ASSALAMMUALAIKUM
Selamat pagi isnin blogger, menu ni dah beberapa hari yang lepas tapi baru teringat nak kongsi. Menu 'simple2' je and as usually bahan utama atau hero menu ni kacang buncis yang kami tanam kat belakang rumah. Alhamdulillah hasil pertama menjadi juga.
Menu 'simple' ni saya suka masak dan campur tauhu basah yang digoreng terlebih dahulu. Sedap tau bagi yang gemar makan tauhu. Tapi ada juga yang tak suka xpayah letak la.. Dan kutipan hasil tanaman pada waktu memang puas hati. Cili padi macam biasa memang takkan berhenti membuahkan hasil. Terung pun begitu dan sayur kangkung terus mengeluarkan pucuk baru.Tapi terung takda pula dalam gambar lupa nak letak..hehe.. Macam biasa hasil2 yang banyak ni kami akan bawa ke rumah mertua dan adik-beradik. Tak bole habis ni kalau berdua ja yang makannya,,hehe,,,papun jom jamu mata.
SAYUR KACANG BUNCIS GORENG BERSAMA TAUHU
Bahan-bahan:
- segenggam sayur kacang buncis ( potong serong )
- 2 ketul tauhu basah ( potong kecil dan goreng )
- 2 ulas bawang putih ( ditumbuk halus )
- 1 biji lada besar (dihiris tipis)
- 1sudu kecil sos tiram
- garam dan serbuk perasa
- sedikit minyak untuk menumis
Kaedahnya :
1. Sayur dipotong serong dan dicuci bersih.
2. Tauhu basah dipotong dadu dan digoreng dengan minyak yang banyak. Apabila keperengan angkat dan toskan.
3. Di kuali lain, panaskan sedikit minyak dan masukkan bawang putih yang ditumbuk halus, lada besar, kemudian sayur tadi. kacau goreng dan kalau suka berkuah boleh tambahkan sedikit air dan masukkan sos tiram. Kemudian perasakn dengan dengan garam dan serbuk perasa, kacau hingga sayur masak dan akhir sekali baru masukkan tauhu tadi. Gaul seketika kemudian matikan api. Sedia dihidang.
Selamat mencuba.

Comments