Skip to main content

KEK SPAN BUTTER KLASIK MUDAH

Assalammualaikum semua,,lama tak update blog. Almaklum kadang 'mood' nak berblog ada kadang takda. Kalau dah kerajinan dan 'mood' tu mari keluar la entri baru. Okay tengok tejuk entri pun semua dah tahukan. Kek ni xla span sangat tapi lepas keluar dari oven panas-panas fuh soddappp sangat beb. Bila buat kek style camni teringat dengan arwah mak. Dulu-dulu bila raya arwah akan buat kek simple dengan ditambah perisa-perisa seperti oren, pandan dan nenas. Simple sangat tapi sedap yang amat walaupun guna oven yang bulat-bulat tu..,semoga Allah tempatkan arwah mak dikalangan orang yang beriman.Aminn..

Kek ni sangat simple dan insyaAllah akan jadi punya. Bahan-bahan tak banyak. Bagi yang suka kek mudah dan lembab2 macam ni bolehlah cuba.

Kek Span Butter



Masa ni kek dah nak abis dah,nasib baik sempat snap.huhu..

Kek Butter..

1 cwn tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 cwn gula halus
150gm butter
4 biji telur gred c
1 sudu teh esen vanilla
1/2 cwn susu cair
1 sudu besar susu pekat

- Pukul butter dan gula halus sehingga gebu,kembang dan warna butter bertukar seakan-akan warna putih krim. Kemudian masukkan telur sebiji-sebiji.(saya masukkan sekaligus). Pukul hingga sebati dan kembang. Dalam bekas lain ayakkan tepung dan baking powder sekali. (dalam firasat saya kalau kita tak ayak sekali baking powder dan tepung, kek tak kembang dengan seimbang)kalau saya silap tolong betulkan ye. Okay dah ayak sekali campurkan kedalam adunan telur tadi sedikit-sedikit diselang seli dengan susu cair dan susu pekat dan akhir sekali masukkan esen vanilla.

- Okay sebelum tu sapukan loyang dengan butter dan sedikit tepung, dan kalau ada kertas minyak alaskan sekali tapi kalau tiada pun tak apa. Yang penting sudah oleskan dengan butter supaya tak lekat kek tu bila dah masak. Ada paham semua?? Jangan lupa panaskan awal oven sebelum masak kek..bakar selama 30 minit dengan kepanasan 180 darjah celcius. Ikut oven memasing la sebab ada yang oven besar kena kuat sikit apinya dan begitulah sebaliknya. Okey selamat mencuba kawan2.

Comments

Unknown said…
Wah..mudahnya..cik akak nak cuba eh....nanti pinjam resepi ye..hihi...
Lepas perisa mungkin sedap lagi nie..
Jepun Mari said…
wah nampak sedap dan lembut je testur dia..
boleh pinjam resepi
Dila said…
Nao Mei, Zie Azi,,,silakan mencuba,,resepi biasa2 je hehe..
Nurul Shahira said…
Ok. Sha pinjam resepi nak cuba buat kat rumah jugak ye. :)
Dila said…
Nurul Shahira pinjam je,,dah buat infom ye..

Popular posts from this blog

Ayam Buttermilk dan Buncis Goreng

Assalammualaikum kpd semua bloggers. Semoga Hari ni lebih baik dari kelmarin ya. First thing bila dah terbangun sebelum solat subuh ucapkan Alhamdulillah dan doa bangun tidurlah. Alhamdulillah awal pagi ni bila buka tingkap ruang tamu terpegun sekejap dengan keadaan di luar yang diselaputi kabus sejuk. Mungkin sebab semalam tiba-tiba angin kuat dan hujan lebat turun. Terfikir juga mungkin ini serpihan atau'ekor-ekor' taufan melor yang dikatakan akan melanda pantai barat sabah. Tapi kami ni di pantai timur??haaa....achaner tu johan????eh salah...sorry johan...xda kaitan ya..hahah Okaylah lari tajuk pula kan. Saya nak kongsi resepi makan tengahari kemarin. Kepada peminat Ayam buttermilk ni bolehlah cuba masak sendiri di rumah ya. Senang jak ni. Cuma jangan keliru dengan ayam masak butter ya. Menu lebih kurang sama cuma perbezaannya yang ini versi berkuah dan tiada telur yang digoreng jadi serbuk2 ka,,ntah apa nak sebut tu ala mcm yang selalu ada dekat restoran seafood tu. Maybe

Pizza simple dan mudah

Assalammualaikum semua... Okay hari ni nak share resepi yang pizza yang mudah dan kiranya i buat eksperimen la tapi alhamdulillah menjadi. Eksperimen itu ialah i buat doh pizza tanpa menggunakan yis untuk mengembangkannya. Akan  tetapi i guna baking powder u olls..dan kalau menggunakan BP ni kita x perlu menunggu doh naik @ kembang. Boleh trus letak topping dan ia akan naik sendirinya bila dah di bakar dalam oven. Dan satu lagi info yang mungkin ada yang tak tahu ialahbagi mereka yang tidak ada oven tapi ada pemanggang ajaib tu pun bole bakar pizza just kecikkan apinya k.. ok malas nak taip panjang2 ni mari semak resepi.. Bahan-bahan doh@adunan roti : - 1 cwn tepung gandum - 1 tsp baking powder - 2 sudu mkn minyak jagung@minyak zaitun@minyak apa yg ada kat rumah ya - 3 sudu mkn air @ tambah ikut adunan kita kalo masih keras tambah sdikit air - 1@2 sudu makan susu manis@susu cair@susu segar - secubit garam Bahan-bahan topping : - sosej  - fillet ketam - sos spageti

Rahmat 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Lama sangat tinggalkan blog ni. Semenjak dah melahirkan anak sulung kami yang sekarang ni dah masuk 5 bulan lebih dah. Baru rasa nak update blog. Sebenarnya masa tak mengizinkan sgt nak type2 entri ni maklumla si kecik ni masih 'kecik' dan sgt2 perlukan perhatian kita. Mama2 yg lain pun sama kan.hehe Apapun saya sangat bersyukur dgn rahmat yang Allah berikan dlm rumahtangga kami ni..walaupun lambat selepas 4 thn perkahwinan tp kami redha dan bersyukur. Dan saya mendoakan kawan2 dluar sana yg masih belum dikurniakan cahayamata semoga bersabar dan terus berdoa dan berharap agar Allah akan memberikan sesuatu yg terbaik buat kalian..aminnn Okayla mama isa nak rehat dulu..xda idea lg nak type apa.heè..