Skip to main content

KUAH KACANG BERDAGING MUDAHDAN SEDAP..

ASSALAMMUALAIKUM..

Selamat malam semua, siang tadi sibuk buat kuah kacang untuk bestpren suami i, untuk 50 orang u olls..sebenarnya 1st time masak kuah kacang sebanyak ini..tapi alhamdulillah cukup rasanya coz time wat open house awal raya aritu i buat x sampai 2 kg daging untuk tetamu dkt2 50 i agak le..and kuah kacang berbaki,,so kali ni, i dengan berani matinya estimated bahan2 lebih dari yang i masak sebelum ni,,dan ini adalah resepi yang sangat simple bagi mereka yang x lengkap rempah ratus kat rumah tu mcm i... ( maklum, tinggal dalam estet ).

Dan semoga tetamu kawan suami i berpuas hati dengan kuah kacang tersebut,,tapi i janji if u ools try ni resepi inshaAllah menjadi dan sedap, daging pun lembut jak ( slang sabahan sikit)..^_^
So jom semak resepi...

snap dlm bekas pun bole la kan...



Bahan-bahannya ialah :

- 2 kg Daging lembu  (ayam pun bole) di potong kecil2 ( rebus setengah masak )
- 1 kg Kacang tanah(goreng dan kisar halus)
- 300gm lada kering ( rebus, cuci, kisar halus)
- 10 ulas bawang merah *
- 5 ulas bawang putih *
- 2 inci halia*
- 2 inci lengkuas*
- air asam jawa 1/2 cawan
- Minyak untuk menumis
- garam dan gula

Methodnya...

Tumis bahan2 yang dikisar dan bertanda * kecuali kacang tanah...kemudian masukkan daging masak sebentar,,bila dah pecah minyak masukkan kacang tanah, air asam jawa,,kalau pekat tambah sedikit air,,ikut sukala nak pekat atau kurang pekat,,akhir sekali perasakn dengan garam dan gula ikut rasa lidah masing2,,bab ni i sukar nak explain coz x kira tadibeberapa banyak ukuran garam dan gula di letak coz kalau x rasa lagi masin n manisnya bole tambah sikit2,,,kuah ni kalau manis lagi sedap, kata orang putih ada kick gitu...??? okay harap anda maafkan saya kerana  tak dapat bagi ukuran perasanya...

okay selamat mencuba,,,,

Comments

BM said…
Kuah kacang memang feberet saya... Kalau xde daging selalunya saya campur dengan daging rendang jer, memang sedap dimakan bersama ketupat. Nyum! Nyum!
Dila said…
betol tu,,,setiap raya mesti masak kuah kacang ni..baru lengkap raya rasany,,hehe

Popular posts from this blog

Rahmat 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Lama sangat tinggalkan blog ni. Semenjak dah melahirkan anak sulung kami yang sekarang ni dah masuk 5 bulan lebih dah. Baru rasa nak update blog. Sebenarnya masa tak mengizinkan sgt nak type2 entri ni maklumla si kecik ni masih 'kecik' dan sgt2 perlukan perhatian kita. Mama2 yg lain pun sama kan.hehe Apapun saya sangat bersyukur dgn rahmat yang Allah berikan dlm rumahtangga kami ni..walaupun lambat selepas 4 thn perkahwinan tp kami redha dan bersyukur. Dan saya mendoakan kawan2 dluar sana yg masih belum dikurniakan cahayamata semoga bersabar dan terus berdoa dan berharap agar Allah akan memberikan sesuatu yg terbaik buat kalian..aminnn Okayla mama isa nak rehat dulu..xda idea lg nak type apa.heè..

Peristiwa di akhir kehamilan

Assalamualaikum dan salam takziah pada rakyat sarawak khusunya krn telah kehilangan pemimpin pertama mereka kelmarin. Nampaknya ini entri pertama saya pada tahun 2017 ni. Almaklum lama tak 'mengentri' ni bukan apa, melayan keadaan diri yang 1st time mengandungkan anak pertama alhamdulillah. Kadang2 ja buka blog ni tapi takda mood nak berblog. Paling2 pun menggugel jak pasal2 kehamilan. Kali ni baru ada kekuatan dan semangat nak menaip-naip walaupun dah sarat2 ni. Alhamdulillah kandungan dah masuk 36 minggu maknanya tinggal menunggu hari2 kelahiran dan pertemuan pertama dengan our beloved ones keluar. Eksaited dan berdebar pun ada juga. Tapi lebih kepada tak sabar-sabar nak melalui saat2 yang mendebarkan itu. Bukanlah i tak takut atau trip berani tapi awal2 lagi dah setkan minda ni setiap kelahiran itu sememangnya akan melalui kesakitan samada sikit atau banyak. Dan paling utama ketika ini banyak2kan berzikir dan berdoa dan yakin dengan pertolongan Allah apabila saat itu tel...

Diari Kehamilanku : Sah Diabetis Gestasi @ GDM

Assalamualaikum dan salam sejahtera u olls. Akhir2 ni susah betul mo cari semangat untuk berblog. Bukantak buka langsung blog tapi just blogwalking ja n google2 apa yang patut. Tapi nak type entri baru amatlah susah. Susah sebabnya kadang2 tiada idea dan semangat nak menaip. Hoho....btw malam ni akhirnya datanglah satu semangat untuk berkongsi suatu cerita yang selalu dikongsikan oleh ibu2 hamil diluar sana apabila berada dalam fasa ini. Baru2 ni saya kena minum air gula kat KK Semporna, kerana waktu berklinik di KD, bila timbang berat berat naik mendadak 3 kg ko!!! Macam takpercaya ja dengan penimbang dorang ni. Almaklum 'oldskool' penimbangnya. Dah kena pula minggu depannya pergi ke pekan untuk cek gula dalam darah i. Nasib baik time ni husband dpt temankan. Kalau tak mo bingung juga 2 jam lebih duduk menunggu result selepas minum air gula tu. Sebelum minum air gula kadar gula normal lagi, tapi selepas 2 jam minum air gula tu ternyata kadar gula dalam darah i sangat tingg...