Skip to main content

Kuasa Allah menandingi segalanya

Assalammualaikum dan salam rabu bloggers..

Sebenarnya dila menyepi seperti dalam post sebelum ni adalah kerana dila telah ditimpa penyakit yang alhamdulillah dengan izinNya telah sembuh 80%. Kalau dari segi perubatan modennya dipanggil slip disc. Tapi sewaktu masih diperingkat dila boleh bangun dan berjalan makan ubat klinik pun tak memberi kesan yang baik. Dila mengalami kesakitan dari paras bawah pinggang, bawah punggung, belakang paha hinggalah ke tapak kaki. Kesakitan yang dila maksudkan kita tidak langsung boleh melakukan aktiviti bebas. Luruskan badan, berdiri atau duduk lama. Dan apabila bersin atau batuk kesakitan itu lebih terasa seakan nak putus urat yang melibatkan bahagian yang dila katakan tadi.

Sebenarnya lama juga berfikir nak share perkara ni atau tidak. Tapi memandangkan sejak akhir2 ni dila selalu dengar dan jumpa insan yang mengalami keadaan yang sama seperti dila, jadi dila sekadar ingin berkongsi sedikit pengalaman dan info mengenainya.

Sebelum tu kawan-kawan boleh cari maklumat dalam google mengenai penyakit ini kerana banyak jenis@versi tentang penyakit ini. Secara ringkasnya ia berkaitan dengan kesihatan saraf kita. Sebenarnya dila mengalami penyakit ini pertengahan tahun lepas dan bila ke klinik dan diberi ubat anti radang,vitamin saraf, ubat tahan sakit (tramadol) coz ubat tahan sakit selain ini dila 'alergik'. Selepas makan malamnya esok subuh dah bole rukuk time solat tu dankesakitan berkurangan dan bersansur pulih. Namun sakit tu rasa kembali selepas beberapa bulan dan semakin teruk walaupun telah pergi 3 klinik dan makan ubat.

So, dijadikan cerita dila mengadu kat ibu mertua tentang sakit dila ni dan ibu cadangkan jumpa ustaz dan berubat dengan perubatan islam. sebelum tu dila try berbekam dan urut namun tidak ada kesan semuanya. Setelah berjumpa ustaz dan beliau merawat dila selama 3 hari berturut2 dan setiap kali selepas berubat dia akan mandikan dengan air limau purut sambil beliau membaca ayat2quran.

Menurut ustaz yang mengubat dila, kesakitan yang dila hadapi ketika ini adalah kerana perbuatan sihir orang. Mulanya dila macam tak percaya tapi tidak mustahil kerana permainan syaitan ini memang wujud. Namun dila sedar semua ini adalah ujian dari Allah dan sihir manusia ini hanya asbab kepada sakit kita. Alhamdulillah dengan izin Allah Yang Maha Berkuasa dila sembuh hari demi hari. 

Apa yang penting sebenarnya yang dila nak sampaikan ialah setiap sakit yang kita terima adalah ujian dari Allah dan sebenarnya ia juga adalah rahmat dan nikmat dariNya sekiranya kita bersabar dan redha dengan kesakitan yang kita alami. Sebelum tu ustaz juga menyuruh dila memnbaca surah2 dan ayat2 quran tertentu untuk proses penyembuhan dan yang sebenarnya menguatkan semangat dan jiwa kita melawan penyakit itu. Ringkasnya kita amalkan ayat2 manzil selepas solat.

Dalam merawat apa jua penyakit yang kita hadapi jangan langsung ketepikan perubatan islam kerana kita telah diberitahu bahawa Alquran adalah penyembuh kepada segala penyakit hanya tinggal keyakinan kita dan mengamalkannya serta paling penting letakkan pengharapan sepenuhnya kepada Allah. Inilah yang dila pelajari selama dila terlantar kesakitan. 

Alhamdulillah dila bersyukur sangat kerana dalam dila terlantar sakit, suami, ibu mertua, ipar2 dan adik beradik serta seluruh keluarga tidak putus2 memberi semangat dan melawat dila. Inilah nikmat yang dila perolehi ketika sakit. Sesungguhnya Allah mengetahui kemampuan kita. Nasihat dila ketika sakit jangan sesekali tinggalkan solat dan berdoa padaNya ketika kita berusaha mengubati sakit kita. Dila ketika sakit duduk pun tak boleh lebih dari seminit pun. Solat baring dila lakukan.

Alhamdulillah segalanya kuasa Allah yang telah menyembuhkan dila dari penyakit ini dan dila yakin semua ini cara Allah memberi perhatianNya kepada hambaNya. Syukur ya Allah.

Ringkasnya perkara yang dila lakukan ketika menghadapi kesakitan :

- solat dan berdoa mohon kesembuhan dan diberi kekuatan melawan penyakit
- melakukan perubatan islam
- makan suplemen (dila disyorkan doktor minum jeli gamat insan)
- senaman terapi dihospital
- tidak angkat benda2 berat.
- mandi air suam
-rendam kaki dengan air garam kasar
- sentiasa berfikiran positif.

InsyaAllah sesiapa yang berusaha Allah akan bantu..

Comments

Popular posts from this blog

Ayam Buttermilk dan Buncis Goreng

Assalammualaikum kpd semua bloggers. Semoga Hari ni lebih baik dari kelmarin ya. First thing bila dah terbangun sebelum solat subuh ucapkan Alhamdulillah dan doa bangun tidurlah. Alhamdulillah awal pagi ni bila buka tingkap ruang tamu terpegun sekejap dengan keadaan di luar yang diselaputi kabus sejuk. Mungkin sebab semalam tiba-tiba angin kuat dan hujan lebat turun. Terfikir juga mungkin ini serpihan atau'ekor-ekor' taufan melor yang dikatakan akan melanda pantai barat sabah. Tapi kami ni di pantai timur??haaa....achaner tu johan????eh salah...sorry johan...xda kaitan ya..hahah Okaylah lari tajuk pula kan. Saya nak kongsi resepi makan tengahari kemarin. Kepada peminat Ayam buttermilk ni bolehlah cuba masak sendiri di rumah ya. Senang jak ni. Cuma jangan keliru dengan ayam masak butter ya. Menu lebih kurang sama cuma perbezaannya yang ini versi berkuah dan tiada telur yang digoreng jadi serbuk2 ka,,ntah apa nak sebut tu ala mcm yang selalu ada dekat restoran seafood tu. Maybe

Pizza simple dan mudah

Assalammualaikum semua... Okay hari ni nak share resepi yang pizza yang mudah dan kiranya i buat eksperimen la tapi alhamdulillah menjadi. Eksperimen itu ialah i buat doh pizza tanpa menggunakan yis untuk mengembangkannya. Akan  tetapi i guna baking powder u olls..dan kalau menggunakan BP ni kita x perlu menunggu doh naik @ kembang. Boleh trus letak topping dan ia akan naik sendirinya bila dah di bakar dalam oven. Dan satu lagi info yang mungkin ada yang tak tahu ialahbagi mereka yang tidak ada oven tapi ada pemanggang ajaib tu pun bole bakar pizza just kecikkan apinya k.. ok malas nak taip panjang2 ni mari semak resepi.. Bahan-bahan doh@adunan roti : - 1 cwn tepung gandum - 1 tsp baking powder - 2 sudu mkn minyak jagung@minyak zaitun@minyak apa yg ada kat rumah ya - 3 sudu mkn air @ tambah ikut adunan kita kalo masih keras tambah sdikit air - 1@2 sudu makan susu manis@susu cair@susu segar - secubit garam Bahan-bahan topping : - sosej  - fillet ketam - sos spageti

SAYUR KACANG BUNCIS GORENG BERSAMA TAUHU

ASSALAMMUALAIKUM Selamat pagi isnin blogger, menu ni dah beberapa hari yang lepas tapi baru teringat nak kongsi. Menu 'simple2' je and as usually bahan utama atau hero menu ni kacang buncis yang kami tanam kat belakang rumah. Alhamdulillah hasil pertama menjadi juga. Menu 'simple' ni saya suka masak dan campur tauhu basah yang digoreng terlebih dahulu. Sedap tau bagi yang gemar makan tauhu. Tapi ada juga yang tak suka xpayah letak la.. Dan kutipan hasil tanaman pada waktu memang puas hati. Cili padi macam biasa memang takkan berhenti membuahkan hasil. Terung pun begitu dan sayur kangkung terus mengeluarkan pucuk baru.Tapi terung takda pula dalam gambar lupa nak letak..hehe.. Macam biasa hasil2 yang banyak ni kami akan bawa ke rumah mertua dan adik-beradik. Tak bole habis ni kalau berdua ja yang makannya,,hehe,,,papun jom jamu mata. SAYUR KACANG BUNCIS GORENG BERSAMA TAUHU Bahan-bahan: - segenggam sayur kacang buncis ( potong serong ) - 2 ketul tauhu basa