Skip to main content

sup jagung fishball

Bismillah,,salam bahagia semua,,ni masakan tengahari kemarin,,masakan malas namanya,,hehe,,makan dgn nasi putih jak,,xtau mo masak apa lagi,,idea kering dah,,buka jak peti sejuk tengok apa yg ada campak jak semua,,bosan dah mkn yang bergorang n tumis2 so kali ni sup la pula jadik hidangan,,layan la ye..

resepinya :

bawang putih - 2 ulas *ditumbuk halus
bawang merah - 2 ulas*ditumbuk halus
halia - 1 inci *ditumbuk halus
sedikit serbuk ketumbar dan lada hitam * ditumbuk halus
pelaga
bunga lawang
fishball - banyak ikut suka ( optional, guna la apapun yg anda suka)
jagung dlm tin - setengah tin i guna
1 biji telor
lobak - diparut
1 kiub ayam Maggi
daun sup
garam secukup rasa

cara-caranya :
 bahan2 yg ditumbuk halus di tumis dgn minyak yg sedikit, bersama pelaga dan bunga lawang juga, kemudian  masukkan fishball, then masukkan la air dan biarkan ia mendidih seketika,,kemudian masukkan jagung dan lobak yg diparut, kiub ayam, kecilkan api then masukkan telor dan terus kacau perlahan utk pecahkan telur tu,,letakkan perasa,,bila semua dah oh matikan api,,akhir sekali masukkan daun sup..siap utk dihidang..



Comments

Unknown said…
as-salam n salam kenal kembali ya sis...
Dila said…
wslm,,thanx a lot sis,,

Popular posts from this blog

Rahmat 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Lama sangat tinggalkan blog ni. Semenjak dah melahirkan anak sulung kami yang sekarang ni dah masuk 5 bulan lebih dah. Baru rasa nak update blog. Sebenarnya masa tak mengizinkan sgt nak type2 entri ni maklumla si kecik ni masih 'kecik' dan sgt2 perlukan perhatian kita. Mama2 yg lain pun sama kan.hehe Apapun saya sangat bersyukur dgn rahmat yang Allah berikan dlm rumahtangga kami ni..walaupun lambat selepas 4 thn perkahwinan tp kami redha dan bersyukur. Dan saya mendoakan kawan2 dluar sana yg masih belum dikurniakan cahayamata semoga bersabar dan terus berdoa dan berharap agar Allah akan memberikan sesuatu yg terbaik buat kalian..aminnn Okayla mama isa nak rehat dulu..xda idea lg nak type apa.heè..

Peristiwa di akhir kehamilan

Assalamualaikum dan salam takziah pada rakyat sarawak khusunya krn telah kehilangan pemimpin pertama mereka kelmarin. Nampaknya ini entri pertama saya pada tahun 2017 ni. Almaklum lama tak 'mengentri' ni bukan apa, melayan keadaan diri yang 1st time mengandungkan anak pertama alhamdulillah. Kadang2 ja buka blog ni tapi takda mood nak berblog. Paling2 pun menggugel jak pasal2 kehamilan. Kali ni baru ada kekuatan dan semangat nak menaip-naip walaupun dah sarat2 ni. Alhamdulillah kandungan dah masuk 36 minggu maknanya tinggal menunggu hari2 kelahiran dan pertemuan pertama dengan our beloved ones keluar. Eksaited dan berdebar pun ada juga. Tapi lebih kepada tak sabar-sabar nak melalui saat2 yang mendebarkan itu. Bukanlah i tak takut atau trip berani tapi awal2 lagi dah setkan minda ni setiap kelahiran itu sememangnya akan melalui kesakitan samada sikit atau banyak. Dan paling utama ketika ini banyak2kan berzikir dan berdoa dan yakin dengan pertolongan Allah apabila saat itu tel...

Pizza simple dan mudah

Assalammualaikum semua... Okay hari ni nak share resepi yang pizza yang mudah dan kiranya i buat eksperimen la tapi alhamdulillah menjadi. Eksperimen itu ialah i buat doh pizza tanpa menggunakan yis untuk mengembangkannya. Akan  tetapi i guna baking powder u olls..dan kalau menggunakan BP ni kita x perlu menunggu doh naik @ kembang. Boleh trus letak topping dan ia akan naik sendirinya bila dah di bakar dalam oven. Dan satu lagi info yang mungkin ada yang tak tahu ialahbagi mereka yang tidak ada oven tapi ada pemanggang ajaib tu pun bole bakar pizza just kecikkan apinya k.. ok malas nak taip panjang2 ni mari semak resepi.. Bahan-bahan doh@adunan roti : - 1 cwn tepung gandum - 1 tsp baking powder - 2 sudu mkn minyak jagung@minyak zaitun@minyak apa yg ada kat rumah ya - 3 sudu mkn air @ tambah ikut adunan kita kalo masih keras tambah sdikit air - 1@2 sudu makan susu manis@susu cair@susu segar - secubit garam Bahan-bahan topping : - sosej  - fillet ketam - sos...