foto : indianlink.com Saya pasti kebanyakan rakyat malaysia ni suka makan @ minum apa sahaja jenis vitamin mahupun suplemen. Semuanya kerana untuk menjaga kesihatan dan juga kecantikan (termasuk sayalah). Namun berapa ramai yang sedar pengambilan vitamin2 atau suplemen ini hendaklah berhati2 dengan kandungan dan mesti ada kelulusan KKM terutama untuk vitamin. So berhati-hati ya kawan2 kerana sekarang berlambak dipasaran pelbagai jenis produk. Jadi kita mesti bijak memilih. Kemudian perkara paling utama adalah rutin pengambilannya pula. Haa yang ni kadang-kadang ramai antara kita yang 'kondem'. Paham tak maksud kondem??hehehe...kalau orang sabah suka cakap kondem ni maksudnya lebih kurang 'abislah..ataupun pancit..atau jatuhkan org..lebih kuranglah..apa2lah yang penting korang faham apa yang saya cuba nak sampaikan. Maksudnya tidak disiplin dengan pengambilan ataupun malas. Dah beli mahal2 lepastu ikut suka hati nak makan bila sedangkan sudah ada peraturan pengambilan...