Skip to main content

Dapatkan Sayur-sayuran percuma


Semangat nak update blog hari ni tentang tanaman saya. Beruntung rasanya tinggal dalam estet sebab dapat bercucuk tanam dalam kawasan kediaman. Keluasan tanah area rumak kami agak luas makanya saya dan suami tidak mensia-siakan tanah yang ada untuk menanam segala macam jenis sayuran dan buahan yang di gemari.

Tambahan pula sekarang ni harga sayur-sayuran dan buahan semakin meningkat so dengan bercucuk tanam sendiri dapatlah kurangkan bajet utk membeli sayuran di pasar kecuali yang takda di tanam and diperlukan barulah kami beli. Alhamdulillah rasanya dekat 3 bulan dah saya tak membeli sayur-sayur ni kat pasar. Memang dapat berjimat sangat malah segar dari kebun gitu. Kami langsung tak gunakan baja. Hanya gunakan tandan kelapa sawit yang tidak diperlukan sahaja sebagai nutrien semulajadi kepada tanah.

Antara tanaman kami..


hasil dah dapat dah.

pokok kacang buncis

pokok sayur manis

sayur sawi putih dan sawi hijau

Banyak lagi gambar tanaman nak share tapi yang ni je dapat masuk. Pendek kata berbudi pada tanah inshaAllah akan mendatangkan hasil. Bagi yang tinggal dalam flat atau apartmen masih boleh juga bertanam tapi dalam pasu la. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalihkan?

Comments

Dila said…
Alhamdulillah sis Nao Mei,,kebetulan tanah kosong kat keliling rumah ni,,bole berjimat gak..tapi tinggal dalam bangunan flat atau apartmen bole je menanam cuma guna pasu la..pnjg lebar dah respon i,,hehe
Nurul Shahira said…
Rajin sis bercucuk tanam kan. Gembira betul rasa bila apa yang kita tanam membuahkan hasil. Macam Sha, mungkin tangan panas kut. Tanam serai pun tak hidup. Sedih betul, haish T_T
Dila said…
Nurul Shahira, minat tanam sendiri,kebetulan ada tanah sikit pa lg,mcm2 nak tanam. maybe tanah x brapa elok kot tanam serai,,hee

Popular posts from this blog

Rahmat 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Lama sangat tinggalkan blog ni. Semenjak dah melahirkan anak sulung kami yang sekarang ni dah masuk 5 bulan lebih dah. Baru rasa nak update blog. Sebenarnya masa tak mengizinkan sgt nak type2 entri ni maklumla si kecik ni masih 'kecik' dan sgt2 perlukan perhatian kita. Mama2 yg lain pun sama kan.hehe Apapun saya sangat bersyukur dgn rahmat yang Allah berikan dlm rumahtangga kami ni..walaupun lambat selepas 4 thn perkahwinan tp kami redha dan bersyukur. Dan saya mendoakan kawan2 dluar sana yg masih belum dikurniakan cahayamata semoga bersabar dan terus berdoa dan berharap agar Allah akan memberikan sesuatu yg terbaik buat kalian..aminnn Okayla mama isa nak rehat dulu..xda idea lg nak type apa.heè..

Peristiwa di akhir kehamilan

Assalamualaikum dan salam takziah pada rakyat sarawak khusunya krn telah kehilangan pemimpin pertama mereka kelmarin. Nampaknya ini entri pertama saya pada tahun 2017 ni. Almaklum lama tak 'mengentri' ni bukan apa, melayan keadaan diri yang 1st time mengandungkan anak pertama alhamdulillah. Kadang2 ja buka blog ni tapi takda mood nak berblog. Paling2 pun menggugel jak pasal2 kehamilan. Kali ni baru ada kekuatan dan semangat nak menaip-naip walaupun dah sarat2 ni. Alhamdulillah kandungan dah masuk 36 minggu maknanya tinggal menunggu hari2 kelahiran dan pertemuan pertama dengan our beloved ones keluar. Eksaited dan berdebar pun ada juga. Tapi lebih kepada tak sabar-sabar nak melalui saat2 yang mendebarkan itu. Bukanlah i tak takut atau trip berani tapi awal2 lagi dah setkan minda ni setiap kelahiran itu sememangnya akan melalui kesakitan samada sikit atau banyak. Dan paling utama ketika ini banyak2kan berzikir dan berdoa dan yakin dengan pertolongan Allah apabila saat itu tel...

Diari Kehamilanku : Sah Diabetis Gestasi @ GDM

Assalamualaikum dan salam sejahtera u olls. Akhir2 ni susah betul mo cari semangat untuk berblog. Bukantak buka langsung blog tapi just blogwalking ja n google2 apa yang patut. Tapi nak type entri baru amatlah susah. Susah sebabnya kadang2 tiada idea dan semangat nak menaip. Hoho....btw malam ni akhirnya datanglah satu semangat untuk berkongsi suatu cerita yang selalu dikongsikan oleh ibu2 hamil diluar sana apabila berada dalam fasa ini. Baru2 ni saya kena minum air gula kat KK Semporna, kerana waktu berklinik di KD, bila timbang berat berat naik mendadak 3 kg ko!!! Macam takpercaya ja dengan penimbang dorang ni. Almaklum 'oldskool' penimbangnya. Dah kena pula minggu depannya pergi ke pekan untuk cek gula dalam darah i. Nasib baik time ni husband dpt temankan. Kalau tak mo bingung juga 2 jam lebih duduk menunggu result selepas minum air gula tu. Sebelum minum air gula kadar gula normal lagi, tapi selepas 2 jam minum air gula tu ternyata kadar gula dalam darah i sangat tingg...