak khusunya krn telah kehilangan pemimpin pertama mereka kelmarin. Nampaknya ini entri pertama saya pada tahun 2017 ni. Almaklum lama tak 'mengentri' ni bukan apa, melayan keadaan diri yang 1st time mengandungkan anak pertama alhamdulillah. Kadang2 ja buka blog ni tapi takda mood nak berblog. Paling2 pun menggugel jak pasal2 kehamilan. Kali ni baru ada kekuatan dan semangat nak menaip-naip walaupun dah sarat2 ni. Alhamdulillah kandungan dah masuk 36 minggu maknanya tinggal menunggu hari2 kelahiran dan pertemuan pertama dengan our beloved ones keluar. Eksaited dan berdebar pun ada juga. Tapi lebih kepada tak sabar-sabar nak melalui saat2 yang mendebarkan itu. Bukanlah i tak takut atau trip berani tapi awal2 lagi dah setkan minda ni setiap kelahiran itu sememangnya akan melalui kesakitan samada sikit atau banyak. Dan paling utama ketika ini banyak2kan berzikir dan berdoa dan yakin dengan pertolongan Allah apabila saat itu tel...

Diari Kehamilanku : Sah Diabetis Gestasi @ GDM

Assalamualaikum dan salam sejahtera u olls. Akhir2 ni susah betul mo cari semangat untuk berblog. Bukantak buka langsung blog tapi just blogwalking ja n google2 apa yang patut. Tapi nak type entri baru amatlah susah. Susah sebabnya kadang2 tiada idea dan semangat nak menaip. Hoho....btw malam ni akhirnya datanglah satu semangat untuk berkongsi suatu cerita yang selalu dikongsikan oleh ibu2 hamil diluar sana apabila berada dalam fasa ini. Baru2 ni saya kena minum air gula kat KK Semporna, kerana waktu berklinik di KD, bila timbang berat berat naik mendadak 3 kg ko!!! Macam takpercaya ja dengan penimbang dorang ni. Almaklum 'oldskool' penimbangnya. Dah kena pula minggu depannya pergi ke pekan untuk cek gula dalam darah i. Nasib baik time ni husband dpt temankan. Kalau tak mo bingung juga 2 jam lebih duduk menunggu result selepas minum air gula tu. Sebelum minum air gula kadar gula normal lagi, tapi selepas 2 jam minum air gula tu ternyata kadar gula dalam darah i sangat tingg...