Edisi kedua ni saya sambung lagi cerita tentang perjalanan percutian kami aka honeymoon la katakan. Malu-malu plak nak taip honeymoon.hehe..Sebenarnya tak tahu nak cerita sangat tentang
travelling kali ni. Almaklum baru nak mula aktif berblog semula.
Entri yang lepas saya dah cerita perjalanan hari pertamakan tapi ni nak cerita semula
coz macam tak berapa
best plak terus sampai kundasang kan.hehe..okay kawan-kawan
the story begin now....
25 Mei adalah tarikh keramat bagi saya dan suami kerana itulah tarikh kami diijabkabulkan sebagai suami dan isteri!! yehaaa!!hehe,,,ops sori saya' tereksaited' plak..so kami pilih tarikh tu untuk memulakan perjalanan cuti-cuti suami isteri yang kedua tahun..waktu ni kejadian gempa bumi belum berlaku lagi. Alhamdulillah Allah bagi kami peluang sampai dahulu ke daerah ni.
Perjalanan kami berdua bermula dari kunak seawal jam 7 pagi dengan menggunakan kenderaan 4 wheel. Dan masa perjalanan mengambil masa 6-7 jam dengan melalui beberapa daerah seperti lahad datu, kinabatangan, beluran, telupid dan kemudian baru sampai ranau.
 |
dalam perjalanan beluran-telupid |
|
Jam 2 petang kami sampai tempat penginapan J Residence. Tak pasti kalau tempat ni turut terjejas akibat gempa yang melanda baru-baru ni. Boleh 'google' tempat ni untuk maklumat lanjut sekiranya ada yang berminat. Sebelum ke sini kena bawa jaket atau sweater ya coz tempat ni sejuk gila terutama malam, selimut tebal kami lapis dua pun tak dapat menahan kesejukannya, fuh..
 |
pemandangan kawasan penginapan, itulah kereta yang berjasa pada kami |
|
 |
bilik sebelah kanan penginapan kami |
|
 |
lebih kurang beginilah keadaan bilik |
|
 |
pemandangan dari balkoni bilik kami |
 |
pintu masuk utama ke ladang lembu |
|
 |
panorama indah sepanjang laluan ke kawasan ladang lembu |
|
 |
mesti akan lalu batu tanda ni |
|
 |
ada sesi susukan anak kambing dan lembu |
|
 |
nak susu!!!moooo.... |
|
 |
apa tu?? |
Okay lah setakat ini sahaja dulu, saya nak rehat nanti kita sambung lagi, itupun kalau ada yang berminat nak tahu cerita selanjutnya,hehe. |
|
Comments