Skip to main content

AYAMBUTTERMILK DAN SUP SAYUR TELUR

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM BLOGGER

Hai semua, lama dila tak update blog.Baru dapat masak yang sedap-sedap sikit jadi adalah entri kali hari ni.hehe..sebelum niada jtapi tak yakin nak kongsikan. Malu rasanya nak kongsi resepi yang simple2. Yang ni kira tak juga simple sangat tapi ok la pada tekak dila ni.

Menu masak semalam. Hah ko tetiba malam-malam mo makan yang berat-berat. Bukan apa sebabnya siang hari tak makan sangat so sekali malam kelaparan melanda apalagi terus selera besar datang.hehe..okayla jom semak resepi dan layan gambar okay...


Ayam Buttermilk

Bahan-bahan:
1 dada ayam dipotong kecil ikut suka la ye (ni hidangan utk 3 org)
1 bawang merah dihiris
1 bawang putih dihiris@cincang
5 biji lada padi
1 tangkai daun kari
2 sudu besar mentega @ butter
1/2 cwn susu sejat @ susu cair
tepung jagung (utk salut ayam sebelum digoreng)
Minyak masak utk menggoreng

Bahan Perap
1 sudu kecil serbuk lada hitam
secubit garam
1 sudu kecil gula
1biji telur
sedkit tepung gandum@tepung jagung

Kaedahnya :
Ayam dipotong dibersihkan dan perap dengan bahan perap dan perap selama setngah jam.
setelah setengah jam panaskan minyak dalam kuali. Isi ayam tadi salut dengan tepung jagung dan goreng sehingga kekuningan dan masak. Angkat ketepikan.

Kuali yang lain panaskan butter @ mentega dan masukkan bahan hiris, cili padi dan daun kari. Goreng hingga naik bau kemudian masukkan susu cair dan last sekali ayam. Perasakan dengan garam dan gula. Bila kuah dah agak pekat matikan api dan angkat. Hidangkan.


 Sup Sayur Campur dan Telur

Bahan-bahan:
2 biji telur
sedkit sayur brokoli
1/2 biji lobak merah
1 ulas bawang merah dihiris
1 inci halia dihiris
1 sudu kecil lada hitam ditumbuk halus
1 sudu kecil sos tiram
garam dan serbuk perasa
minyak utk menumis
air

Kaedahnya:
Potong kecil lobak dan sayur brokoli. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan jyang dihiris dan serbuk lada hitam. masukkan sayur, sos tiram dan 2 1/2 cwn air. Biarkan mendidih seketika. Kecilkan apidan pecahkan telur. Jangan digaul biarkan masak dengan api kecil. Agak-agak dah masak telurnya perasakan dan matikan api. Bolehlah dihidang. Selamat mencuba!!



Comments

Blog Santai said…
salam Sabtu Dila...

Wah..so yummy..boleh cuba ayam buttermilk tu..
Dila said…
sangat yummy...try la,
Ana Jingga said…
sup sayur dengan telur tu tak pernah cuba nampak menarik juga, tq for sharing dila :)

Popular posts from this blog

Ayam Buttermilk dan Buncis Goreng

Assalammualaikum kpd semua bloggers. Semoga Hari ni lebih baik dari kelmarin ya. First thing bila dah terbangun sebelum solat subuh ucapkan Alhamdulillah dan doa bangun tidurlah. Alhamdulillah awal pagi ni bila buka tingkap ruang tamu terpegun sekejap dengan keadaan di luar yang diselaputi kabus sejuk. Mungkin sebab semalam tiba-tiba angin kuat dan hujan lebat turun. Terfikir juga mungkin ini serpihan atau'ekor-ekor' taufan melor yang dikatakan akan melanda pantai barat sabah. Tapi kami ni di pantai timur??haaa....achaner tu johan????eh salah...sorry johan...xda kaitan ya..hahah Okaylah lari tajuk pula kan. Saya nak kongsi resepi makan tengahari kemarin. Kepada peminat Ayam buttermilk ni bolehlah cuba masak sendiri di rumah ya. Senang jak ni. Cuma jangan keliru dengan ayam masak butter ya. Menu lebih kurang sama cuma perbezaannya yang ini versi berkuah dan tiada telur yang digoreng jadi serbuk2 ka,,ntah apa nak sebut tu ala mcm yang selalu ada dekat restoran seafood tu. Maybe

Pizza simple dan mudah

Assalammualaikum semua... Okay hari ni nak share resepi yang pizza yang mudah dan kiranya i buat eksperimen la tapi alhamdulillah menjadi. Eksperimen itu ialah i buat doh pizza tanpa menggunakan yis untuk mengembangkannya. Akan  tetapi i guna baking powder u olls..dan kalau menggunakan BP ni kita x perlu menunggu doh naik @ kembang. Boleh trus letak topping dan ia akan naik sendirinya bila dah di bakar dalam oven. Dan satu lagi info yang mungkin ada yang tak tahu ialahbagi mereka yang tidak ada oven tapi ada pemanggang ajaib tu pun bole bakar pizza just kecikkan apinya k.. ok malas nak taip panjang2 ni mari semak resepi.. Bahan-bahan doh@adunan roti : - 1 cwn tepung gandum - 1 tsp baking powder - 2 sudu mkn minyak jagung@minyak zaitun@minyak apa yg ada kat rumah ya - 3 sudu mkn air @ tambah ikut adunan kita kalo masih keras tambah sdikit air - 1@2 sudu makan susu manis@susu cair@susu segar - secubit garam Bahan-bahan topping : - sosej  - fillet ketam - sos spageti

Rahmat 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Lama sangat tinggalkan blog ni. Semenjak dah melahirkan anak sulung kami yang sekarang ni dah masuk 5 bulan lebih dah. Baru rasa nak update blog. Sebenarnya masa tak mengizinkan sgt nak type2 entri ni maklumla si kecik ni masih 'kecik' dan sgt2 perlukan perhatian kita. Mama2 yg lain pun sama kan.hehe Apapun saya sangat bersyukur dgn rahmat yang Allah berikan dlm rumahtangga kami ni..walaupun lambat selepas 4 thn perkahwinan tp kami redha dan bersyukur. Dan saya mendoakan kawan2 dluar sana yg masih belum dikurniakan cahayamata semoga bersabar dan terus berdoa dan berharap agar Allah akan memberikan sesuatu yg terbaik buat kalian..aminnn Okayla mama isa nak rehat dulu..xda idea lg nak type apa.heè..