Skip to main content

KEK SPAN VANILLA GEBU

ASSALAMMUALAIKUM

Kelmarin petang rasa nak membaking tiba-tiba muncul. Dengan pantasnya dila capai handphone then trus google resepi kek span yang simple. Banyak sangat resepi kek span ni tapi ada yang bahan2nya dila takda kat rumah. So, godek punya godek sekali terjumpa resepi dari otai masak termashur..(betulkah ejaan tu??) sapa lagi kalo bukan CMG ya'll,,Dapur Tanpa Sempadan  okay.

Tapikan dila ada ubah sikit2 bab sukatan coz dalam rumah takda penimbang so dila guna sukatan cawan @measuring spoon untuk memudahkan rakan2 lain yang xda penimbang mcm i??hehe.. Alhamdulillah walaupun derhaka sikit dengan resepinya tapi menjadi ya'll..yang penting husband dila suka..hehe..ok sebelum tu terima kasih sangat pada DTS kerana berkongsi ilmunya..seriously rasanya macam cheese kek padahal guna butter je pun..sedap and gebuss...jom semak resepi versi dila dari ladang,,,ekekeke...


KEK SPAN VANILLA

Bahan2nya :

Bahan A
- 1/2 cwn tepung gandum
- 1/4 cwn susu segar @ susu cair
- 3 biji kuning telur (sizeB)
- 50gm butter
- 1tsp baking powder
- 1tsp esen vanilla

Bahan B
- 3 biji putih telur (size B)
- 1 sudu makan tepung jagung
- 1/3 cwn gula kasar

Kaedahnya :

Panaskan oven pada suhu 150 drjah selsius atau mengikut kepanasan oven masing2.
Lengserkan loyang dengan sedikit butter dan lapis dengan kertas minyak @baking paper ( dila guna loyang kecil atau loaf pan )

 Kaedah membuat kek ni unik sikit. Okay, mula-mula kita cairkan butter dalam periuk kecil dan bila dah cair sepenuhnya matikan api. Terus masukkan tepung dan semua bahan2 A. Kacau sebati sampai licin. Ketepikan.

Pukul putih telur sampai berbuih, kemudian tepung jagung dan gula kasar disatukan (gula tu dila kisar hingga halus baru gaul sekali dengan tepung jagung). Campur sedikit demi sedikit campuran gula dan tepung tadi ke dalam putih telur tadi dan mixer hingga putih kembang jadinya.

Campurkan adunan putih telur sedikit demi sedikit ke dalam adunan bhn A tadi dengan kaedah kaup balik dan buat sehingga sebati semuanya. Tuang adunan kek ke dalam loyang tadi. Dan masukkan la ke dalam oven tadi. Dila bakar dalam masa 25 minit ja dengan suhu 150 c. Keluarkan kek dari oven dan cucuk tengah2 kek dengan lidi..kalau keluar bersih masak la suda kek kita.. Keluarkan kek dari loyang tu ye then sejukkan atas redai.. Dah siap bole makan la..Selamat mencuba!! Kalau ada yang tak faham atau kurang tepat bole tanya dila okay...^_^


Comments

Dila said…
gebu sangat sis,,hehe,,
Kalau x pakai tepung jagung jadi x?
Dila said…
Hanya Tuhan Yang Tahu,,boleh sis tapi sis try resepi kek yang terbaru ada saya buat tak guna tepung jagung.

Popular posts from this blog

Rahmat 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Lama sangat tinggalkan blog ni. Semenjak dah melahirkan anak sulung kami yang sekarang ni dah masuk 5 bulan lebih dah. Baru rasa nak update blog. Sebenarnya masa tak mengizinkan sgt nak type2 entri ni maklumla si kecik ni masih 'kecik' dan sgt2 perlukan perhatian kita. Mama2 yg lain pun sama kan.hehe Apapun saya sangat bersyukur dgn rahmat yang Allah berikan dlm rumahtangga kami ni..walaupun lambat selepas 4 thn perkahwinan tp kami redha dan bersyukur. Dan saya mendoakan kawan2 dluar sana yg masih belum dikurniakan cahayamata semoga bersabar dan terus berdoa dan berharap agar Allah akan memberikan sesuatu yg terbaik buat kalian..aminnn Okayla mama isa nak rehat dulu..xda idea lg nak type apa.heè..

Peristiwa di akhir kehamilan

Assalamualaikum dan salam takziah pada rakyat sarawak khusunya krn telah kehilangan pemimpin pertama mereka kelmarin. Nampaknya ini entri pertama saya pada tahun 2017 ni. Almaklum lama tak 'mengentri' ni bukan apa, melayan keadaan diri yang 1st time mengandungkan anak pertama alhamdulillah. Kadang2 ja buka blog ni tapi takda mood nak berblog. Paling2 pun menggugel jak pasal2 kehamilan. Kali ni baru ada kekuatan dan semangat nak menaip-naip walaupun dah sarat2 ni. Alhamdulillah kandungan dah masuk 36 minggu maknanya tinggal menunggu hari2 kelahiran dan pertemuan pertama dengan our beloved ones keluar. Eksaited dan berdebar pun ada juga. Tapi lebih kepada tak sabar-sabar nak melalui saat2 yang mendebarkan itu. Bukanlah i tak takut atau trip berani tapi awal2 lagi dah setkan minda ni setiap kelahiran itu sememangnya akan melalui kesakitan samada sikit atau banyak. Dan paling utama ketika ini banyak2kan berzikir dan berdoa dan yakin dengan pertolongan Allah apabila saat itu tel...

Diari Kehamilanku : Sah Diabetis Gestasi @ GDM

Assalamualaikum dan salam sejahtera u olls. Akhir2 ni susah betul mo cari semangat untuk berblog. Bukantak buka langsung blog tapi just blogwalking ja n google2 apa yang patut. Tapi nak type entri baru amatlah susah. Susah sebabnya kadang2 tiada idea dan semangat nak menaip. Hoho....btw malam ni akhirnya datanglah satu semangat untuk berkongsi suatu cerita yang selalu dikongsikan oleh ibu2 hamil diluar sana apabila berada dalam fasa ini. Baru2 ni saya kena minum air gula kat KK Semporna, kerana waktu berklinik di KD, bila timbang berat berat naik mendadak 3 kg ko!!! Macam takpercaya ja dengan penimbang dorang ni. Almaklum 'oldskool' penimbangnya. Dah kena pula minggu depannya pergi ke pekan untuk cek gula dalam darah i. Nasib baik time ni husband dpt temankan. Kalau tak mo bingung juga 2 jam lebih duduk menunggu result selepas minum air gula tu. Sebelum minum air gula kadar gula normal lagi, tapi selepas 2 jam minum air gula tu ternyata kadar gula dalam darah i sangat tingg...