Skip to main content

TANAMAN KAMI...

ASSALAMMUALAIKUM

Kali ni nak kongsi dgn u olls pasal tanam sendiri sayur anda. Alhamdulillah selama tinggal dengan suami dalam estet ni aku belajar bercucuk tanam dan selama satahun lebih banyak jugala hasil diperolehi dan dapat juga buat amal sikit dengan kongsi2 rezeki Allah ni. Nikmat sungguh rasanya bila apa yang kita tanam menjadi dan segar bugar tumbesarannya,,waahh..layan la antara gambar2 i kongsi ngan u olls...

Senang je tanam2 ni,,,cari kedai yang jual biji benih sayur2ran dan buah2han...sediakan batas dan taburkan ja atas batas tu,,rajin siram air pagi dan petang..i punya ni tak guna baja ok...segar dan sihat gitu...
tomato ceri macam nak mati je pokok ni.

ni sayur kangkung akar..

yang dekat pagar tu kacangbotor,,abaikan ja benda2 lain ekk,,hee

yang dkt pagar tu lada besar @ cili besar,,banyak pokoknya ni tapi panas sangat nak ambil gambar,,hee

ada kacang buncis, cili padi, betik, pisang kat luar pagar..baru jak tumbang 2 tandan pisang..

Comments

Sue Izza said…
bestnyaaa boleh tanam sendiri,ni dok umah dah macam sarang burung tak de tempat nak tanam,nak letak pasu pun tak de tempat huuhuu...rindu arwah nenek,dulu selalu tanam n jual sayur ngan dia kat pasar.
salam kenal...
Dila said…
tengkiu Cik Sue,,,salam kenal juga,,ni pun sebenarnya bukan tanah sendiri,,rumah estet, bole je tanam lada @ daun sup kat pasu2 kecil..hee
Unknown said…
salam ukhwah jugak dari kaknoor dila, akak dah follow dila kalau sudi boleh follow akak jugak ya, akak suka tanaman jugak sebenarnya cuma masa je kdg2 mencemburui
Dila said…
tengkiu kak noor sudi be my friends,,ni pun kak sebab jauh dari bandar dan pasar so cara terbaik tanam sendiri,,puas hati dapat makan hasil tanamn kita,,kalau nak makan baru petik,,hee

Popular posts from this blog

Ayam Buttermilk dan Buncis Goreng

Assalammualaikum kpd semua bloggers. Semoga Hari ni lebih baik dari kelmarin ya. First thing bila dah terbangun sebelum solat subuh ucapkan Alhamdulillah dan doa bangun tidurlah. Alhamdulillah awal pagi ni bila buka tingkap ruang tamu terpegun sekejap dengan keadaan di luar yang diselaputi kabus sejuk. Mungkin sebab semalam tiba-tiba angin kuat dan hujan lebat turun. Terfikir juga mungkin ini serpihan atau'ekor-ekor' taufan melor yang dikatakan akan melanda pantai barat sabah. Tapi kami ni di pantai timur??haaa....achaner tu johan????eh salah...sorry johan...xda kaitan ya..hahah Okaylah lari tajuk pula kan. Saya nak kongsi resepi makan tengahari kemarin. Kepada peminat Ayam buttermilk ni bolehlah cuba masak sendiri di rumah ya. Senang jak ni. Cuma jangan keliru dengan ayam masak butter ya. Menu lebih kurang sama cuma perbezaannya yang ini versi berkuah dan tiada telur yang digoreng jadi serbuk2 ka,,ntah apa nak sebut tu ala mcm yang selalu ada dekat restoran seafood tu. Maybe

Pizza simple dan mudah

Assalammualaikum semua... Okay hari ni nak share resepi yang pizza yang mudah dan kiranya i buat eksperimen la tapi alhamdulillah menjadi. Eksperimen itu ialah i buat doh pizza tanpa menggunakan yis untuk mengembangkannya. Akan  tetapi i guna baking powder u olls..dan kalau menggunakan BP ni kita x perlu menunggu doh naik @ kembang. Boleh trus letak topping dan ia akan naik sendirinya bila dah di bakar dalam oven. Dan satu lagi info yang mungkin ada yang tak tahu ialahbagi mereka yang tidak ada oven tapi ada pemanggang ajaib tu pun bole bakar pizza just kecikkan apinya k.. ok malas nak taip panjang2 ni mari semak resepi.. Bahan-bahan doh@adunan roti : - 1 cwn tepung gandum - 1 tsp baking powder - 2 sudu mkn minyak jagung@minyak zaitun@minyak apa yg ada kat rumah ya - 3 sudu mkn air @ tambah ikut adunan kita kalo masih keras tambah sdikit air - 1@2 sudu makan susu manis@susu cair@susu segar - secubit garam Bahan-bahan topping : - sosej  - fillet ketam - sos spageti

Rahmat 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Lama sangat tinggalkan blog ni. Semenjak dah melahirkan anak sulung kami yang sekarang ni dah masuk 5 bulan lebih dah. Baru rasa nak update blog. Sebenarnya masa tak mengizinkan sgt nak type2 entri ni maklumla si kecik ni masih 'kecik' dan sgt2 perlukan perhatian kita. Mama2 yg lain pun sama kan.hehe Apapun saya sangat bersyukur dgn rahmat yang Allah berikan dlm rumahtangga kami ni..walaupun lambat selepas 4 thn perkahwinan tp kami redha dan bersyukur. Dan saya mendoakan kawan2 dluar sana yg masih belum dikurniakan cahayamata semoga bersabar dan terus berdoa dan berharap agar Allah akan memberikan sesuatu yg terbaik buat kalian..aminnn Okayla mama isa nak rehat dulu..xda idea lg nak type apa.heè..