Skip to main content

Rezeki berbudi pada tanah





Assalammualaikum dan selamat berbahagia semua. Awal lagi dah minta tolong 'mck kebun' petikkan sayur-sayur yang dah boleh makan kat tanaman belakang rumah ni. Alhamdulillah dah boleh di masak untuk buat lauk makan tengahari atau bila2 masa la. Saya suka sangat kongsi tentang tanaman-tanaman yang saya tanam dan mudah-mudahan dapat memberi inspirasi atau semangat kpd org2 diluar sana untuk memanfaatkan tanah yang ada.

Almaklum dengan keadaan ekonomi yang tak menentu sekarang ni kita kena bijak mengatur aliran kewangan kita. Dan salah satu cara adalah hidup berjimat cermat yang sememangnya Rasul s.a.w dah ajar kita umatnya agar hidup sederhana. Kalau ada tanah sedikit kat halaman tanamlah apa2 yang patut. Dan kalau tinggal kat rumah flat @ kondo masih boleh hbertanam tapi dalam pasulah. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih kan.

Selama kami bercucuk tanam ni saya jarang sangat ke pasar membeli sayuran kecuali benda2 yang tak boleh tanam lah yang dibeli macam tauhu, ikan bilis dan yang sewaktu dengannya. kat atas ni gambar sayur-sayur yang saya dan suami tanam. Banyak lagi sayur lain macam bendi, tomato cili padi, peria, petola, sayur pucuk manis. Cuma yang ni ja boleh dituai sudah. Kepada kawan-kawan yang berminat jangan tunggu lama2 cepat ke kedai jual bibit sayur@buahan, inshaAllah mesti ada punya.hehe..

 Macam mana??segar tak sayur saya..jom bertani..^_^

Comments

Asha Lya said…
Sronok bila tgk hasil tanaman brbuah dgn suburnya
Dila said…
betul tu,,puas hati tanaman menjadi

Popular posts from this blog

Ayam Buttermilk dan Buncis Goreng

Assalammualaikum kpd semua bloggers. Semoga Hari ni lebih baik dari kelmarin ya. First thing bila dah terbangun sebelum solat subuh ucapkan Alhamdulillah dan doa bangun tidurlah. Alhamdulillah awal pagi ni bila buka tingkap ruang tamu terpegun sekejap dengan keadaan di luar yang diselaputi kabus sejuk. Mungkin sebab semalam tiba-tiba angin kuat dan hujan lebat turun. Terfikir juga mungkin ini serpihan atau'ekor-ekor' taufan melor yang dikatakan akan melanda pantai barat sabah. Tapi kami ni di pantai timur??haaa....achaner tu johan????eh salah...sorry johan...xda kaitan ya..hahah Okaylah lari tajuk pula kan. Saya nak kongsi resepi makan tengahari kemarin. Kepada peminat Ayam buttermilk ni bolehlah cuba masak sendiri di rumah ya. Senang jak ni. Cuma jangan keliru dengan ayam masak butter ya. Menu lebih kurang sama cuma perbezaannya yang ini versi berkuah dan tiada telur yang digoreng jadi serbuk2 ka,,ntah apa nak sebut tu ala mcm yang selalu ada dekat restoran seafood tu. Maybe

Pizza simple dan mudah

Assalammualaikum semua... Okay hari ni nak share resepi yang pizza yang mudah dan kiranya i buat eksperimen la tapi alhamdulillah menjadi. Eksperimen itu ialah i buat doh pizza tanpa menggunakan yis untuk mengembangkannya. Akan  tetapi i guna baking powder u olls..dan kalau menggunakan BP ni kita x perlu menunggu doh naik @ kembang. Boleh trus letak topping dan ia akan naik sendirinya bila dah di bakar dalam oven. Dan satu lagi info yang mungkin ada yang tak tahu ialahbagi mereka yang tidak ada oven tapi ada pemanggang ajaib tu pun bole bakar pizza just kecikkan apinya k.. ok malas nak taip panjang2 ni mari semak resepi.. Bahan-bahan doh@adunan roti : - 1 cwn tepung gandum - 1 tsp baking powder - 2 sudu mkn minyak jagung@minyak zaitun@minyak apa yg ada kat rumah ya - 3 sudu mkn air @ tambah ikut adunan kita kalo masih keras tambah sdikit air - 1@2 sudu makan susu manis@susu cair@susu segar - secubit garam Bahan-bahan topping : - sosej  - fillet ketam - sos spageti

SAYUR KACANG BUNCIS GORENG BERSAMA TAUHU

ASSALAMMUALAIKUM Selamat pagi isnin blogger, menu ni dah beberapa hari yang lepas tapi baru teringat nak kongsi. Menu 'simple2' je and as usually bahan utama atau hero menu ni kacang buncis yang kami tanam kat belakang rumah. Alhamdulillah hasil pertama menjadi juga. Menu 'simple' ni saya suka masak dan campur tauhu basah yang digoreng terlebih dahulu. Sedap tau bagi yang gemar makan tauhu. Tapi ada juga yang tak suka xpayah letak la.. Dan kutipan hasil tanaman pada waktu memang puas hati. Cili padi macam biasa memang takkan berhenti membuahkan hasil. Terung pun begitu dan sayur kangkung terus mengeluarkan pucuk baru.Tapi terung takda pula dalam gambar lupa nak letak..hehe.. Macam biasa hasil2 yang banyak ni kami akan bawa ke rumah mertua dan adik-beradik. Tak bole habis ni kalau berdua ja yang makannya,,hehe,,,papun jom jamu mata. SAYUR KACANG BUNCIS GORENG BERSAMA TAUHU Bahan-bahan: - segenggam sayur kacang buncis ( potong serong ) - 2 ketul tauhu basa