Skip to main content

Vitamin dan Suplemen : Disiplin atau Malas??

foto : indianlink.com

Saya pasti kebanyakan rakyat malaysia ni suka makan @ minum apa sahaja jenis vitamin mahupun suplemen. Semuanya kerana untuk menjaga kesihatan dan juga kecantikan (termasuk sayalah). Namun berapa ramai yang sedar pengambilan vitamin2 atau suplemen ini hendaklah berhati2 dengan kandungan dan mesti ada kelulusan KKM terutama untuk vitamin. So berhati-hati ya kawan2 kerana sekarang berlambak dipasaran pelbagai jenis produk. Jadi kita mesti bijak memilih.

Kemudian perkara paling utama adalah rutin pengambilannya pula. Haa yang ni kadang-kadang ramai antara kita yang 'kondem'. Paham tak maksud kondem??hehehe...kalau orang sabah suka cakap kondem ni maksudnya lebih kurang 'abislah..ataupun pancit..atau jatuhkan org..lebih kuranglah..apa2lah yang penting korang faham apa yang saya cuba nak sampaikan. Maksudnya tidak disiplin dengan pengambilan ataupun malas. Dah beli mahal2 lepastu ikut suka hati nak makan bila sedangkan sudah ada peraturan pengambilannya.

Kemudian bila produk yang digunakan tidak berkessan dengan diri mulalah salahkan produk, hahaha..apa punya pikiran la kita ni kan. Tak positif dan optimis betolll..huhu. Bukan marah tapi nasihat untuk diri sendiri sebenarnya. Kita kenalah disiplin dalam penggunaan apa2 jenis vitamin dan suplemen ni. Disiplinkan diri dengan mengamalkan cara pengambilan yang konsisten. InsyaAllah ada kesan kepada badan sekiranya sesuai dengan kondisi badan kita.

Lagi pula sayang duit kita jika kita tak disiplin pengambilannya, malah lebih teruk lagi ada yang 'hangat2 tahi ayam' jak. Mula2 bukan main semangat majulah sukan untuk negara, lepas 1@2 minggu pandai malas, kalau lupa boleh maafkan lagi. Tapi masalahnya kalau malas??kemudian ternampak lagi produk lain mulalah terpedaya...haaa..mesti adakan begini. (tolong jangan marah saya ya).

Apatah lagi kalau suami yang 'sponsor'?? kesian suami kita penat2 kerja demi keperluan keluarga then kita tak istiqamah dengan apa yang kita buat, tak kesian ka?? kalau sayang suami dan diri jom amalkan tabiat mendisiplinkan diri dengan apa juga perkara yang kita buat terutama dalam penjagaan kesihatan diri ini.

p/s; artikel ini adalah untuk peringatan dan sebagai motivasi kepada diri saya sendiri. Tak berniat nak 'kondem' sesiapa ya..terima kasih kerana membaca^_^

Comments

Popular posts from this blog

Rahmat 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Lama sangat tinggalkan blog ni. Semenjak dah melahirkan anak sulung kami yang sekarang ni dah masuk 5 bulan lebih dah. Baru rasa nak update blog. Sebenarnya masa tak mengizinkan sgt nak type2 entri ni maklumla si kecik ni masih 'kecik' dan sgt2 perlukan perhatian kita. Mama2 yg lain pun sama kan.hehe Apapun saya sangat bersyukur dgn rahmat yang Allah berikan dlm rumahtangga kami ni..walaupun lambat selepas 4 thn perkahwinan tp kami redha dan bersyukur. Dan saya mendoakan kawan2 dluar sana yg masih belum dikurniakan cahayamata semoga bersabar dan terus berdoa dan berharap agar Allah akan memberikan sesuatu yg terbaik buat kalian..aminnn Okayla mama isa nak rehat dulu..xda idea lg nak type apa.heè..

Peristiwa di akhir kehamilan

Assalamualaikum dan salam takziah pada rakyat sarawak khusunya krn telah kehilangan pemimpin pertama mereka kelmarin. Nampaknya ini entri pertama saya pada tahun 2017 ni. Almaklum lama tak 'mengentri' ni bukan apa, melayan keadaan diri yang 1st time mengandungkan anak pertama alhamdulillah. Kadang2 ja buka blog ni tapi takda mood nak berblog. Paling2 pun menggugel jak pasal2 kehamilan. Kali ni baru ada kekuatan dan semangat nak menaip-naip walaupun dah sarat2 ni. Alhamdulillah kandungan dah masuk 36 minggu maknanya tinggal menunggu hari2 kelahiran dan pertemuan pertama dengan our beloved ones keluar. Eksaited dan berdebar pun ada juga. Tapi lebih kepada tak sabar-sabar nak melalui saat2 yang mendebarkan itu. Bukanlah i tak takut atau trip berani tapi awal2 lagi dah setkan minda ni setiap kelahiran itu sememangnya akan melalui kesakitan samada sikit atau banyak. Dan paling utama ketika ini banyak2kan berzikir dan berdoa dan yakin dengan pertolongan Allah apabila saat itu tel...

Diari Kehamilanku : Sah Diabetis Gestasi @ GDM

Assalamualaikum dan salam sejahtera u olls. Akhir2 ni susah betul mo cari semangat untuk berblog. Bukantak buka langsung blog tapi just blogwalking ja n google2 apa yang patut. Tapi nak type entri baru amatlah susah. Susah sebabnya kadang2 tiada idea dan semangat nak menaip. Hoho....btw malam ni akhirnya datanglah satu semangat untuk berkongsi suatu cerita yang selalu dikongsikan oleh ibu2 hamil diluar sana apabila berada dalam fasa ini. Baru2 ni saya kena minum air gula kat KK Semporna, kerana waktu berklinik di KD, bila timbang berat berat naik mendadak 3 kg ko!!! Macam takpercaya ja dengan penimbang dorang ni. Almaklum 'oldskool' penimbangnya. Dah kena pula minggu depannya pergi ke pekan untuk cek gula dalam darah i. Nasib baik time ni husband dpt temankan. Kalau tak mo bingung juga 2 jam lebih duduk menunggu result selepas minum air gula tu. Sebelum minum air gula kadar gula normal lagi, tapi selepas 2 jam minum air gula tu ternyata kadar gula dalam darah i sangat tingg...