Skip to main content

TERUNG MASAK LEMAK

ASSALAMMUALIKUM




Okay untuk tengahari ni dila akan berkongsi 1 lagi resepi 'simple' tapi sedap. Menu ni encik suami request. Dia teringin nak sayur terung masak lemak ni. Lama juga tidak masak sayur2 yang bersantan. Tapi kali ni dila tak guna santan segar tapi dila gantikan dengan susu isian sejat Marigold.

Ringan sikit rasa lemaknya dan yang penting suami dila suka. Sekali lagi terung ni petik jak dekat halaman depan rumah. Segar dari ladang gitu. Menu tengahari ni dila gabungkan dengan ikan putih goreng tapi ikan goreng xpayahla bagi resepi kan, semua pun pandai,,hehe..okayla jom semak resepi.

SAYUR TERUNG MASAK LEMAK
Bahan-bahannya :
(hidangan untuk 2 org ja)
- 4 batang@ biji terung muda
- 1 batang serai *dititik
- 2 ulas bawang merah *ditumbuk halus
- 2 ulas bawang putih*ditumbuk halus
- sedikit ikan bilis kering @ikan masin aka ikan kering pun bole
-1 inci halia *ditumbuk halus
- 1/2 inci kunyit hidup *ditumbuk halus
- sedikit minyak untuk menumis
-1 kiub ayam knorr
- 4 cawan air
- 2 sudu besar susu isian sejat
- Garam

Kaedahnya :

1. Terung dibelah dan potong memanjang atau menyerong ikut kesukaan masing2.
2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk masukkan serai dan bahan2 yang ditumbuk halus.
3. Setelah naik bau masukkan air dan biarkan air mendidih baru masukkan terung.
4. Agak2 terung dah masak masukkan susu dan gaul seketika, kecilkan api dan biarkan mendidih seketika baru matikan api. Sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba!!


Comments

Unknown said…
lama tak buat sayur lemak terung ni...
Dila said…
tq mama..^_^,,buatla cicah dengan sambal belacan meletop gitu..
Teja Evalea said…
WHOAAAAA sedap!
tp xmkn terung huhu
Dila said…
dulu dila pun tak makan terung tapi memandangkan suami banyak tanam terung alih2 makan juga,,hehe..kalo goreng tepung pun sodap ni..^_^
Cik Rose said…
Assalamualaikum.. salam kenal dari Ros :) Ros follow sini :)
Dila said…
Tq ros,,salam kenal juga ^_^
Karya Mahirah said…
KM tak pernah try lagi... tp boleh cubalah nanti... hehe selalu buat sambal terung je..

Popular posts from this blog

Rahmat 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Lama sangat tinggalkan blog ni. Semenjak dah melahirkan anak sulung kami yang sekarang ni dah masuk 5 bulan lebih dah. Baru rasa nak update blog. Sebenarnya masa tak mengizinkan sgt nak type2 entri ni maklumla si kecik ni masih 'kecik' dan sgt2 perlukan perhatian kita. Mama2 yg lain pun sama kan.hehe Apapun saya sangat bersyukur dgn rahmat yang Allah berikan dlm rumahtangga kami ni..walaupun lambat selepas 4 thn perkahwinan tp kami redha dan bersyukur. Dan saya mendoakan kawan2 dluar sana yg masih belum dikurniakan cahayamata semoga bersabar dan terus berdoa dan berharap agar Allah akan memberikan sesuatu yg terbaik buat kalian..aminnn Okayla mama isa nak rehat dulu..xda idea lg nak type apa.heè..

Peristiwa di akhir kehamilan

Assalamualaikum dan salam takziah pada rakyat sarawak khusunya krn telah kehilangan pemimpin pertama mereka kelmarin. Nampaknya ini entri pertama saya pada tahun 2017 ni. Almaklum lama tak 'mengentri' ni bukan apa, melayan keadaan diri yang 1st time mengandungkan anak pertama alhamdulillah. Kadang2 ja buka blog ni tapi takda mood nak berblog. Paling2 pun menggugel jak pasal2 kehamilan. Kali ni baru ada kekuatan dan semangat nak menaip-naip walaupun dah sarat2 ni. Alhamdulillah kandungan dah masuk 36 minggu maknanya tinggal menunggu hari2 kelahiran dan pertemuan pertama dengan our beloved ones keluar. Eksaited dan berdebar pun ada juga. Tapi lebih kepada tak sabar-sabar nak melalui saat2 yang mendebarkan itu. Bukanlah i tak takut atau trip berani tapi awal2 lagi dah setkan minda ni setiap kelahiran itu sememangnya akan melalui kesakitan samada sikit atau banyak. Dan paling utama ketika ini banyak2kan berzikir dan berdoa dan yakin dengan pertolongan Allah apabila saat itu tel...

Ayam Buttermilk dan Buncis Goreng

Assalammualaikum kpd semua bloggers. Semoga Hari ni lebih baik dari kelmarin ya. First thing bila dah terbangun sebelum solat subuh ucapkan Alhamdulillah dan doa bangun tidurlah. Alhamdulillah awal pagi ni bila buka tingkap ruang tamu terpegun sekejap dengan keadaan di luar yang diselaputi kabus sejuk. Mungkin sebab semalam tiba-tiba angin kuat dan hujan lebat turun. Terfikir juga mungkin ini serpihan atau'ekor-ekor' taufan melor yang dikatakan akan melanda pantai barat sabah. Tapi kami ni di pantai timur??haaa....achaner tu johan????eh salah...sorry johan...xda kaitan ya..hahah Okaylah lari tajuk pula kan. Saya nak kongsi resepi makan tengahari kemarin. Kepada peminat Ayam buttermilk ni bolehlah cuba masak sendiri di rumah ya. Senang jak ni. Cuma jangan keliru dengan ayam masak butter ya. Menu lebih kurang sama cuma perbezaannya yang ini versi berkuah dan tiada telur yang digoreng jadi serbuk2 ka,,ntah apa nak sebut tu ala mcm yang selalu ada dekat restoran seafood tu. Maybe...