Skip to main content

NASI KUNING IKAN..

ASSALAMMUALAIKUM DAB SALAM SEJAHTERA,,

Malam-malam nak update menu lagi. Jangan bosan ye memasak. Tapi kadang kita yang selalu memasak ni pandai bosan nak memasak. Bukan bosan pasal apa tapi tidak ada idea nak masak. Kalau kebosanan melanda diri dila cepat-cepat google cari idea masakan.hehe..

Menu ni dah 3 hari yang lepas tapi tidak sempat nak update. Nasi kuning ni kalau di sabah adalah menu sarapan paling digemari ramai selain nasi lemak dan roti canai dan macam-macam lagilah. So, beberapa hari lepas teringin nak makan terus buat untuk makan tengahari. Ha, nak buat makan tengahri pun okay apa..memandangkan ada ikan putih kecik sesuai sangatlah dengan nasi kuning ni. Menu ni senang saja tapi dila nak kongsi juga..hehe,,,jangan marah haa..okay jom semak resepi.


Nasi Kuning Ikan

Nasi Kuning
- 1 1/2 cwn beras biasa
- 1 cwn santan cair
- 1 inci halia * dihiris
- 2-3 helai daun pandan
- secubit garam

Ikan
- secubit garam
-1 sd kecil serbuk kunyit
- minyak untuk menggoreng ikan

Sambal Lada
- segenggam lada kering ( x dpt agak berapa gram) di rebus dan kisar halus
- 3 ulas bawang merah
-2 ulas bawang putih
- 1/2 inci belacan
- 2 sudu mkn air asam jawa
- garam dan gula
- 2 sudu besar minyak untuk menumis

Bahan lain
- timun
- telur rebus (pilihan,kalau nak)

Kaedahnya :

Untuk nasi kuning kaedahnya sama macam masak nasi lemak atau nasi biasa. Dila masak di periuk elektrik dahulu. Beras yang sudah dicuci masukkan dalam periuk dan masukkan santan cair, halia, daun pandan (ikat simpul dulu) dan secubit garam. Gaul sebati dan masak di periuk elektrik. Apabila nasi dah kering dila pindahkan ke dalam periuk kukusan dan kukus selama 5-10 minit atau sehingga masak.

Untuk ikan pula apabila ikan dah dibersihkan lumur dengan garam dan kunyit. Kemudian goreng sehingga masak.

Sambal pula, tuangkan sedikit minyak ke dalam kuali dan masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi. Kemudian tambah air asam jawa dan gaul sebati. Sentiasa kacau-kacau sambalnya ya sebab nanti sambal cepat hangus yang dibahagian bawah. Nanti jadi hitam sambalnya.huhu..Perasakan dengan gula dan garam dan masak sehingga terbit minyak dipermukaan sambal tu. Kalau nak sambal cair sedikit tambahla air. Ikut selera masing2 la kalau nak pekat atau tidak. Apabila terbit minyak matikanla api.

Okay dah siap semua bolehla dihidangkan dalam 1 piring @ pinggan. Selamat mencuba.
-

Comments

Popular posts from this blog

Ayam Buttermilk dan Buncis Goreng

Assalammualaikum kpd semua bloggers. Semoga Hari ni lebih baik dari kelmarin ya. First thing bila dah terbangun sebelum solat subuh ucapkan Alhamdulillah dan doa bangun tidurlah. Alhamdulillah awal pagi ni bila buka tingkap ruang tamu terpegun sekejap dengan keadaan di luar yang diselaputi kabus sejuk. Mungkin sebab semalam tiba-tiba angin kuat dan hujan lebat turun. Terfikir juga mungkin ini serpihan atau'ekor-ekor' taufan melor yang dikatakan akan melanda pantai barat sabah. Tapi kami ni di pantai timur??haaa....achaner tu johan????eh salah...sorry johan...xda kaitan ya..hahah Okaylah lari tajuk pula kan. Saya nak kongsi resepi makan tengahari kemarin. Kepada peminat Ayam buttermilk ni bolehlah cuba masak sendiri di rumah ya. Senang jak ni. Cuma jangan keliru dengan ayam masak butter ya. Menu lebih kurang sama cuma perbezaannya yang ini versi berkuah dan tiada telur yang digoreng jadi serbuk2 ka,,ntah apa nak sebut tu ala mcm yang selalu ada dekat restoran seafood tu. Maybe

Pizza simple dan mudah

Assalammualaikum semua... Okay hari ni nak share resepi yang pizza yang mudah dan kiranya i buat eksperimen la tapi alhamdulillah menjadi. Eksperimen itu ialah i buat doh pizza tanpa menggunakan yis untuk mengembangkannya. Akan  tetapi i guna baking powder u olls..dan kalau menggunakan BP ni kita x perlu menunggu doh naik @ kembang. Boleh trus letak topping dan ia akan naik sendirinya bila dah di bakar dalam oven. Dan satu lagi info yang mungkin ada yang tak tahu ialahbagi mereka yang tidak ada oven tapi ada pemanggang ajaib tu pun bole bakar pizza just kecikkan apinya k.. ok malas nak taip panjang2 ni mari semak resepi.. Bahan-bahan doh@adunan roti : - 1 cwn tepung gandum - 1 tsp baking powder - 2 sudu mkn minyak jagung@minyak zaitun@minyak apa yg ada kat rumah ya - 3 sudu mkn air @ tambah ikut adunan kita kalo masih keras tambah sdikit air - 1@2 sudu makan susu manis@susu cair@susu segar - secubit garam Bahan-bahan topping : - sosej  - fillet ketam - sos spageti

Rahmat 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Lama sangat tinggalkan blog ni. Semenjak dah melahirkan anak sulung kami yang sekarang ni dah masuk 5 bulan lebih dah. Baru rasa nak update blog. Sebenarnya masa tak mengizinkan sgt nak type2 entri ni maklumla si kecik ni masih 'kecik' dan sgt2 perlukan perhatian kita. Mama2 yg lain pun sama kan.hehe Apapun saya sangat bersyukur dgn rahmat yang Allah berikan dlm rumahtangga kami ni..walaupun lambat selepas 4 thn perkahwinan tp kami redha dan bersyukur. Dan saya mendoakan kawan2 dluar sana yg masih belum dikurniakan cahayamata semoga bersabar dan terus berdoa dan berharap agar Allah akan memberikan sesuatu yg terbaik buat kalian..aminnn Okayla mama isa nak rehat dulu..xda idea lg nak type apa.heè..