Skip to main content

Daging Qurban Tumis Kicap

Selamat menyambut Aidiladha buat rakan-rakan semua,,
Terlebih dahulu Al-Fatihah buat jemaah haji yang terlibat dengan rempuhan yang berlaku di Mina. Semoga Allah menempatkan mereka di dalam golongan yang di RedhaiNya. Amin.

Awal pagi tadi terima daging korban. Alhamdulillah rezeki dari Allah. Then datanglah idea nak masak daging tu. Best jugak kalau tumis kicap ni. So bermula la aktiviti masak-masak kat dapur kesayangan.



Daging Tumis Kicap





Bahan-bahan:

Daging - anggaran segenggam dan dihiris nipis(perap dgn cuka dan sedikit kicap)Utk 2 orang.
Bawang besar - 1/2 biji potong wedges
Bawang merah - 2 ulas*
Bawang putih - 2 ulas*
Halia - 1/2 inci* (bahan * dihiris nipis)
1 sudu kecil kicap pekat
1 sudu mkn sos tiram
2 sudu mkn minyak zaitun (utk menumis)
lobak dihiris nipis (optional)
1 sudu mkn stok pekat ayam
garam dan gula (perasakan ikut citarasa masing2 ye)

Panaskan minyak untuk menumis, tumiskan bahan-bahan dihiris nipis seperti bawang2 dan halia, kemudian masukkan daging dan tumis sehingga kering air daging. masukkan sedikit air,sos tiram,kicap pekat, stok ayam. Kalau daging yang banyak urat tutup sekejap dengan penutup periuk agak2 dalam 2 @ 3 minit. Boleh juga direbus dahulu daging sekiranya takut daging lambat empuk. Kemudian bila dah lembut dan empuk toskan dan masukkan apabila dah hendak menumis. Kacau daging yang ditumis bila dah cukup sebati bolehlah perasakan dengan gula dan garam ikut citarasa. Matikan api danbolehlah dihidang. Makan dengan nasi panas fuh sedap gilerr..hee...oaky selamat mencuba kawan-kawan.

Comments

firohar said…
erm..nampak resepi pun dah rasa sedap..apa lagi rasanya..hehe...
Unknown said…
Merhabalar, çok leziz ve iştah açıcı görünüyor. Ellerinize sağlık.

Saygılar.

Popular posts from this blog

Rahmat 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Lama sangat tinggalkan blog ni. Semenjak dah melahirkan anak sulung kami yang sekarang ni dah masuk 5 bulan lebih dah. Baru rasa nak update blog. Sebenarnya masa tak mengizinkan sgt nak type2 entri ni maklumla si kecik ni masih 'kecik' dan sgt2 perlukan perhatian kita. Mama2 yg lain pun sama kan.hehe Apapun saya sangat bersyukur dgn rahmat yang Allah berikan dlm rumahtangga kami ni..walaupun lambat selepas 4 thn perkahwinan tp kami redha dan bersyukur. Dan saya mendoakan kawan2 dluar sana yg masih belum dikurniakan cahayamata semoga bersabar dan terus berdoa dan berharap agar Allah akan memberikan sesuatu yg terbaik buat kalian..aminnn Okayla mama isa nak rehat dulu..xda idea lg nak type apa.heè..

Peristiwa di akhir kehamilan

Assalamualaikum dan salam takziah pada rakyat sarawak khusunya krn telah kehilangan pemimpin pertama mereka kelmarin. Nampaknya ini entri pertama saya pada tahun 2017 ni. Almaklum lama tak 'mengentri' ni bukan apa, melayan keadaan diri yang 1st time mengandungkan anak pertama alhamdulillah. Kadang2 ja buka blog ni tapi takda mood nak berblog. Paling2 pun menggugel jak pasal2 kehamilan. Kali ni baru ada kekuatan dan semangat nak menaip-naip walaupun dah sarat2 ni. Alhamdulillah kandungan dah masuk 36 minggu maknanya tinggal menunggu hari2 kelahiran dan pertemuan pertama dengan our beloved ones keluar. Eksaited dan berdebar pun ada juga. Tapi lebih kepada tak sabar-sabar nak melalui saat2 yang mendebarkan itu. Bukanlah i tak takut atau trip berani tapi awal2 lagi dah setkan minda ni setiap kelahiran itu sememangnya akan melalui kesakitan samada sikit atau banyak. Dan paling utama ketika ini banyak2kan berzikir dan berdoa dan yakin dengan pertolongan Allah apabila saat itu tel...

Diari Kehamilanku : Sah Diabetis Gestasi @ GDM

Assalamualaikum dan salam sejahtera u olls. Akhir2 ni susah betul mo cari semangat untuk berblog. Bukantak buka langsung blog tapi just blogwalking ja n google2 apa yang patut. Tapi nak type entri baru amatlah susah. Susah sebabnya kadang2 tiada idea dan semangat nak menaip. Hoho....btw malam ni akhirnya datanglah satu semangat untuk berkongsi suatu cerita yang selalu dikongsikan oleh ibu2 hamil diluar sana apabila berada dalam fasa ini. Baru2 ni saya kena minum air gula kat KK Semporna, kerana waktu berklinik di KD, bila timbang berat berat naik mendadak 3 kg ko!!! Macam takpercaya ja dengan penimbang dorang ni. Almaklum 'oldskool' penimbangnya. Dah kena pula minggu depannya pergi ke pekan untuk cek gula dalam darah i. Nasib baik time ni husband dpt temankan. Kalau tak mo bingung juga 2 jam lebih duduk menunggu result selepas minum air gula tu. Sebelum minum air gula kadar gula normal lagi, tapi selepas 2 jam minum air gula tu ternyata kadar gula dalam darah i sangat tingg...