Skip to main content

NASI GORENG KAMPUNG...RESEPI DARI LADANG

ASSALAMMUALAIKUM...

Selamat pagi semua, apabila terjaga dari tidur diwaktu subuh atau sebelumnya kita disuruh berdoa dn memanjatkan kesyukuran kepadaNya sebagai tanda terima kasih kita kepada Pencipta kerana masih memberikan kita nafas dan merasai nikmatNya di dunia ini..Kata Prof Muhaya, amalkan setiap hari bersyukur dengan segala nikmat dan rahmat yang kita perolehi hari ini. Bersyukur dengan apa yang kita ada dan perolehi ketika ini, inshaAllah, kita akan menjadi manusia yang kuat dan positif serta gembira melalui hidup ini...

Mukaddimah di awal pagi,,sebagai peringatan untuk diri sendiri,,,sory ye tazkirah di pagi hari, ok alhamdulillah hari ni nak kongsi menu sarapan pagi yang ringkas, mudah dan sedap. Memandangkan nasi semalam berbaki so i putuskan buat nasi goreng kampung,,dan semua bahan untuknya sedia ada,,kalau sayur kangkung memang sedia maklum banyak kat batas. Mungkin ramai dah yang tahu macamana nak buat menu ni tapi aku saja nak kongsi juga bagi sesiapa yang baru nak belajar masak,,hehe,,ok la jom kita mula...

 
Bahan-bahan Nasi Goreng Kampung

- 1 1/2 cawan Nasi putih ( bermalam punya sedap )
- 1 ulas bawang putih* (ditumbuk halus)
- 1 ulas bawang putih*
- 3 biji cili padi*
- sedikit ikan bilis ( korang agak2 sendiri nak banyak @ x )
- 1 biji telur
- beberapa tangkai sayur kangkung ( potong2)
- secubit serbuk lada hitam ( kalau x suka x payah letak )
- garam dan perasa
- minyak untuk menumis

Kaedah@Method :

 tumbuk halus bahan2 bertanda*, kemudian panaskan sedikit minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing dan masukkan bahan2 yang ditumbuk tadi, naik bau tumisan pecahkan telur dalam kuali tadi,,gaul sebati.
Masukkan nasi, sayur kangkung dan gaul mesra. Perasakn dengan serbuk lada hitam dan garam. dah sebati semua matikan api. Sedia dihidang...


Selamat mencuba!!^_^



Comments

iamnorzi said…
sedapnya dan mudah ! balas kunjungan :)
Dila said…
thanx norzi ^_^

Popular posts from this blog

Ayam Buttermilk dan Buncis Goreng

Assalammualaikum kpd semua bloggers. Semoga Hari ni lebih baik dari kelmarin ya. First thing bila dah terbangun sebelum solat subuh ucapkan Alhamdulillah dan doa bangun tidurlah. Alhamdulillah awal pagi ni bila buka tingkap ruang tamu terpegun sekejap dengan keadaan di luar yang diselaputi kabus sejuk. Mungkin sebab semalam tiba-tiba angin kuat dan hujan lebat turun. Terfikir juga mungkin ini serpihan atau'ekor-ekor' taufan melor yang dikatakan akan melanda pantai barat sabah. Tapi kami ni di pantai timur??haaa....achaner tu johan????eh salah...sorry johan...xda kaitan ya..hahah Okaylah lari tajuk pula kan. Saya nak kongsi resepi makan tengahari kemarin. Kepada peminat Ayam buttermilk ni bolehlah cuba masak sendiri di rumah ya. Senang jak ni. Cuma jangan keliru dengan ayam masak butter ya. Menu lebih kurang sama cuma perbezaannya yang ini versi berkuah dan tiada telur yang digoreng jadi serbuk2 ka,,ntah apa nak sebut tu ala mcm yang selalu ada dekat restoran seafood tu. Maybe

Pizza simple dan mudah

Assalammualaikum semua... Okay hari ni nak share resepi yang pizza yang mudah dan kiranya i buat eksperimen la tapi alhamdulillah menjadi. Eksperimen itu ialah i buat doh pizza tanpa menggunakan yis untuk mengembangkannya. Akan  tetapi i guna baking powder u olls..dan kalau menggunakan BP ni kita x perlu menunggu doh naik @ kembang. Boleh trus letak topping dan ia akan naik sendirinya bila dah di bakar dalam oven. Dan satu lagi info yang mungkin ada yang tak tahu ialahbagi mereka yang tidak ada oven tapi ada pemanggang ajaib tu pun bole bakar pizza just kecikkan apinya k.. ok malas nak taip panjang2 ni mari semak resepi.. Bahan-bahan doh@adunan roti : - 1 cwn tepung gandum - 1 tsp baking powder - 2 sudu mkn minyak jagung@minyak zaitun@minyak apa yg ada kat rumah ya - 3 sudu mkn air @ tambah ikut adunan kita kalo masih keras tambah sdikit air - 1@2 sudu makan susu manis@susu cair@susu segar - secubit garam Bahan-bahan topping : - sosej  - fillet ketam - sos spageti

Rahmat 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Lama sangat tinggalkan blog ni. Semenjak dah melahirkan anak sulung kami yang sekarang ni dah masuk 5 bulan lebih dah. Baru rasa nak update blog. Sebenarnya masa tak mengizinkan sgt nak type2 entri ni maklumla si kecik ni masih 'kecik' dan sgt2 perlukan perhatian kita. Mama2 yg lain pun sama kan.hehe Apapun saya sangat bersyukur dgn rahmat yang Allah berikan dlm rumahtangga kami ni..walaupun lambat selepas 4 thn perkahwinan tp kami redha dan bersyukur. Dan saya mendoakan kawan2 dluar sana yg masih belum dikurniakan cahayamata semoga bersabar dan terus berdoa dan berharap agar Allah akan memberikan sesuatu yg terbaik buat kalian..aminnn Okayla mama isa nak rehat dulu..xda idea lg nak type apa.heè..