Assalammualaikum dan salam jumaat,, mungkin ramai yang dah tahu tapi mungkin ada juga yang terlupa tentang perkara ni, mari sama-sama kita ingati makanan kegemaran rasulullah dan cuba amalkan mana yang dapat, insyaAllah. 1. Barli Bagus untuk demam jika dibuat sup air. 2. Kurma Nabi S.a.w pernah berkata rumah yang tidak ada kurma seperti rumah yang tidak ada makanan. 3. Buah Tin Buah yang disebut dalam alquran dan dapat mengubati buasir. 4.Anggur Nabi S.a.w suka buah anggur, ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan usus. 5. Susu Nabi S.a.w berkata, susu baik untuk membuang panas badan, menguatkan belakang, memperbaiki otak, memperbaharui pandangan mata serta membuang kelupaan. 6. Cendawan Baik untuk mata dan perancang kesihatan keluarga. 7. Minyak Zaitun Rawatan untuk kulit dan rambut, membantu melambatkan penuaan dan merawat radang perut. 8. Madu Makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit-birit jika dib...