Skip to main content

Makanan Kegemaran Rasulullah S.A.W

Assalammualaikum dan salam jumaat,, mungkin ramai yang dah tahu tapi mungkin ada juga yang terlupa tentang perkara ni, mari sama-sama kita ingati makanan kegemaran rasulullah dan cuba amalkan mana yang dapat, insyaAllah.

1. Barli
Bagus untuk demam jika dibuat sup air.

2. Kurma
Nabi S.a.w pernah berkata rumah yang tidak ada kurma seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin
Buah yang disebut dalam alquran dan dapat mengubati buasir.

4.Anggur
Nabi S.a.w suka buah anggur, ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan usus.

5. Susu
Nabi S.a.w berkata, susu baik untuk membuang panas badan, menguatkan belakang, memperbaiki otak, memperbaharui pandangan mata serta membuang kelupaan.

6. Cendawan
Baik untuk mata dan perancang kesihatan keluarga.

7. Minyak Zaitun
Rawatan untuk kulit dan rambut, membantu melambatkan penuaan dan merawat radang perut.

8. Madu
Makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit-birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut dan membuang kahak. Baik diminum pada waktu pagi sebelum sarapan.

9. Delima
Membersihkan tubuh dari syaitan dan bisikan syaitan selama 40 hari.

10. Air
Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk dengan gelojoh kerana mudah mendapat sakit pada hati.

Comments

Kak Wawa said…
Thanks sharing.. singgah follow..")
Hasif said…
terima kasih atas sharing ye...
kalau mengikut pengalaman saya, bila sy mengalami stress or badan rasa sakit2 cepat2 cari susu minum insyallah akan rasa lega..

Jalan-jalan Sini,

Ketahui Teknik Basis SEO site.
Dila said…
thanks juga,,sharing is caring,,

Popular posts from this blog

Rahmat 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Lama sangat tinggalkan blog ni. Semenjak dah melahirkan anak sulung kami yang sekarang ni dah masuk 5 bulan lebih dah. Baru rasa nak update blog. Sebenarnya masa tak mengizinkan sgt nak type2 entri ni maklumla si kecik ni masih 'kecik' dan sgt2 perlukan perhatian kita. Mama2 yg lain pun sama kan.hehe Apapun saya sangat bersyukur dgn rahmat yang Allah berikan dlm rumahtangga kami ni..walaupun lambat selepas 4 thn perkahwinan tp kami redha dan bersyukur. Dan saya mendoakan kawan2 dluar sana yg masih belum dikurniakan cahayamata semoga bersabar dan terus berdoa dan berharap agar Allah akan memberikan sesuatu yg terbaik buat kalian..aminnn Okayla mama isa nak rehat dulu..xda idea lg nak type apa.heè..

Peristiwa di akhir kehamilan

Assalamualaikum dan salam takziah pada rakyat sarawak khusunya krn telah kehilangan pemimpin pertama mereka kelmarin. Nampaknya ini entri pertama saya pada tahun 2017 ni. Almaklum lama tak 'mengentri' ni bukan apa, melayan keadaan diri yang 1st time mengandungkan anak pertama alhamdulillah. Kadang2 ja buka blog ni tapi takda mood nak berblog. Paling2 pun menggugel jak pasal2 kehamilan. Kali ni baru ada kekuatan dan semangat nak menaip-naip walaupun dah sarat2 ni. Alhamdulillah kandungan dah masuk 36 minggu maknanya tinggal menunggu hari2 kelahiran dan pertemuan pertama dengan our beloved ones keluar. Eksaited dan berdebar pun ada juga. Tapi lebih kepada tak sabar-sabar nak melalui saat2 yang mendebarkan itu. Bukanlah i tak takut atau trip berani tapi awal2 lagi dah setkan minda ni setiap kelahiran itu sememangnya akan melalui kesakitan samada sikit atau banyak. Dan paling utama ketika ini banyak2kan berzikir dan berdoa dan yakin dengan pertolongan Allah apabila saat itu tel...

Ayam Goreng Kunyit

Assalammualaikum semua..ntahla ada juga ka yg baca entry aku ni kali,,hehe,,papun x kisahlah janji aku dpt kongsi resepi utk mknan tengahari ni,,mood memasak dtg membuak-buak so aku masak resepi kegemaranku yg aku pelajari dr blogger2 masak2,,haaa bahasa aku,,he,,so check it out... amacam,,cute x??hehe,,sj puji dri sendiri,,ok berikut adalah resepinya : Bahan-bahannya ; Ayam (kuambil bhagian isi dada ayam) 1 labu bawang besar*(di hiris) 2 ulas bawang merah* 3 ulas bawang putih* 1 tangkai lada besar* 6 batang kacang buncis( di potong ikut suka ) sedikit serbuk kunyit (untuk perap d ayam dan tabur semasa menumis) sos tiram 1 sd teh garam dan perasa minyak la utk menumis perap ayam dengan sedkit kunyit dan garam kemudian goreng dengan minyak yg sedikit, aku guna kuali pan so guna minyak sedikit shj kerana kuali jenis pan aku ni x melekat. Dah masak asingkan. Kemudian panaskan sdkit minyak utk menumis bhn2 yg d hiris, masukkan isi ayam tadi,masukkan sos tiram, serbuk ...