Skip to main content

Pizza simple dan mudah

Assalammualaikum semua...

Okay hari ni nak share resepi yang pizza yang mudah dan kiranya i buat eksperimen la tapi alhamdulillah menjadi. Eksperimen itu ialah i buat doh pizza tanpa menggunakan yis untuk mengembangkannya. Akan  tetapi i guna baking powder u olls..dan kalau menggunakan BP ni kita x perlu menunggu doh naik @ kembang. Boleh trus letak topping dan ia akan naik sendirinya bila dah di bakar dalam oven. Dan satu lagi info yang mungkin ada yang tak tahu ialahbagi mereka yang tidak ada oven tapi ada pemanggang ajaib tu pun bole bakar pizza just kecikkan apinya k..

ok malas nak taip panjang2 ni mari semak resepi..



Bahan-bahan doh@adunan roti :
- 1 cwn tepung gandum
- 1 tsp baking powder
- 2 sudu mkn minyak jagung@minyak zaitun@minyak apa yg ada kat rumah ya
- 3 sudu mkn air @ tambah ikut adunan kita kalo masih keras tambah sdikit air
- 1@2 sudu makan susu manis@susu cair@susu segar
- secubit garam

Bahan-bahan topping :
- sosej 
- fillet ketam
- sos spageti @ sos cili @ sos tomato ( guna sos yg ada kat rumah )
- nenas dlm tin ( i guna 2 kepingje )
- keju mozarella

Method

Dalam satu bekas adun sebati untuk membuat doh. sekiranya adunan melekat tambah sedikit tepung dan sebaiknya adunan doh lembut. Canai adunan ikut size loyang anda. ketepikan.

Untuk topping hiris sosej dan fillet ketam tadi dan nenas tadi potong kecil2. tuang sos keatas adunan doh tadi, kalau suka banyak sos letaklah lebih terpulang pada selera masing2. Then letak sosej,fillet dan nenas tadi. Keju kalau yang jenis buku parut atau hiris2 tipis dan tabur atas topping tadi. Bakar pada suhu 130-170 drjah selsius ikut oven memasing la. Dan dlm masa 20-30 minit. Kalau panas 130 ke atas lebihkan masa la sehingga keju cair dan tepi roti perang2 dah. 

Dan kalau guna pemanggang ajaib api kecil jak and 15 minit jak dah masak. Selamat mencuba.



Comments

nampak menyelerakan, belum pernah try buat lagi..

salam kenal, singgah dan follow

www.mamaniza.com
Dila said…
thanx Norhasniza..cuba la,,senang sgt2...
Anonymous said…
ya Allah sedapnya nmpk.. buatnya pon senang. boleh cuba. thanks for sharing
kereta sewa
car rental kuala lumpur
car rental KL

Popular posts from this blog

Ayam Buttermilk dan Buncis Goreng

Assalammualaikum kpd semua bloggers. Semoga Hari ni lebih baik dari kelmarin ya. First thing bila dah terbangun sebelum solat subuh ucapkan Alhamdulillah dan doa bangun tidurlah. Alhamdulillah awal pagi ni bila buka tingkap ruang tamu terpegun sekejap dengan keadaan di luar yang diselaputi kabus sejuk. Mungkin sebab semalam tiba-tiba angin kuat dan hujan lebat turun. Terfikir juga mungkin ini serpihan atau'ekor-ekor' taufan melor yang dikatakan akan melanda pantai barat sabah. Tapi kami ni di pantai timur??haaa....achaner tu johan????eh salah...sorry johan...xda kaitan ya..hahah Okaylah lari tajuk pula kan. Saya nak kongsi resepi makan tengahari kemarin. Kepada peminat Ayam buttermilk ni bolehlah cuba masak sendiri di rumah ya. Senang jak ni. Cuma jangan keliru dengan ayam masak butter ya. Menu lebih kurang sama cuma perbezaannya yang ini versi berkuah dan tiada telur yang digoreng jadi serbuk2 ka,,ntah apa nak sebut tu ala mcm yang selalu ada dekat restoran seafood tu. Maybe...

Peristiwa di akhir kehamilan

Assalamualaikum dan salam takziah pada rakyat sarawak khusunya krn telah kehilangan pemimpin pertama mereka kelmarin. Nampaknya ini entri pertama saya pada tahun 2017 ni. Almaklum lama tak 'mengentri' ni bukan apa, melayan keadaan diri yang 1st time mengandungkan anak pertama alhamdulillah. Kadang2 ja buka blog ni tapi takda mood nak berblog. Paling2 pun menggugel jak pasal2 kehamilan. Kali ni baru ada kekuatan dan semangat nak menaip-naip walaupun dah sarat2 ni. Alhamdulillah kandungan dah masuk 36 minggu maknanya tinggal menunggu hari2 kelahiran dan pertemuan pertama dengan our beloved ones keluar. Eksaited dan berdebar pun ada juga. Tapi lebih kepada tak sabar-sabar nak melalui saat2 yang mendebarkan itu. Bukanlah i tak takut atau trip berani tapi awal2 lagi dah setkan minda ni setiap kelahiran itu sememangnya akan melalui kesakitan samada sikit atau banyak. Dan paling utama ketika ini banyak2kan berzikir dan berdoa dan yakin dengan pertolongan Allah apabila saat itu tel...