Skip to main content

6 Cara Tingkatkan Daya Ingatan Anda

1. Belajar sesuatu yang baru

Kita boleh aktifkan minda kita dengan belajar sesuatu yang baru seperti belajar bahasa asing, mengikuti kelas-kelas kemahiran seperti menjahit, memasak atau melakukan pertukangan. Atau bermain permainan yang mencabar minda seperti 'indoor games' antaranya sahibba, catur atau permainan yang terdapat dalam komputer yang mencabar kreativiti.

2. Amalkan Tidur Yang Cukup

Tidur pada waktu yang sesuai. Tidur yang berkualiti adalah antara pukul 9 malam hingga 12 tengah malam. Ketika inilah waktu yang paling berkualiti. Namun ramai diantara kita yang selalu mengamalkan tidur lewat malam malah ada yang pagi baru tidur kerana gaya hidup yang kurang teratur seperti keluar malam lepak,makan lewat malam dan yang sewaktu dengannya. Badan kita perlukan rehat yang cukup agar otak kita akan mudah memperolehi dan memproses maklumat yang diterima.

3. Awasi Pengambilan Ubat

Daya ingatan mungkin menjadi lemah kerana pengambilan ubat-ubatan seperti pil-pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika rasa ada masalah ingatan ketika mengambil ubat-ubat seperti ini, berjumpalah dengan doktor dan minta nasihat daripada doktor tentang ubat yang sepatutnya di ambil.

4. Mengawal Tekanan

Tekanan atau stress sering menjadi punca kepada hidup yang tidak berkualiti. Contohnya mudah marah, sering berfikiran negatif dan akhirnya menyumbang kepada kelemahan daya ingatan kerana fikiran bercelaru akibat stress. Cuba kawal tekanan dengan menarik nafas panjang beberapa kali, dan bagi muslim beristigfar apabila sedang marah. Bersenam atau melakukan aktiviti riadah juga dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi. Selain itu menghidu bau-bauan aromaterapi, bersauna dan melakukan urutan-urutan ringan pada badan dapat mengurangkan tekanan.

5. Bermain Dengan Angka

Cuba bermain dengan nombor contohnya mengingati nombor telefon kawan-kawan, atau kaitkan sesuatu dengan nombor. Cara ini dapat meningkatkan daya ingatan anda.

6. Membaca Alquran

Mengamalkan membaca Alquran setiap hari dapat menenangkan jiwa dan fikiran. Malah lebih baik lagi jika memahami maknanya dengan membaca tafsir serta mentadabbur alquran itu. InshaAllah ingatan akan lebih baik.


Comments

Popular posts from this blog

Rahmat 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Lama sangat tinggalkan blog ni. Semenjak dah melahirkan anak sulung kami yang sekarang ni dah masuk 5 bulan lebih dah. Baru rasa nak update blog. Sebenarnya masa tak mengizinkan sgt nak type2 entri ni maklumla si kecik ni masih 'kecik' dan sgt2 perlukan perhatian kita. Mama2 yg lain pun sama kan.hehe Apapun saya sangat bersyukur dgn rahmat yang Allah berikan dlm rumahtangga kami ni..walaupun lambat selepas 4 thn perkahwinan tp kami redha dan bersyukur. Dan saya mendoakan kawan2 dluar sana yg masih belum dikurniakan cahayamata semoga bersabar dan terus berdoa dan berharap agar Allah akan memberikan sesuatu yg terbaik buat kalian..aminnn Okayla mama isa nak rehat dulu..xda idea lg nak type apa.heè..

Peristiwa di akhir kehamilan

Assalamualaikum dan salam takziah pada rakyat sarawak khusunya krn telah kehilangan pemimpin pertama mereka kelmarin. Nampaknya ini entri pertama saya pada tahun 2017 ni. Almaklum lama tak 'mengentri' ni bukan apa, melayan keadaan diri yang 1st time mengandungkan anak pertama alhamdulillah. Kadang2 ja buka blog ni tapi takda mood nak berblog. Paling2 pun menggugel jak pasal2 kehamilan. Kali ni baru ada kekuatan dan semangat nak menaip-naip walaupun dah sarat2 ni. Alhamdulillah kandungan dah masuk 36 minggu maknanya tinggal menunggu hari2 kelahiran dan pertemuan pertama dengan our beloved ones keluar. Eksaited dan berdebar pun ada juga. Tapi lebih kepada tak sabar-sabar nak melalui saat2 yang mendebarkan itu. Bukanlah i tak takut atau trip berani tapi awal2 lagi dah setkan minda ni setiap kelahiran itu sememangnya akan melalui kesakitan samada sikit atau banyak. Dan paling utama ketika ini banyak2kan berzikir dan berdoa dan yakin dengan pertolongan Allah apabila saat itu tel...

Diari Kehamilanku : Sah Diabetis Gestasi @ GDM

Assalamualaikum dan salam sejahtera u olls. Akhir2 ni susah betul mo cari semangat untuk berblog. Bukantak buka langsung blog tapi just blogwalking ja n google2 apa yang patut. Tapi nak type entri baru amatlah susah. Susah sebabnya kadang2 tiada idea dan semangat nak menaip. Hoho....btw malam ni akhirnya datanglah satu semangat untuk berkongsi suatu cerita yang selalu dikongsikan oleh ibu2 hamil diluar sana apabila berada dalam fasa ini. Baru2 ni saya kena minum air gula kat KK Semporna, kerana waktu berklinik di KD, bila timbang berat berat naik mendadak 3 kg ko!!! Macam takpercaya ja dengan penimbang dorang ni. Almaklum 'oldskool' penimbangnya. Dah kena pula minggu depannya pergi ke pekan untuk cek gula dalam darah i. Nasib baik time ni husband dpt temankan. Kalau tak mo bingung juga 2 jam lebih duduk menunggu result selepas minum air gula tu. Sebelum minum air gula kadar gula normal lagi, tapi selepas 2 jam minum air gula tu ternyata kadar gula dalam darah i sangat tingg...