Skip to main content

POPIA SAYUR DAN JEJARI KETAM

ASSALAMMUALAIKUM

Selamat pagi dan salam selasa buat rakan blogger,,amacam hari ni??ada happy tak?ada stress tak? alala,,janganla stres2 ye,,be happy person and positive person,,,InshaAllah kehidupan dan orang sekeliling kita akan happy juga...

Okay tadi pagi sarapan dengan kuih popia goreng. Sebenarnya hari ni ada tempahan kuih2 dari office suami tak banyak just rm10.00. Alhamdulillah rezki dari Allah. So dila buat 2 jenis kuih je karipap dan popia goreng. Sempat snap gambar popia je. Okay jom la semak resepi popia ni. Dila buat simple dan bahan2 mudah didapati di pasaraya.


POPIA SAYUR DAN JEJARI KETAM

Bahan2nya :
- Kulit popia secukupnya
- hirisan sayur kubis
- lobak diparut
- jejari ketam di belah 4
- garam dan serbuk perasa
- minyak untuk menggoreng
- air untuk melekatkan kulit popia

Kaedahnya :
- Sayur yang dihiris dan lobak yang diparut tadi cuci terlebih dahulu kemudian toskan. Tumis sayur kubis dan lobak merah seketika dalam kuali dan jangan terlalu lama. Terlupa pula tumis dengan sedikit sahaja minyak ok. Dah separuh masak angkat dan ketepikan. Biarkan sejuk seketika pada suhu bilik.Jangan pula dimasukkan dalam peti sejuk.hehe,,
- Ambil sekeping kulit popia dan sudukan sayur2 tadi mengikut kuantiti yang disukai, kemudian latk jejjari ketam tadi, gulung dan titiskan air dihujung atau penjuru kulit popia tadi dan gulung hingga habis.
- Panaskan minyak yang banyak dalam kuali dan goreng popia. Perlu diingat jika menggoreng popia sama seperti goreng karipap, apinya jangan terlalu kuat dan minyak sederhana panas baru masukkan popia tadi. Kalau api sangat panas nanti kulit bahagian dalam tak masak dan di luar sahaja yang rangup. sentiasa balik2kan popia dan bila dah keperangan bole la diangkat dan sedap cecah popia bersama sos sili thai atau sos kesukaan anda. Okay selamat mencuba!!
-

Comments

Cik Rose said…
memang sedap. kalau balik rumah mak, mesti nak mak jugak yang buat kan :)
Dila said…
tq ros,,sekali sekala try buatkan mak pula,,hehe,,,mesti dia gembira tu,,^_^
Eray Majid said…
haish silap datang sini memalam nie. sudahlah perut lapar. mana nak cari popia nie

http://welovesusuibu.blogspot.com/2014/08/penyusuan-susu-ibu-20-perkara-ayah.html
Karya Mahirah said…
senang je buat popia ni.. ingatkan susah.. hihi
Dila said…
eray ayang, nanti buatlah,,hehe

Mahirah, senang je sis,,kuih paling senang dalam dunia ni,,,hehe,,

Popular posts from this blog

Rahmat 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Lama sangat tinggalkan blog ni. Semenjak dah melahirkan anak sulung kami yang sekarang ni dah masuk 5 bulan lebih dah. Baru rasa nak update blog. Sebenarnya masa tak mengizinkan sgt nak type2 entri ni maklumla si kecik ni masih 'kecik' dan sgt2 perlukan perhatian kita. Mama2 yg lain pun sama kan.hehe Apapun saya sangat bersyukur dgn rahmat yang Allah berikan dlm rumahtangga kami ni..walaupun lambat selepas 4 thn perkahwinan tp kami redha dan bersyukur. Dan saya mendoakan kawan2 dluar sana yg masih belum dikurniakan cahayamata semoga bersabar dan terus berdoa dan berharap agar Allah akan memberikan sesuatu yg terbaik buat kalian..aminnn Okayla mama isa nak rehat dulu..xda idea lg nak type apa.heè..

Peristiwa di akhir kehamilan

Assalamualaikum dan salam takziah pada rakyat sarawak khusunya krn telah kehilangan pemimpin pertama mereka kelmarin. Nampaknya ini entri pertama saya pada tahun 2017 ni. Almaklum lama tak 'mengentri' ni bukan apa, melayan keadaan diri yang 1st time mengandungkan anak pertama alhamdulillah. Kadang2 ja buka blog ni tapi takda mood nak berblog. Paling2 pun menggugel jak pasal2 kehamilan. Kali ni baru ada kekuatan dan semangat nak menaip-naip walaupun dah sarat2 ni. Alhamdulillah kandungan dah masuk 36 minggu maknanya tinggal menunggu hari2 kelahiran dan pertemuan pertama dengan our beloved ones keluar. Eksaited dan berdebar pun ada juga. Tapi lebih kepada tak sabar-sabar nak melalui saat2 yang mendebarkan itu. Bukanlah i tak takut atau trip berani tapi awal2 lagi dah setkan minda ni setiap kelahiran itu sememangnya akan melalui kesakitan samada sikit atau banyak. Dan paling utama ketika ini banyak2kan berzikir dan berdoa dan yakin dengan pertolongan Allah apabila saat itu tel...

Diari Kehamilanku : Sah Diabetis Gestasi @ GDM

Assalamualaikum dan salam sejahtera u olls. Akhir2 ni susah betul mo cari semangat untuk berblog. Bukantak buka langsung blog tapi just blogwalking ja n google2 apa yang patut. Tapi nak type entri baru amatlah susah. Susah sebabnya kadang2 tiada idea dan semangat nak menaip. Hoho....btw malam ni akhirnya datanglah satu semangat untuk berkongsi suatu cerita yang selalu dikongsikan oleh ibu2 hamil diluar sana apabila berada dalam fasa ini. Baru2 ni saya kena minum air gula kat KK Semporna, kerana waktu berklinik di KD, bila timbang berat berat naik mendadak 3 kg ko!!! Macam takpercaya ja dengan penimbang dorang ni. Almaklum 'oldskool' penimbangnya. Dah kena pula minggu depannya pergi ke pekan untuk cek gula dalam darah i. Nasib baik time ni husband dpt temankan. Kalau tak mo bingung juga 2 jam lebih duduk menunggu result selepas minum air gula tu. Sebelum minum air gula kadar gula normal lagi, tapi selepas 2 jam minum air gula tu ternyata kadar gula dalam darah i sangat tingg...